Pages

Instaglasses: Cermin Mata Konsep Untuk Penggila Instagram


Instagram kini menjadi trend yang digunakan di hampir setiap gambar dari telefon pintar. 
Dengan sedikit terapan penuras (filter) gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih unik. 
Fenomena Instagram memberikan idea kepada pengahasilan sebah kacamata konsep, 
Instaglasses. Asasnya sama, iaitu pengguna Instaglasses boleh menerapkan penuras pada 
cermin mata dan melihat dunia dalam seni, contohnya: Amaro atau Inkwell pada masa sebenar. 
Lebih menarik, Instaglasses juga dilengkapi butang untuk merakamkan gambar dan berkongsi 
di laman Instagram.




Konsep Instagalasses dibangunkan oleh Markus Gerke. Walaupun idea ini tidak akan 
dihasilkan sebagai satu produk sebenar, peminat boleh menunggu apabila Google Glass dipasarkan. 
Dengan potensi yang pernah ditunjukkan tidak mustahil konsep Instaglass akan menjadi realiti di Google Glass.