FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90
negara.
Filem Animasi Seefood yang mengambil masa selama dua tahun empat bulan untuk disiapkan itu juga pernah dibawa ke Festival Filem Cannes, Perancis, melalui usaha persendirian.
Membabitkan 35 juru animasi, filem pertama terbitan Silver Ant Sdn Bhd itu berjaya memikat ramai pembeli di pasaran filem antarabangsa berkenaan.
Pengarahnya, Goh Aun Hee, berkata pada mulanya beliau menjangkakan hanya empat atau lima negara akan menunjukkan minat terhadap filem terbabit. Bagaimanapun amat mengejutkan apabila kehadiran filem animasi Seefood mendapat sambutan begitu baik sekali.