1. Yakin dengan kebolehan sendiri.
Kamu perlu yakin dengan diri sendiri
bahawa kamu mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif
seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama
orang’. Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan
daya ingatanmu. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori
kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri
sendiri.
2. Latih otak.
Latihan yang berulang dan konsisten
mampu membina daya ingatanmu. Mulakan dengan latihan mudah seperti
membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar
kemahiran-kemahiran baru. Kamu boleh mencuba belajar kemahiran menaip
atau bermain alat muzik yang baru. Cabar minda kamu dengan bermain kuiz
atau sudoku. Sedikit sebanyak otak kamu akan mula aktif dan berfungsi
secara teratur dan kreatif.
3. Kurangkan stress.
Stress tidak akan hilang. Tidak normal
jika kamu tidak merasa stress. Kamu cuma perlu belajar mengawal stress
kerana stress tahap kronik akan melemahkan daya ingatan dan kesihatan.
Belajar untuk menenangkan diri. Fikir secara positif. Stress yang
ditangani secara betul mampu meningkatkan produktiviti. Tarik nafasss…
Senyum… :)
4. Jaga pemakanan.
Kata orang kita ialah apa yang kita
makan. Diet yang seimbang baik untuk tubuh dan otak. Secara mudah kamu
boleh mengambil tambahan makanan seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan.
5. Tingkatkan perhatian.
Ada yang selalu merungut mereka mudah
lupa nama orang yang mereka baru jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana
memori kamu yang teruk. Ianya kerana kamu kurang memberi perhatian
terhadap nama dan sifat mereka. Belajar mengingati nama dengan
mengaitkan sifat fizikal dan tingkah laku mereka. Fokus yang baik dalam
komunikasi juga akan membantu kamu untuk mengingati rakan baru kamu.
6. Beri cukup masa.
Jangan mudah berputus asa. Beri masa
secukupnya untuk diri kamu belajar mempertingkatkan daya ingatan.
Setiap manusia mempunyai daya yang berbeza untuk mengingati sesuatu
perkara. Jauhi diri dari gangguan luar supaya kamu lebih fokus.
Contohnya ketika kamu cuba mengingati nombor telefon rakan baru kamu,
jangan sibuk berfikir tentang jenama telefonnya. :)
7. Luaskan imaginasi.
Cipta imaginasi sendiri secara kreatif
dan mudah diingati. Visualkan apa yang kamu cuba ingat. Contohnya, apa
yang dapat kamu bayangkan tentang seorang budak dan sebuah buku.
Jangan sekadar membayangkan seorang kanak-kanak sedang membaca buku.
Sebaliknya cipta visual imaginasi seperti sebuah buku sedang mengejar
kanak-kanak tersebut! Atau, budak tersebut sedang makan buku. Lakarkan
visual yang luar biasa kerana ianya akan lebih mudah diingati. Jangan
sampai gila pula! :)
8. Ulang dan ulang.
Sentiasa ulang apa yang ingin kamu
ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir kekasih baru anda, atau
nombor telefonnya. Kemudian tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak
yang kamu ulang, semakin banyak yang kamu akan ingat. Bukan semakin
banyak kamu ulang, semakin banyak kekasih kamu dapat ya! :)
9. Kategori.
Senarai barangan untuk dibeli di pasar
sebagai contoh, biasanya sukar kamu ingat. Cuba kategorikan barangan
tersebut mengikut kumpulannya. Contohnya, berapa jenis sayur dan berapa
jenis lauk untuk dimasak. Apa ramuan asas untuk masak lemak cili api?
Tips tambahan, lebih rajin kamu ke pasar lebih mudah kamu ingat
barangan tersebut! :)
10. Aturkan hidupmu.
Kamu selalu tercicir barangan
penting seperti telefon bimbit dan kunci kereta? Latihkan diri dengan
meletakkan barangan penting di tempat yang sama setiap masa. Kamu juga
boleh menggunakan teknologi terkini seperti PDA untuk mengingati
tarikh-tarikh penting atau temujanji. Jangan sampai terlupa mana kamu
letak PDA kamu pula! :)
by zaM-y Komen disini ?