fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

OSAMA vs OBAMA?

Banyak berita di TV seluruh dunia mengatakan OSAMA dah MATI tp hakikatnya OSAMA itu wujud ke tak hanya OBAMA, CIA dan mereka-reka yg aMEREKAno ja yg tahu.. (bunyi lgu techno berkumandang papp..papp..pariiipaappp... - AMERICANO





MEMERANGI pengganas ALASAN untuk PELANCARAN PERANG ke atas negara ISLAM yg mempunyai kekayaan sendirik seperti MINYAK!

apa lagi yg dorang nak selain minyak n tenaga serta sumber asli yg terdapat di negara islam..sume dorg nk hambik..so konspirasi nih akan berterusan selagi tiada yg bangkit untuk menghalang..

AFGHANISTAN - TALIBAN (x tau apa citer?)
IRAQ - SADAM (death)
IRAN - MAHMOOD(dorg x berani sgt usik coz mamud ad NUKLEAR)
who next??
LIBYA... (adakah? betul kita see and the face..)

meh baca konspirasi dan berita lebih lanjutnya disini..




meh kenal dulu OSAMA

SIAPA OSAMA BIN LADEN
[osama_outtatime.jpg]

Foto : Benarkah berita ini?

Sekarang saya sedang memerhatikan seorang penulis sedang menyiapkan sebuah biografi orang yg paling terkenal di abad ini iaitu OSAMA BIN LADEN. Saya dengar banyak sekali perbincagan dan idea tentang orang yg sentiasa top kisahnya. Didalam biografi OSAMA bin laden ini di dedahkan dalam buku yang akan meletup seperti OSAMA BIN LADEN juga. Taniah pada penulis tersebut.

Tapi yg menjadi teka teki yg belum terjawab ialah siapakah TALIBAN dan Siapakah Osama bin Laden?

Taliban adalah merupakan ektnik majoriti Pushu dengan keupayaan mereka yg luarbiasa iaitu membenteraskan rasuah,mengembalikan keamanan yg di impikan oleh rakyat Afganistan dibawah pimpinan Mullah Omar iaitu di bantu oleh 10 orang yang kuat pegangan agamanya.Tempat operasi mereka iaitu diKandahar dan Sempadan Pakistan.

Kenalkah anda pada Mullah Omar? cerita peribadinya terlalu sedikit tidak seperti cerita OSAMA BIN LADEN, Mullah Omar adalah seorang lelaki yg tinggi lampai,berkulit cerah dan berjanggut tebal. Dia sangat jarang bertemu dengan orang yg bukan orang Afganistan.Mulah Omar sangat teguh berdirianya dengan aagama Islam dan dia merupakan seorang pemimpin yg berwibawa serta sering memberi kata putus urusan kehidupan rakyaat di bawah jajahanya di Afganistan.

Kejayaan Taliban pada tahun 1996 ialah mengusir Presiden Burhanuddin Rabbani dan menteri pertahananya Ahmed Shah Mashood dari Kabul

Taliban bercita cita besar iaitu ingin menwujudkan negara Islam dengan mengharam TV,muzik, filem,serta menegakan undang undang syariah Islam.Taliban menghapuskan jenayah , taliban juga mengharam wanita dari belajar dan bekerja dan ini tidak di suka oleh rakyaat Afganistan.

Taliban terlalu keras dan ramai rakyaat Afganistan lari mencari perlindungan di negara lain dan Taliban juga telah memusnah sebuah patung Buddha purba di Bambiyam walau rayuan di buat kerana Taliban berkata patung adalah haram di sisi Islam.

Taliban sekali berdepan dengan masalah bila OSAMA BIN LADEN dikata org yg di syaki dalam serangan pada 11 Sept dan OSAMA BIN LADEN juga di syaki dalam serangan bom keatas kedutaan diAS di Kenya dan Tahzania yg meragut 250 nyawa dan semua kejadian ini menjadiakn rakyat Afganistan dalam penderitaan.

Tapisemua peristiwa ini tidak menganggu gugat kekuatanTaliban.Afganistan sentiasa di dalam penderitaan. Mullah Omar berkata'JIHAD KAMI MENENTANG MEREKA YANG MEMBAWA PENDERITAAN KEPADA RAKYAT AFGANISTAN DAN YANG MELANGGAR AJARAN ISLAM, TALIBAN AKAN TERUS BERJUANG SEHINGGA TIADA LAGI DARAH MENITIS DI BUMI AFGANISTAN

Kisah dongeng Osama

NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.
Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.
Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Pembohongan "kematian" Osama
Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.
Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai ‘alat’ CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.
Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.
“Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.
Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.
Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.
Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.
Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.
Laman Yahoo Internet berkata “carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati”, “Osama bin Laden masih hidup” dan “bin Laden tidak mati” kelihatan ketara kelmarin.
Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori “konspirasi Osama hidup” kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.
Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata:
“(Berita) kematian Osama satu pembohongan.”
Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut “misteri (kematian) makin meningkat.”
Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.
Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati “adalah terlalu awal” dan AS belum menyediakan “bukti-bukti yang meyakinkan.”
Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti:
”Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?”
Di lokasi “Ground Zero” New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.
“Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?’ kata pengurus projek Sal Leto, 59.
Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: “Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu.”
Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia “tidak gembira” dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat.” — Reuters

ni pulak berita KOSMO tadi..

Amerika dituduh berbohong



KEDIAMAN Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan dikunjungi penduduk tempatan yang rata-rata tidak percaya pemimpin Al-Qaeda itu telah mati dibunuh.



ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.
Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.
Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak.
Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.
Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.
Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.
Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi.

Osama, Al-Qaeda dan JI agenda CIA ?

Osama Bin Laden
Siapa tidak kenal Osama Bin Laden. Boleh dikatakan setiap umat Islam dan mereka yang anti Amerika  suatu ketika dahulu begitu mengaguminya. Beliau dianggap sebagai satu-satunya tokoh dan pemimpin yang berani berhadapan dengan penguasa dunia, Amerika Syarikat dan konco-konconya.
Kisah perjuangan Osama Bin Laden sebenarnya telahpun bermula semenjak meletusnya perang menentang penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan pada tahun 1970-an.  Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Osama Bin Laden, wira atau pengkhianat ?
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al-Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahidin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Kemuncak kepada penglibatan Osama dan Al-Qaeda ialah apabila  Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah perancang  utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001 (9/11)  dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.

Presiden Ke-43 Amerika Syarikat, George Walker Bush
Akibat daripada “keganasan” Osama dan kumpulannya itu, ia  telah memberikan alasan kepada Amerika Syarikat untuk melancarkan “Perang Menentang Keganasan” (War On Terrorism) . Presiden Amerika ketika itu George W. Bush yang baru 8 bulan menduduki “tahta” White House  telah mengarahkan serangan dan penaklukan  ke atas Afghanistan pada 7 Oktober 2001 dan seterusnya penaklukan ke atas Iraq pada 20 Mac 2003.

Peristiwa 9/11 yang menyaksikan "kononnya" World Trade Centre diserang oleh pengganas Al-Qaeda
Boleh dikatakan semenjak peristiwa 9/11 itulah nama Osama Bin Laden melonjak naik. Bagi umat Islam ketika itu, Osama adalah wira. Namanya diabadikan di mana-mana di baju, di media dan sebagainya, malah ada yang menamakan anak yang baru lahir bersempena dengan namanya lantaran kekaguman terhadap “kejayaan” Osama memerangi Amerika.

Bush sedang berucap di "Ground Zero" di New York, pada 14 September 2001.
Bagi Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pula, Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan kesempatan serta alasan yang terbaik bagi menghalalkan penaklukan  dan keganasan mereka ke atas Aghanistan, Iraq dan negara-negara Islam yang lain.
Persoalan yang sering bermain difikiran kebanyakan orang ialah, benarkah wujudnya tokoh yang bernama Osama Bin Laden dan gerakan Al-Qaeda ? Jika wujud, betulkah konsep perjuangan mereka ? Selepas meletusnya peristiwa 9/11 pelbagai andaian telah dibuat terutamanya tentang kesahihan peristiwa serangan ke atas World Trade Centre di New York sementelah pula selepas itu muncul laporan-laporan yang mendedahkan teori konspirasi yang mengaitkannya dengan CIA dan ZIONIS.
Apa yang menghairankan ialah  sehingga kini dengan segala kecanggihan teknologi persenjataan, perisikan dan telekomunikasi yang dimiliki oleh Amerika dan sekutunya, bukan sahaja Al-Qaeda gagal dilumpuhkan, malah Osama yang seringkali digambarkan sudah tua dan uzur gagal ditangkap dan dibunuh. Sedangkan pada masa yang sama semakin banyak negara Islam yang digeledah dan semakin ramai umat Islam terutamanya kanak-kanak dan wanita terbunuh. Justeru, apakah sebenarnya motif Amerika di sebalik nama Osama Bin Laden dan Al-Qaeda ini. Apakah kedua-duanya mempunyai kaitan dan adakah benar teori konspirasi tersebut ?
Beberapa hari lepas  pemimpin Cuba Fidel Castro telah membuat kejutan dengan mendedahkan habawa Osama dan kumpulan Al-Qaeda adalah agen CIA Amerika. Menurutnya Osama seringkali muncul apabila Presiden Amerika George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia supaya menyokong kempen menentang keganasannya.

Mantan Presiden Cuba, Fidel Castro semasa mengeluarkan pendapatnya tentang Osama Bin Laden
Menurut Castro lagi, maklumat rahsia berkenaan dengan hubungan Osama dan Al-Qaeda dengan pentadbiran Bush dan CIA telah dibocorkan di dalam laman sesawang “WikiLeaks.org“, yang mendedahkan ribuan dokumen berkaitan dengan perang di Afghanistan,  telah membuktikan dengan berkesan bahawa Osama adalah agen CIA.
“Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberikan ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukan…Osama adalah pekerja bawahan Bush”, ujar Castro dalam wawancara tersebut.
Sebenarnya Fidel Castro bukanlah orang yang pertama mendedahkan tentang pembohongan Amerika tersebut, pada bulan Mei yang lalu, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga membuat pendedahan yang sama, malah mendakwa bahawa Osama Bin Laden sebenarnya berada di Amerika, bukannya di Aghanistan.

Lantang mengkritik dasar Amerika dan Israel (Zionis) Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad
Ahmadinejad dalam wawancara bersama BBC dan dipetik oleh akhbar Guardian tersebut berkata, Osama dan George W. Bush adalah rakan karib. Mereka bersama-sama terlibat dalam perniagaan petroleum suatu ketika dahulu. Jadi menurutnya Osama sebenarnya berada di Washington, bukannya di Tehran.
Dalam satu wawancara yang lain,  Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 yang menjadi alasan kepada perang global melawan terorisme merupakan “satu pembohongan besar”. “Ia merupakan  sebuah alasan untuk menghalalkan perang melawan terorisme dan alasan untuk menyerbu Afganistan,” tegasnya lagi.
Tun Dr. Mahathir juga pernah melontarkan kemusykilannya terhadap perkara yang sama. Menurut Mahathir,  “saya kini tidak pasti sama ada “pengganas”  Islam yang melancarkan serangan itu. Ada bukti kukuh yang serangan itu dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan ‘Avatar’, maka mereka boleh membuat apa sahaja”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad amat lantang menentang dasar Amerika Syarikat
“Membunuh orang yang tidak berdosa sebagai alasan untuk berperang bukan sesuatu yang baru kepada Amerika,” kata Mahathir dalam ucapannya ketika sidang untuk meluahkan sokongan kepada Al-Quds di Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Jelaslah sudah berkenaan dengan kaitan, konspirasi dan peranan Osama, Al-Qaeda dan Amerika Syarikat. Jika di peringkat global, dunia ditakutkan dengan kisah “dongeng”  Al-Qaeda, di peringkat regional pula dunia di gembar-gemburkan dengan Jemaah Islamiah (JI) jika di Asia Tenggara. Manakala di Asia Selatan pula kononnya terdapat gerakan “pengganas”  Mujahideen Deccan (MD).
Kumpulan-kumpulan “pengganas” ini seringkali dikaitkan dengan Al-Qaeda di mana ianya dianggap sebagai “cawangan” kepada Al-Qaeda bagi melakukan keganasan di peringkat serantau. Jadi, jika Al-Qaeda dan pengasasnya Osama Bin Laden sendiri dianggap pembohongan dan palsu, bagaimana  pula dengan JI dan MD ini?
Tokoh Ulama Indonesia yang seringkali dikaitkan dengan JI ialah Abu Bakar Bashir. Beliau yang pernah dipenjarakan kerana dikaitkan  dengan serangan bom di Bali  yang membunuh seramai 202 nyawa, kebanyakannya warga asing pada 2002 telah menafikan penglibatannya dengan keganasan dan JI, malah menegaskan bahawa JI sebenarnya satu fitnah dan ianya tidak wujud.

Tokoh Ulama Indonesia Abu Bakar Bashir yang dituduh mengetuai JI
Abu Bakar  yang merupakan pengasas pesantren al-Mukmin di Ngruki telah ditangkap dan dipenjarakan selama beberapa tahun dan dibebaskan pada 2006 oleh pemerintah Indonesia kerana kekurangan bukti yang boleh mensabitkannya dengan peristiwa pengeboman tersebut. Walau bagaimanapun  9 Ogos 2010, Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis anti keganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat kerana dituduh terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh.
Mereka dikatakan merancang membunuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono  dan melancarkan serangan ala Mumbai (yang dilakukan oleh MD) ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT).
Jelaslah sudah, seandainya benar Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan satu pembohongan besar dan agenda CIA, maka sudah tentulah kumpulan-kumpulan pengganas yang lain seperti yang di war-warkan oleh Amerika seperti JI juga  satu pembohongan.  Kesemuanya hanyalah propaganda Amerika dan Zionis bagi menghalalkan tindakan mereka memerangi umat Islam, yang sebenarnya bagi mencari dan memusnahkan potensi-potensi yang memungkinkan kepada kebangkitan semula umat Islam dan kehancuran kuasa Kuffar. Apa yang berlaku kini samalah seperti kisah Firaun yang memburu dan membunuh setiap bayi lelaki setelah mendapat mimpi akan kejatuhannya.
ADAKAH BETUL?? ATAUPUN HANYA KONSPIRASI DUNIA? TEPUK DADA TANYA DIRI..
"lau nak majujunction kedepann we must "TAKE ACTION" not Just "Wait and See"
keputusan dalam diri anda.. bukan diri orang lain... assalamualaikumm...
sumber : merata2 hasil blogwalking to another blog not copy paste it's juz my taste.. erkss@#sadfas..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...