fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Beer HALAL, sebenarnya HARAM?

dah nama bir? konfhem haram,, bir tak pernah terlintas di benak pikiranku pown walao pon penah bekerja sebagai bar tender nak mencuba setitik air pon takde niat nak rasa apetah lagi bila nk test minom.. P>M pon da cuba produk dpd iran ni, lepas satu 1 isu timbul 1m'sia kn?

Pada awal kemunculannya di pasaran negara ini, pengeluar mendakwa yg tiada kandungan alkohol dalam minuman ini.... Nah! sekarang terbukti dengan pendedahan Jabatan Agama Johor (JAJ) bahawa minuman ini mengandungi alkohol.... Sila rujuk laporan Harian Metro di bawah:
‘Bir halal’ jadi haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat. Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Jom bace ni pulak:

-ARAK HALAL-

Iran mula menawarkan ‘arak halal’ ke Malaysia dengan jenama Istak..

Betapa rakyat Malaysia cuba diperbodohkan dengan isu ALKOHOL VS ARAK yang jelas HARAMnya. Di dalam Al-Quran dan Hadis, yang di HARAMkan ialah Al-Khamar BUKAN Alkohol. Umat Islam di Malaysia MESTI memiliki ILMU PENGETAHUAN YANG BETUL tentang isu ini.

1. Alkohol merupakan komposisi banyak perkara diantaranya: Tapai Ubi, Tapai Pulut, Air Nira Kelapa (di Kelantan/Terengganu disebut air Tuak)

2. Allah mengharamkan tiap yang memabukkan BUKAN ALKOHOL sahaja.

3. Alkohol BUKAN pemangkin kepada sesuatu bahan untuk menjadikannya 'sesuatu yang memabukkan' tetapi yang menyebabkan sesuatu itu memabukkan ialah proses penapaian itu sendiri.

4. BEER dan jenis arak lain bukan dicampur dengan alkohol tetapi alkohol terhasil akibat dari proses penapaian.

5. Kandungan Tapai Ubi, Tapai Pulut dan Air Nira Kelapa (Air Tuak) LEBIH TINGGI DARI ARAK YANG MEMABUKKAN. BEER CUMA 10% ALCOHOL TAPI TAPAI MEMPUNYAI 15% ALKOHOL MINUM BEER = MABUK TAPI MAKAN TAPAI TAK MABUK Isu ini sengaja disensasikan pihak tertentu KERANA yang mengeluarkan BIR HALAL ialah dari Iran sedangkan air minuman tersebut hanyalah seperti air tuak kita yang HALAL diminum. Tambah lagi kandungan alkohol yang dikatakan lebih itu ialah 0.4% sahaja!!

"يأيها الذين ءامنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون. إنما يريد الشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء في الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون. وأطيعوا الله وأطيعوا السول واحذروا فإن توليتم فاعلموا أنما على رسولنا البلاغ المبين. ليس على الذين ءامنوا وعملوا الصالحات جناح فيما طعموا إذا ما اتقوا وءامنوا وعملوا الصالحات ثم اتقوا وءامنوا ثم اتقوا وأحسنوا والله يحب المحسنين"

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, sembelihan untuk berhala dan undi-undi nasib adalah kekotoran dari pekerjaan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi itu semua, supaya kamu beroleh kejayaan. Tidak lain, keinginan syaitan itu hanyalah hendak menimbulkan di antara kamu permusuhan dan berbenci-bencian kerana arak dan judi itu, dan hendak memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Tidakkah kamu mahu berhenti?? Dan taatlah kepada Allah dan Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah kewajipan bagi Rasul hanyalah menyampaikan dengan nyata. Tidaklah salah bagi orang yang beriman dan beramal soleh pada apa yang mereka makan, asalkan mereka bertakwa dan beriman serta beramal soleh. Kemudian, mereka pun bertakwa dan beriman. Kemudian, mereka bertakwa dan memperbaiki diri. Dan Allah suka kepada orang yang berbuat kebaikan.

tekanrenung : jika anda berasa WAS2 terhadap sesuatu benda jgn teruskan,kelak mudarat yg akan dapat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...