Seorang lelaki tampar menteri [India] semalam ketika satu sesi interview sedang dijalankan. Lelaki tersebut yang berang dengan masalah kenaikan harga barang dan korupsi di India bertindak agresif dengan menampar menteri pertanian India.
NEW DELHI – Marah dengan kenaikan harga barang makanan dan rasuah yang tidak pernah berakhir, seorang lelaki di sini telah menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar.
Dia berbuat demikian kerana ingin menarik perhatian Pawar.
Kejadian memalukan itu berlaku ketika Pawar sedang bercakap dengan wartawan pada satu majlis politik apabila beliau secara tiba-tiba diserang lelaki terbabit.
“Tidakkah anda tahu kenapa saya menamparnya. Lelaki ini bermasalah. Adakah saya salah,” jerit lelaki tersebut selepas menampar Pawar.
Dia kemudiannya dibawa pergi dari kawasan berkenaan oleh pengawal peribadi Pawar.
Pawar tidak mengalami kecederaan dan lelaki itu ditahan polis.
Kejadian tersebut disiarkan CNN dan IBN.
Insiden seumpama ini sering berlaku di India melibatkan menteri dan pegawai kerajaan yang menjadi mangsa kemarahan rakyat.
Selain membaling kasut, pejabat mereka turut diserang.
Perkara seumpama ini sering berlaku terhadap keputusan politik, rasuah atau ketidak adilan.
p:s macam2 hal..
by zaM-y Komen disini ?