fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Kena Sembelih Atas Highway (jaga2 pengguna lebuhraya PLUS)

KENA SEMBELIH ATAS HIGHWAY? www.zamstylo.tk~

Ini info yang saya dapat dari para sahabat yang selalu menggunakan KL Seremban (PLUS Highway), PDRM, ATM dan macam2 lagi:

1- Jangan letak kenderaan anda di kawasan parkir yang jauh atau gelap semasa berhenti dimana-mana R&R. Penyangak akan mengambil kesempatan untuk masuk ke bawah bahagian depan kenderaan anda untuk membuka (loose) saluran air keluar radiator!




2- Bila anda masuk ke dalam kenderaan untuk meneruskan perjalanan (biasanya tak sampai 10km), temperature kereta anda akan jadi overheat kerana sudah banyak air & coolang yang terbuang keluar.

3- Sebaik saja anda berhenti untuk memeriksa kenderaan, sudah tentu anda akan didatangi oleh PENYANGAK/KUNCU2NYA menawarkan pelbagai jenis bantuan atau cuba `membantu’ anda membaiki enjin!

4- Mereka-mereka ini menggunakan `modus operandi” yang sama!

Untuk peringatan para sahabat semua, lakukan langkah2 berikut:

* jangan sesekali membiarkan orang yang tidak dikenali memeriksa kenderaan anda di lebuhraya.

* hanya peronda PLUS saja yang boleh memeriksa kenderaan anda.

* Tunggu sehingga peronda PLUS sampai. Sekiranya kerosakan itu kecil mereka akan membantu `on site’.
Sekiranya kerosakan itu besar, peronda PLUS akan memunda secara percuma ke susur keluar yang berhampiran dgn tpt kejadian.

Ikhlas dari saya, semoga tips ini dapat membatu anda semua dari tertipu di mana2 lebuhraya, kerana pada zaman sekarang ramai manusia yang mencari wang secara menipu dan menyangak!

situasi 1: tragedi ni berlaku ahad mggu lpas,19 jun 2011.

Ahad :

- berenti minum ngan kawan2 kat R&R seremban pukul 2330 /11.30 malam,konvoi 2 kereta

- pukul 0430 / 4.30 pagi, lpas da minum2,kitorg teruskan perjalanan ke melaka.

- masa dlm R&R seremban lagi,masa da nk kua, tibe2 gear D aku cam ade problem so aku berhenti

-tb2 ade 1 kereta benti n nk tolong

-so aku amek keputusan bg je diorg tunda bile diorg kate tu mslh gearbox ngan oilseal,kos dlm 220 je.

-sampai kat workshop dlm pukul 0500 / 5 pagi,diorg trus CUBA nak repair gearbox aku

-tggu punya tggu diorg kata bnd tu kena repair esok. aku trasa bodo lak sbb x claim warranty kat proton, so aku amek keputusan teruskn g melaka ngan membe aku, so aku tinggalkan keta dan aku kena tanda tangan satu resit dan aku tak perasan ada syarat kat situ menyatakan ” SETUJU UNTUK MENUKAR APA APA ALAT GANTI UTK PROSES BAIK PULIH” (lebih kurang camtu la).

Isnin :
-0730 / 7.30 pagi sampai kat melaka.
-tdo sampai pukul 11 pagi n bangun sbb telefon bunyi.aku diberitahu yang gearbox aku dalam proses eoverhaul. WTF!!!! keta aku baru setahun 4 bulan
-1300 / 1 tegahari, org mekanik bgtau yg kosnye adelah 3800
-aku kena tipu,dan menyesal tak hantar kat proton
-1500 / 3 petang, call mana2 membe2 polis yang ada.
-diorg soh aku tggu sbb bnd ni da byk kali jadi
-1930 / 7.30 malam, org workshop call bgtau kereta da siap dan boleh diambil,tp aku xnk ambik, aku ckp nk ambik esok…
-2000 / 8 malam, membe aku call suruh dtg seremban esok pagi.

Selasa :

-sampai kat seremban pukul 0900 / 9 pagi
-pagi workshop tu dgn 3 org polis
-lepas bos die kena basuh dengan polis2 tu, harga dari 3800 turun jadi 900
-pastu kitorg g minum, polis tu bgtau da byk kejadian jadi camtu katR&R seremban(kedua2 arah)
-dan kereta aku da kena sabotaj cam org lain gak



Situasi 2 :

1. pagi tu kirorg benti kat R&R seremban. nak sarapan
2. perking penuh,so kitorg paking jauh sikit dan tak ramai org lalu lalang kat situ
3. sarapan dalam 20 minit
4. teruskan perjalanan,dlm 10 minit atau 10km, temperature naik
5. berhenti kat lorong kecemasan
6. xsampai seminit, satu kereta berhenti, 2 orang lelaki indie offer nak tolong
7. diorg check dan kate gasket head da bocor
8. diorg offer nk tunda g workshop kawan die, so diorg tunda guna kereta diorg,gunakan tali
9. diorg kate diorg charge ikut harga standard atau murah lagi
10. bila da siap, bill nye ***, mmg mahal nk dibandingkn ngan kerosakkannye
11. kalau taknak bayar,kereta takleh amek,try nak tawar menawar, tak dpt,siap nak gaduh lagu
12. kerja nye mmg teruk
13. tapi tak pilihan,nak xnk kena bayar gak sbb nk amek kereta
14. bila bwk keta tu g workshop membe2 yg ade dkat2 seremban,diorg ckp hos radiator dibocorkn ms diorg sarapan kat R&R seremban
15. taktik yang sama digunakan beberapa kali kat R&R seremban.

aku dah baca bnd ni kat beberapa forum. lelaki2 india ni ade gak offer servis khas ni kat R&R nilai dan senawang. cerita2 mangsa sumenye lebih kurang.

banyak lagi ceritanya… korg leh baca kat forum tu, tapi dalam BI lah… sumenye citer lebih kurang sama dan WORKSHOP YANG SAMA.

so kalau kena kat korg,masalah camni kat R&R seremban ke kat mana2, call la pihak PLUS atau pihak insuran korg. kalau ade kawan2 kat area2 situ, call, kalau korg join

Situasi 3

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la’nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan – beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.


Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. “RM70 saja,” kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la’natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata “awak betul-betul potong kepala”, dia jawab, “jangan cakap itu macam la, pacik…”

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, “insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya”. Kawan saya jawab, “Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka…”

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

tekantype : so sesaper yg keter rosak tgh jalan janganlah suruh org tak dikenali tunda coz dorang akan for sure menyembelih korg.. pada yg keta rosak di jalan lau ader org nk mintak tolong tunda abaikan jela just gtawu kt dia terima kasih saya sedang menunggu kawan.. better call perodua services ka proton ka, pihak insurans keta ka? lebih better ataopon simpan siap2 no phone PLUSLINE or services towing yg korg kenal .. info ini dpd www.zamstylo.tk~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...