KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.
Pada zaman kemuncak mereka,
siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful
Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge)
dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).
Mereka bukan asing dalam
industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor
dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan
hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.
Cat
kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu
menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan
Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul
hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran
dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.
[Oleh NORIAH IDRIS dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD - Harian Metro]
Biarkan dihina dan dikeji,
sedangkan Nabi Muhammad S.a.w pun dihina dan dikeji semata-mata kerana
untuk menegakkan kebenaran, membela, membantu dan menegakkan agama
Allah. Bagi orang-orang yang menghina dan mengeji itu, apa yang mereka
buat untuk membantu agama Allah? Sedangkan kewajipan Muslim adalah untuk
menyeru kepada kebaikan dan melarang membuat kemungkaran serta mengajak
manusia agar beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
by zaM-y Komen disini ?