FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90 negara.
Filem Animasi Seefood yang mengambil masa selama dua tahun empat bulan untuk disiapkan itu juga pernah dibawa ke Festival Filem Cannes, Perancis, melalui usaha persendirian.
Membabitkan 35 juru animasi, filem pertama terbitan Silver Ant Sdn Bhd itu berjaya memikat ramai pembeli di pasaran filem antarabangsa berkenaan.
Pengarahnya, Goh Aun Hee, berkata pada mulanya beliau menjangkakan hanya empat atau lima negara akan menunjukkan minat terhadap filem terbabit. Bagaimanapun amat mengejutkan apabila kehadiran filem animasi Seefood mendapat sambutan begitu baik sekali.
Filem Animasi SeeFood Dapat Pujian Ketika Hadiri Pasaran Filem Cannes
“Mereka memuji kualiti filem animasi Seefood ini walaupun kami hanya menggunakan 35 juru animasi. Memang tak dinafikan, dengan jumlah tenaga kerja yang sedikit, ia memberikan cabaran berat kepada kami.
“Janganlah bandingkan kualiti filem animasi Seefood ini dengan animasi daripada syarikat gergasi Hollywood seperti Pixar kerana bajet mereka adalah ratusan juta ringgit. Mereka juga mempunyai ramai tenaga kerja, mencecah 500 juru animasi, sedangkan kami berkerja dalam jumlah yang kecil. “Bajet kami juga tidak sebesar peruntukan filem mereka. Dengan bantuan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera, hasrat untuk menghasilkan SeeFood akhirnya dapat direalisasikan.
Sebenarnya ilham menghasilkan filem animasi Seefood ini tercetus sejak 12 tahun lalu, tetapi ia hanya dapat dilaksanakan empat tahun lalu dan memakan masa lebih dua tahun untuk disiapkan,” katanya.
Kepayahan mereka ternyata berbalas apabila filem itu mendapat pelbagai pengiktirafan, biarpun ia belum lagi menjengah pawagam. Pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011, SeeFood membawa pulang tiga anugerah iaitu Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik.
Pada mulanya, menurut Goh, mereka merancang untuk merakamkan filem animasi Seefood ini dalam bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Bagaimanapun, menyedari ia akan mengambil masa lebih lama, apatah lagi proses menunggu tarikh tayangan sendiri sudah memakan masa lima bulan, hasrat itu kemudiannya dibatalkan.
“Bukan kami tidak mahu menayangkan filem animasi Seefood ini di sini, tetapi tujuan asal kami sebenarnya mahu memperkenalkan negara kita ke luar negara. Ternyata usaha kami tidak sia-sia apabila mereka terkejut dan memuji filem animasi Seefood.
Filem Animasi SeeFood Tidak Sama Dengan Finding Nemo
“Kami tidak kisah jika ada yang berkata filem animasi Seefood kami meniru animasi Hollywood seperti Finding Nemo. Mungkin disebabkan ia berlatarkan alam dasar laut, secara tidak langsung orang ramai akan mengaitkan filem kami dengan animasi luar negara itu. Dari segi jalan cerita, SeeFood sebenarnya berbeza.
“Mereka yang sudah menonton filem animasi Seefood ini ketika ditayangkan di Cannes memuji jalan cerita filem ini. Bagi mereka, jalan cerita filem ini unik. Apatah lagi kami turut menyelitkan mesej mengenai pencemaran laut dan juga pemburuan sirip yu,” katanya.
INFO
Syarikat Penerbit : | Silver Ant Sdn. Bhd | ||
Bahasa : | Bahasa Inggeris | ||
kategori : | Filem Animasi | ||
Genre : | Animasi | ||
Klasifikasi : | U – Untuk tontonan umum | ||
Tarikh Tayangan : | 08 Mac 2012 | ||
Durasi : | 92 min | ||
Audio : | Dolby | ||
Format : | 35mm |
Sinopsis:
Julius seekor jerung ganas tetapi sebernanya sangat ceria bersama Pup Seekor Yu Buluh bermain di terumbu karang. Tiba-tiba terserempak dengan dua penyelam yang mengambil telur telur ikan. Pup gagal untuk menyekat mereka. Pup yang kesedihan cuba dipujuk oleh Julius dengan aksiaksi yang melucukan tetapi gagal lalu Julius membawa pup pulang ke kediamannya, disebuah kapal karam yang penuh dengan wang emas.
Sementara itu sebuah kilang yang berhampiran persisiran pantai telah membuang sisa-sisa bahan industri kedalam laut berhampiran tempat tinggal mereka, mengakibatkan pencemaran kepada terumbu karang, air laut dan kehidupan lain. Julius ditugaskan untuk menyelamatkan Pup Octo dengan ciptaan barunya yang mampu membuat Julius naik kedarat. Julius yang naik kedarat kini menjadi buruan penyelam-penyelam tersebut yang juga ingin menjadikan dia sebagai salah satu hidangan istimewa.
Gambar Dari Filem Animasi Seefood
Trailer Filem Animasi Seefood
by zaM-y Komen disini ?