Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah
hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang
ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa
mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat
membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil
tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor
bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut.
Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar...
pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU
itu terbuka....
Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan
sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati
katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan
pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum
cleaner'nya...
by zaM-y Komen disini ?