fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Lebih 40 org jadi buta akibat Robohkan Masjid | News by www.zamstylo.tk

RePOST : Balasan Allah SWT menjadi Buta selepas merobohkan Masjid di India.




India, Masjid Babry - Sekitar 40 orang Hindu yang ikut dalam serangan keji ke masjid Babry untuk merobohkannya pada tarikh 6 Disember 1992 beberapa tahun lalu, menjadi buta setelah gagal disembuhkan oleh para doktor pakar mata di India. Wallahua’lam….

Hal ini diketahui melalui laporan yang disiarkan akhbar Anshary Express, yang terbit di India ketika itu yang menyebutkan bahawa propaganda orang Hindu untuk merobohkan masjid tersebut diikuti sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari serata pelosok India yang sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga mengatakan, 31 orang yang menjadi buta itu tinggal di sebuah bangunan di kota Maharinor. Sebelumnya mereka pernah berusaha menghancurkan masjid tua milik umat Islam itu namun tidak berhasil.

Sekarang (setelah penghancuran masjid tersebut), kelompok orang-orang ini menggantungkan hidup mereka kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu.

Di samping kelompok pertama ini, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi ‘Gazy Boor’ di Atar Pradesh yang juga kehilangan penglihatan mereka atau buta setelah ikut serta dalam tindakan pemusnahan tersebut.

Seperti yang dipetik akhbar tersebut, mereka menyesali tindakan bodoh mereka itu dengan menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan masjid Babry. Kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka, dakwa mereka lagi.

Salah seorang waris mereka mengatakan, anak lelakinya memang telah mendapat latihan khusus supaya dapat menyertai tindakan penghancuran masjid itu namun dia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah merekrut anak lelakinya itu.

Penduduk setempat dan juga kawasan sekitarnya berkeyakinan bahawa dengan tindakan mereka yang cuba memusnahkan masjid tersebut, mereka telah melakukan dosa besar. Kerana itulah sebagai balasannya mereka menjadi buta.

(Tekantype: Sekadar mengingati dan jadi pendoman kepada semua apa yg dikerjakan akan sentiasa mendapat balasannya cuma lambat atau cepat sahaja dengan itu berimanlah kamu kepadaNYA)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...