fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Lim Guan Eng Bakal Perdana Menteri Malaysia Jika Semua Pangkah PKR? by www.zamstylo.tk~


Cadangan ini mungkin boleh jadi.. jika anda mahu melayu sahaja jadi
 PM di Malaysia pangkah kerajaan, jika anda mahu bangsa lain jadi
 PM Malaysia pangkah pembangkang.. undi anda adalah rahsia..
 tahniah kerana undi anda semua?

Panas memang panas tajuk diatas tapi hakikatnya korang pikir la sendirik?
bukan ak yg cakap tapi link di bawah ni yang cakap? betul ka? meh baca...

http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/jawatan-pm-guan-eng-boleh-ganti-selepas-anwar-tiada/


Jawatan PM: Guan Eng Boleh Ganti Selepas Anwar Tiada

CADANGAN Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya seorang bukan
Melayu dilantik menjadi Perdana Menteri selepas PRU13,
adalah satu cadangan yang baik untuk masa depan negara ini.
Seperti yang kita semua telah ketahui,
perlembagaan negara tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri adalah
seorang Melayu beragama Islam seperti mana yang diwajibkan untuk
beberapa jawatan Menteri Besar bagi beberapa buah negeri di Semenanjung.
Hakikat ini menjadikan cadangan Karpal itu bukan suatu yang salah
seperti mana yang mahu dilihat sesetengah pihak.
Tapi cadangan itu hanya sesuai selepas
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi berupaya menggalas tanggungjawab tersebut
ataupun telah meninggal dunia, dan selepas masa itu sampai,
tidak ada orang lain yang lebih layak untuk
 menduduki jawatan tersebut melainkan Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng – seperti yang diinginkan Karpal.
Muda, berpengalaman dan bijak, adalah 3 ciri-ciri penting yang
melayakkan Guan Eng untuk menduduki jawatan tersebut –
asal sahaja tidak ada masalah lain yang boleh mencalar
 personalitinya itu seperti yang dibangkitkan baru-baru ini.
Justeru penulis menolak sama sekali pandangan dan pendapat Mursyidul Am PAS,
Datuk Nik Aziz Nik Mat (dalam mengulas pandangan Karpal)
bahawa calon Perdana Menteri bukan melayu diterima asal sahaja beragama Islam.
Pada bila-bila masa pun penulis tidak rasa Karpal merujukkan
cadangannya itu kepada calon dalam kategori yang dinyatakan Nik Aziz
– bukan Melayu beragama Islam.
Pada sesiapa yang mengenali Karpal, sudah tentu faham dengan
 latar belakang belia yang agak hostiledengan melayu dan Islam. 
Hostile bukan bermaksud ingin bermusuh ke tahap berperang dan sebagainya,
tapi lebih kepada  bermaksud apa yang sudah dinikmati orang Melayu
dan Islam di negara ini sudah cukup baik dan tidak perlu diperhebatkan lagi.
Yang perlu diberi perhatian dalam masa sama ialah memastikan,
hak kaum minoriti di negara ini tidak terjejas dengan segala keistimewaan
yang dinikmati kaum bumiputera yang lainnya.
Itu adalah perjuangan Karpal zaman berzaman yang penulis ketahui,
kalau ada masih yang tidak faham atau buat-buat tak faham.
Lagipun penulis tidak nampak siapa calon yang lebih layak menjadi calon
Perdana Menteri bukan Melayu (tapi beragama Islam) seperti yang disarankan Nik Aziz.
Mana logiknya Nik Aziz bersetuju dengan calon Perdana Menteri bukan Melayu
 tapi beragama Islam kalau di Kelantan sendiri pun, seorang Exco bukan Melayu
 (beragama Islam), tidak pernah dipertimbangkan untuk menjadi pengganti Menteri Besar
selepas Nik Aziz.
Kalau itupun tidak mampu dilakukan, apa daya Nik Aziz untuk memilih dari
kalangan golongan tersebut sebagai Perdana Menteri pula?
  Ini sahaja menjadikan cadangan Nik Aziz itu tidak logik dan tidak masuk akal sama sekali.
Pada penulis, cadangan Karpal ini adalah petanda kepada kabinet bayangan yang
 dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia itu. 
Tidak perlu dipersoalkan lagi siapa calon Timbalan Perdana Menteri,
kenyataan Karpal itu sudah membuktikan segala-galanya.
sumber : suara pakatan rakyat (PKR)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...