fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Proton tiru design sejak bila? News by www.zamstylo.tk


Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Proton di atas kejayaan terhadap Proton Preve.. 
Syabas!!! Tajuk mesti mau kasi panas brader.. Tadi ada pulak member sorang ni ternampak Mitsubishi
 Super Touring kat parking, terus dia bertanya "Eh, Saga tu tiru Mitsubishi yang mana ha?"
Aku pun menjawab, "Ada sebijik tu, cutting lebih kurang Saga jugak.. 
Nama dia Fi..Fi..Fi ape ntah. Tapi bukan Fiona lah." 
Geram jugak sebab selama ni aku ingat nama kereta tu..
Masuk je bilik, aku pun terus buat penyiasatan di wikipedia. Baru aku jumpa, Mitsubishi Fiore! 

Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983
Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit 
perubahan termasuk sekali dengan lambangnya. Takkan la nak pakai lambang
Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk 
yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu. Kemudian pada tahun 
1993, Proton Wira pula diperkenalkan   menggunakan gabungan rekabentuk daripada 
Mitsubishi Lancer  dan Mirage.

Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer EvoII 1994
Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria.
 Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback. 
Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada
 Mitsubishi Mirage Coupe.

Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991
Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu
 Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model
 Mitsubishi Galant Eterna.
Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992

Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. 
Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill 
dan bodykit je.

Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986
Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sediki
t eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma. 

Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995
Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada
 Mitsubishi TownBox. 

Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999
Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, 
pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada 
Mitsubishi Lancer Evo X. Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya 
tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang 
menggunakan enjin Mivec.

Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007
Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang
 mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama,
 mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut. Takkan orang lain dah
 keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak 
macam Saga lama tu lagi kan?

Proton Preve 2012


Kia Forte 2008
Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak
 ke ape ke. Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada 
mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja.
 Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri 
yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.. :)
p/s: punya impian untuk create enjin kereta sendiri. (",)


sumber:amygyver

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...