ENtri Kali ini adalah ... AKU MINAT SEJARAH (Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke54 Msia)
Siapa MAT SABU?
MAT INDERA?
MAT HASSAN
MAT KILAU bkn M.DAUD KILAU (shenyumlah2 ahaiii cek mek molek)
korang
dah tengok ceramah mat sabu yang dikontroversikan baru-baru ni? aku
baru lepas tengok. agak tak berapa nak paham gak sebab audio yang kurang
jelas ditambah dengan loghat kedah yang digunakan...
berikut merupakan potongan daripada ceramah beliau :
dan yang di bawah ni sebagai penerangan berkaitan video ni daripada sumber-sumber yang aku dah dapat...
Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
Saya
terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah
berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya
'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
"...Bukit
Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai
kerajaan, ketuanya Mat Indera, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup,
Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita Bukit Kepong,
hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum
merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang
hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat
Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung
di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan
British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan
Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila
ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum
gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong..."
Maksud
keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi
sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang
mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu
secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan
Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai
dan itulah kerja Utusan!! - terima kasih kepada ekele.net
*******
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
KUALA
LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah
tanpa prejudis.
“Secara
peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji
dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,”
kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media
perdana.
Dalam
isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu
ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno
baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa
pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.
"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?
“Kaitannya
adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara
logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.
"Inilah
yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok
Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka
ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah
kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.
Utusan
Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad
Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan
Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25
anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam
serangan di balai tersebut.
Ini
disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno,
termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin
Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain
itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di
Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn
dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan
kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Tuan
Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul
Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding
kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka
pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan
jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.
“Namun
jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang
melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah
mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.
"Disebabkan
pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya
memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka,
namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari
dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada
segi sudut sejarah.
“Kita
harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat
dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain -
semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol
dengan penjajah British.
"Atas
penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap
tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.
Jikalau
itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup
bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau,
yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
“Jika
dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua
hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam
tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.
Katanya,
secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih,
kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah
pengkhianat.
"Yang
menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila
ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan
British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.
Secara
menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua
kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk
menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang
sekalipun.
Namun
demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang
mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa
yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama
golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.
“Pada
tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara?
Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi
Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang
dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah
Melayu.
Selepas
Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah
tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada
penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang
habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh
berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.
"Oleh
itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam
mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil
menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis,
tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan
daripada satu era ke satu era.
“Kita
harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama
dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi,
bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS
menghalau penjajah,” kata beliau.
Kontroversi
yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu
di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada
pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau
kekal menyokong British.
“Nyata
yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun
menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan
Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.
"Inilah
pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi
kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik
baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.
Mohamad
dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah
diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno,
Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah
terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan
itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman
kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan
palsu itu. - Hrkh
*******
oleh Tulang Besi
NOTA
EDITOR: Di saat UMNO giat menuduh Abg Mat menyokong Komunis, Tulang
Besi berhajat untuk mengingatkan kembali jalinan hubungan dua hala
antara UMNO dan Parti Komunis China pada September 18 2009.
Nampak
gayanya, setelah Parti Komunis Malaya dibubarkan, tempat mereka telah
diganti oleh UMNO kerana Parti Komunis Malaya mendapat bantuan mereka
satu masa dahulu dari Parti Komunis China.
Kesian
UMNO, apa pun dia buat, mesti kena balik batang hidung mereka. Mereka
cuba serang Abang Mat Sabu, skrg ni rakyat baru teringat bahawa
pemimpin2 UMNO semuanya bekas pegawai British, mcmna nak jadi pejuang
kemerdekaan.
Dia bukak kita satu, kita bukak dia seribu.
Alhamdulillah
Umno, China Communists to swap youth leaders (BERNAMA)August 05, 2010
A giant portrait of Mao Zedong, the CPC's first chairman, is seen in Beijing's Tiananmen Square September 18, 2009. - Reuters pic
KUALA LUMPUR, Aug 5 - Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power.
Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC."On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed," Tengku Adnan said in a statement to Bernama.
He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. - Bernama
*******
Oleh ARIS AWANG
Nama
sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau
mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian
Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam
dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
tradisional di negeri Kelantan.
Antara
yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak
RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun,
kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada
29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil
alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British
yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di
daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan
cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.
Encik
Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan
Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk
Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan
Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah
menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula
telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung
Pupuh.
Kebangkitan
Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu
berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British
pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai
seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan
pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh
Kelantan, termasuk Pasir Putih.
Dalam
pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu
meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta
lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki
di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang
Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak
British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan
dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.
(Pak
Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin
UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua
British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang
syuhada - Al-Fatihah)
Peristiwa
Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915).
Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State
Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah
dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan
membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British
sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.
Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.
Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.
Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.
Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.
*******
Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.
Yang
penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan
penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum
merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah
sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu
berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM
wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah
sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih
sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa
agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO
masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi
kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam
seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu
kebenaran.
Kedua:
Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya
semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah
tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan
ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai
pemerintah negara ini.
TAHNIAH MAT SABU!
- Kisah Mat Sabu dan Mat Indera ni takkan jadi kontroversi kalau cerita sebenar tidak diputarbelitkan oleh sesetengah pihak. Dan semakin panas bila ada SESETENGAH penyokong kerajaan dan pembangkang yang membuat komen yang merapu di blog. Aku baca pun jadi pening.
- Bagi aku tidak perlu mengkritik perjuangan UMNO terdahulu, walaupun ada yang tak setuju dengan cara mereka tapi kita telah merdeka. Kan? Yang penting, betulkan beberapa fakta untuk mengiktiraf pejuang kebangsaan yang telah dipinggirkan selama ini. Lagi pun, Mat Indera sendiri diiktiraf oleh kerajaan Johor iaitu Yayasan Warisan Johor sebagai salah satu pejuang ternama di negeri itu.
- Kisah Mat Indera ni menarik sebenarnya dan perlu dikaji bagi memberi kefahamamn kepada generasi kini tentang kisah pejuang zaman dahulu. Kalau bukan kerana kontroversi Mat Sabu, aku takkan kenal siapa Mat Indera ni.
- Pasal komunis ni, ideologi komunis sudah jelas bertentangan dengan Islam. Menurut sesetengah pendapat, kita tak boleh sokong mereka walaupun mereka berjuang menentang penjajah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kan? Kalau aku salah sila betulkan.
- Aku tak hidup dalam zaman ni, so tak boleh nak komen banyak-banyak.
- Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ini, sila rujuk di baris ayat yang aku telah highlight kat atas tu. Sekian.
so last conclusion daripada ak : lain orang lain pendapatnya dan mentality pon berbeza2 tidak ada seorang yg baik pon mengaku dia baik dan tak ada seorang jahat pon mengaku jahat.. dan cuba anda tekan test tengok anda pilihla yg mana satu pejuang Melayu Sebenar? MAT SABU, MAT INDERA, MAT HASSAN(Tok Janggot) MAT KILAU(tiada dlm huraian) M.DAUD Kilau(lagilah tiada) hehe..
by zaM-y Komen disini ?