Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk
Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas
mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun
yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara
bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi
makna yang sangat jelas.
Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama
anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan
pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui
getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut
dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan
penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan
dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat
dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah
FMRI.
Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia
Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan
pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang
yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.
Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak
Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu
berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang
bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding
dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian
hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak
balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area,
hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika
bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu
temporal lobe dan cigulate gyrus.
Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi
kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah
membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat
demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang
mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16)
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami
mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk
pada ayat yang kami paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud
ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta)
yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal
menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang
dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah,
suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran
sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia.
Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.
Masyarakat dunia perlu menilai semula matlamat sebenar perang
terorisme global di Afghanistan mulai 7 Oktober 2001, di Asia Tenggara
mulai Januari 2002, dan di Iraq mulai Mac 2003 berikutan tragedi 911
yang dipropagandakan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai angkara militan
muslim, khususnya Al-Qaeda.
Penilaian ini penting disebabkan tragedi 911 yang meranapkan Menara WTC
di New York dan sebahagian Ibu Pejabat Pentagon di Washington DC, AS,
pada pagi 11 September 2001 kini semakin dipertikaikan oleh pelbagai
pihak, termasuk profesional di bidang senibina, kejuruteraan struktural,
pakar bom, pakar peletupan terancang, pakar penerbangan, pakar kimia
dan juga ahli politik di AS.
Intipati kepada hujah dan pendapat kumpulan di atas ialah: tragedi 911
bukannya angkara militan Islam antarabangsa. Oleh sebab itulah mereka
mendesak diadakan siasatan semula yang lebih bebas dan mendalam mengenai
punca-punca tragedi berkenaan.
Dalam pada itu, terdapat golongan di AS yang kini mendakwa bahawa
tragedi tersebut adalah suatu tindakan yang dirancang oleh sesetengak
kelompok dalam kerajaan AS sendiri dengan bantuan kuasa asing yang
mempunyai pengaruh besar terhadap politik AS.
Oleh sebab itulah secara peribadi, saya sentiasa meragui kebenaran
punca-punca tragedi 911 versi kerajaan AS. Walaupun Kerajaan AS sudah
mengeluarkan laporan rasminya mengenai tragedi ini menerusi buku the 9/11 Commission Report, buku ini pula disanggah oleh Cover up: what the government is still holding about the war on terror oleh Peter Lance (2004).
Seterusnya terdapat buku 9/11 synthetic terror: made in USA oleh Webster Griffin Tarpley (2008). Sebelumnya, Han Blix bekas ketua IAEA pula menerbitkan buku The search for weapons of mass destruction: disarming Iraq (2004) dan Scott Ritter selaku bekas ketua penyiasat senjata di Iraq pada 1991 pula menerbitkan buku War on Iraq: what team Bush does’t want to know (2002) dan Eric Alterman dan Mark Green menulis mengenai The book on Bush: how George W (mis)leads America (2004).
Seluruh karya ini meragui tragedi 911 dan membayangkan bahawa perang
teror di Iraq mulai 2003 adalah tidak berkaitan dengan senjata pemusnah
yang kononnya dimilikki oleh Saddam Hussein yang telah pun mati di tali
gantung akibat dakwaan tersebut.
Sempena ulangtahun 911 kali ini, wajarlah umat sejagat menilai semula
punca-punca tragedi ini supaya AS tidak terlalu berleluasa dalam
pelaksanaan perancangan strategi agungnya di abad ke-21.
(Pembohongan 11 Sept & penipuan Yahudi Zionis terbongkar akhirnya)
Kalau
masih ada yang percaya bahawa peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC
New York dan peristiwa 11 Sept 2001 adalah perancangan Usama Bin Laden
dan kumpulan Al Qaeda, teman rasa elok pi check screw kepala mike tu
balik yop. Mungkin ada skrew yang longgar. Amat malang kalau ada
manusia, terutama umat Islam khususnya, yang masih terpedaya dengan
pembohongan dan penipuan Yahudi Zionis, sebagaimana mudahnya segelintir
umat Islam bangsa Melayu terpedaya dengan sandiwara dan pembohongan.
Kalau
tengok videoklip diatas , dan banyak lagi buku, tulisan, videoklip dan
banyak lagi penerbitan yang dibuat oleh rakyat Amerika sendiri yang
jelas membuktikan bahawa peristiwa 11 Sept 2001 sebenarnya adalah satu
penipuan dan pembohongan (macam penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim
dan kaum Anwarinas dalam 16 Sept) didalangi oleh Yahudi Zionis dan
pepatung mereka George W. Bush untuk menghalalkan tindakan kafir
terhadap negara Islam saperti Iraq, Afghanistan dan lain-lain termasuk
gerakan-gerakan Islam. Dan ini terbukti dengan penaklukan Afghanistan,
Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, Usama Laden dan ramai lagi selepas
peristiwa itu.
10
tahun pembohongan besar 11 Sept berlalu, dan dalam tempoh 10 tahun itu
kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah
habis. Kita diratah dan dilanyak-lunyai tanpa batasan. Negara Islam
dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum
kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi
bahan santap!!!
11
Sept digunakan sebagai alasan menghalalkan pembantaian terhadap negara
Islam dan umat Islam. 11 Sept dijadikan asas kepada melahirkan budaya
Islamofobia, dan di Malaysia dikaitkan dengan Malayufobia. Sama saperti
peristiwa Pearl Harbour dijadikan alasan untuk menghalalkan Perang Dunia
ke 2 yang menyaksikan negara Islam dipecah-belah dan dijajah! Entah
benar atau tidak kapal-kapal Amerika diserang, kerana terdengar kisah
kapal-kapal yang dibom oleh tentera kamikaze Jepun yang terpedaya adalah
kapal kayu yang sudah nak dilupuskan. Sama saperti kisah Holocaust,
yang dijadikan alasan untuk Yahudi Zionis bermaharajalela, sehingga
akhirnya umat Islam kehilangan Falastin dan Masjidil Aqsa!
Benar
sabda Rasullah saw, akan datang satu zaman bilamana kafir bersatu
meratah umat Islam, yang walaupun berbillion jumlahnya, tetapi
kualitinya hanya saperti buih dilautan. Tak guna satu sen pun. Dan kita
lihat depan mata kita, walau pun dilanyak dan dihentak kiri kanan oleh
kafir harbi la'natullah, umat Islam bukan sahaja tidak bersatu; malah
mereka menjadi makin kelabu. Mereka jual agama mereka, mereka gadai
kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka buang perjuangan negara Islam kerana
konon mereka tak jumpa dalam Quran, mereka pajakkan anak-bini mereka
dengan bai'ah talaq tiga demi kepentingan politik kepartian, mereka
sokong kafir harbi dan sanggup mati untuk punjabi, mereka haramkan
bacaan Quran di masjid mereka sendiri, dan terkini mereka sokong dan
dewa-dewakan kominis atheist yang tak percaya kepada ketuhanan.
Dalam
keadaan keimanan makin surut, dalam suasana syariat makin kaput, dalam
keadaan syiar yang kian reput, dalam keadaan umat yang makin semput,
dalam keadaan agamawan yang menjadi syaitan karut; umat Islam
memerlukan suntikan hidayah untuk mempertahan dan memantapkan keimanan
dan keyakinan. Umat Islam perlukan mukjizat. Dan itulah yang dibuktikan
oleh peristiwa 11 Sept 2001 - mukjizat Al Quran terbukti akhirnya, hidup
dan relevan sepanjang zaman!
Tersebut kisah seorang kafir harbi mencabar umat Islam, khususnya para ulama dan ilmuan, "kalau
benar Al Quran itu mukjizat, dan relevan sepanjang zaman, buktikan
kepada aku peristiwa 11 Sept 2001 ada tercatat didalam Al Quran", bentak sikafir ini dengan penuh keyakinan. Dia cukup konfiden umat Islam akan terkedu kali ini.
Apabila
menerima cabaran ini, para agamawan dan serbannawan terkedu. Mereka
jadi syaitan bisu & kaku. Kata mereka, kami tak belajar ni di gedung
pondok kami. Yang kami belajar kat ma'had hanyalah bahawa hukum
videoklip bukan bahan bukti, sebab ia cuma besi beku. Kaum yang setelah
bertahun memaki kapirkan orang lain kerana tidak menubuhkan Daulah
Islamiyah, akhirnya membuang perjuangan kerana mendakwa rupenya dalam
Quran takde ayat pasal negara Islam. Para agamawan menjadi kelu, dan
tiada jawapan kunjung tiba dari mereka. Umat
yang mengharapkan mereka akan ke saf hadapan untuk mempertahankan
Islam, sangat kecewa bila mereka hanya sanggup mati untuk mempertahankan
punjabi kafir harbi.
Dalam
kekelaman itu, seorang hamba ALLAH yang hanya lulusan muqaddam, yang
kerjanya bukan mencari syuruu duit aur makan dengan berceramah di masjid
surau, yang tidak menjadikan mimbar Jumaat tempat maki hamun, menyebar
fitnah dan mengadu-doomba, yang hanya takut kepada ALLAH dan menitis
airmata sering teringat Rasulullah saw; dia datang mara ke saf hadapan.
Membela dan mempertahankan kesucian dan kehormatan kalam ALLAH swt,
menebus maruah ummah!
"Ada!!!"
tegas 'Abdillah si hamba ALLAH ini. "Ada tercatat didalam Al Quran
peristiwa 11.09.2001 ini!!!", ujarnya dengan penuh keimanan dan
keyakinan! Si kafir harbi terkedu! "Prove it, buktikan!". Desak si kafir
harbi. Maka berlakulah dialog diantara mereka;
'Abdillah: "Berapa haribulankah berlaku peristiwa ini wahai kafir harbi"
Kafir harbi: "11 haribulan"
'Abdillah: "Cuba mike buka Juz ke 11 dalam Al Quran";
Kafir harbi: sambil membuka lembaran terjemahan Al Quran, "Apa ni, Abu Teroris, hanya ada beberapa surah dalam Juz 11 ni";
'Abdillah: "Bulan berapa peristiwa itu berlaku wahai kafir?" tanya insan beriman ini tanpa mempedulikan sindiran si kafir;
Kafir harbi: "Bulan sembilan. Bulan September ikut kalendar tuhan ku" jawab si harbi dengan sinis!
'Abdillah: "Didalam Juz ke 11, ada surah yang kesembilan, cuba mike check tengok" keyakinan 'Abdillah makin terserlah;
Kafir harbi:
"Apa ni, surah ke sembilan, surah At-Tawbah. Apa kena mengena 11.09
dengan bertaubat", perli sekafir harbi. Bodoh pulak si Muslim ni, kata
hati sikafir!
'Abdillah:
Tanpa memperdulikan perli si harbi, 'Abdillah bertanya; "Berapakah
tinggi Menara Kembar WTC New York yang runtuh itu wahai kafir harbi?";
Kafir harbi:
Sambil menggaru kepala yang tak gatal, "11o tingkat tuan extremis";
kata si harbi sambil menganggap ini ulama' kangkung mana nak berdebat
dengan dia!
'Abdillah:
"Cuba mike tengok didalam Juz ke 11 surah ke 9 itu, ada ayat 110. Cuba
mike baca tengok", dengan senyum penuh keyakinan 'Abdillah menyuruh si
kafir harbi membaca;
Kafir harbi: Sambil menyelak lembaran terjemahan Al Quran itu, dan dibacanya terjemahan ayat tersebut, "Keruntuhan
bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi
penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis
(perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan
ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!" baca si harbi sambil dahi mula berpeluh;
'Abdillah:
"Cuba mike baca terjemahan bahasa Inggeris pulak, kot nanti mike kata
tak faham pulak kang" desak 'Abdillah kepada kafir yang malayufobia itu
dengan penuh keyakinan;
Kafir harbi: sambil membuka terjemahan Inggeris, "The
building which they built, will never cease to be misgivings in their
hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces.
ALLAH is All-Knowing, All-Wise", bagai direntap-rentap jantung si harbi membaca wahyu Ilahi yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya.
Kafir harbi: "Apa ini wahai Muslim?", hati si harbi sudah mula lembut;
'Abdillah:
Mari teman ceritakan asbabul nuzul, sebab turunnya ayat ini, jelas
'Abdillah mengulangi sejarah sebagaimana Saidina Ja'far Abi Tolib
At-Tayyar membacakan surah Maryam kepada Maharaja Najasyi Al-Habsyi yang
menyebabkan runtun jiwa Raja Besar Nasrani itu;
"Terdapat
seorang munafik di Madinah, namanya Abu Dhirrar. Dia mahu menunjukkan
kepura-puraan dia menyintai Islam. Lalu dia membina sebuah masjid yang
besar, lebih cantik dan hebat dari Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid
Quba'. Setelah masjid itu siap, yang dipanggil Masjid Ad-Dhirrar
tersergam megah, lalu Abu Dhirrar meminta Nabi saw merasmikannya.
Kebetulan Nabi dalam persediaan untuk pergi ke Perang Tabuk bersama para
sahabat untuk bertempur dengan Maharaja Kristian Herkules dari Rom.
Jadi Rasulullah saw berkata, "nanti dalam perjalanan balik dari Perang
Tabuk, insyallah aku akan singgah dan rasmikan masjid mu wahai Abu
Dhirrar".
Selama Nabi saw ke Tabuk, satu perjalanan yang jauh dibawah panas terik
matahari, dimana sahabat saperti Saidina Abu Bakr mendermakan seluruh
hartanya fisabilillah, Abu Dhirrar sentiasa keresahan menanti Nabi saw
kembali untuk merasmikan Masjidnya, supaya kemunafikan dia tidak
kelihatan.
Dalam
perjalanan pulang dari Tabuk, Saidina 'Umar ibnul Khattab, yang
mendermakan separuh hartanya untuk membiayai peperangan tersebut
bertanya kepada Rasulullah, "wahai Nabi kekasih ALLAH, mengapakah engkau
mahu merasmikan masjid yang dibina oleh Abu Dhirrar, si munafik yang
membinanya dengan keangkuhan dan kesombongan?". Bantah 'Umar.
"Wahai 'Umar, kita husnul zan sahabatku, kita bersangka baik sahajalah.
Kan yang dibina Abu Dhirrar itu sebuah masjid", sanggah insan yang cukup
mulia itu."Tapi ya Rasulullah,
kalau engkau merasmikannya, ia hanya akan menambah kemunafikan Abu
Dhirrar, dan akan diguna masjid itu sebagai sarang menyerang umat Islam
pula", bantah 'Umar yang terkenal tidak pernah berkompromi dalam hal
Islam, sehingga iblis dan syaitan akan lari tak mahu bertembung dengan
'Umar ditengah jalan (teringat teman kaum Anwarinas membina sebuah
pakatan luar tabi'e yang diguna kafir harbi biaDAP untuk menyerang dan
memusnahkan Islam!).
"Tidak
apalah 'Umar, aku akan tetap merasmikannya. Insyallah, aku berserah
kepada ALLAH" kata Nabi yang pernah menyembahyangkan jenazah Abdullah
Bin Ubay Bin Salul, bapak munafik Madinah.Dengan
kehendak ALLAH, turunlah wahyu kepada Nabi saw, membenarkan bantahan
'Umar. Maka turunlah ayat 107-110 surah At-Tawbah yang bermaksud:
"Dan
diantara orang munafik itu juga ialah orang-orang yang membina masjid
dengan tujuan membahayakan keselamatan umat Islam, dan menguatkan
keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam
dan orang beriman, dan juga untuk dijadikan tempat intipan bagi orang
yang memerangi ALLAH dan RasulNya sebelum itu, dan apabila tujuan buruk
mereka itu terbongkar, mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah
yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk
kebaikan semata-mata. Padahal ALLAH menyaksikan bahawa mereka
sesungguhnya berdusta. Jangan
engkau sembahyang didalam masjid ini selama-lamanya (wahai Muhammad),
kerana masjid (Quba') yang engkau bina dan dirikan atas dasar taqwa dari
mula ujudnya, sudah lebih sepatutnya engkau sembahyang didalamnya.
Didalam masjid itu, ada orang-orang yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya, dan ALLAH mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir & batin). Maka
adakah orang yang membangunkan masjid yang dididrikannya atas dasar
taqwa kepada ALLAH dan (untuk mencari ) keredhaan ALLAH itu lebih baik,
ataukah orang yang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi
jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang
membangunkannya kedalam api neraka! Dan ingatlah, ALLAH tidak akan
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim!!!".
Wahai
kafir, sebagai hamba ALLAH yang ta'at, sebaik sahaja mendapat wahyu
itu, Nabi Muhammad saw terus memerintahkan tentera Islam yang bersama
Baginda di Perang Tabuk bergegas ke Masjid Ad-Dhirrar. Sesampainya
tentera Islam di Masjid Ad-Dhirrar, lalu mereka meruntuhkan masjid itu
dan membakar tapaknya sehingga sebutir kesan pun tidak ada yang
ditinggalkan!".
'Abdillah:
jadi kamu lihat wahai ahli kitab, peristiwa keruntuhan Menara Kembar
WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan
didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!
'Abdillah:
"Dan kamu belum yakin lagi dengan mu'jizat Al Quran wahai ahli kitab?",
tanya hamba muttaqin ini kepada kafir yang sudah runtuh benteng
kekafirannya!
Kafir harbi: "Ada apa lagi wahai Muslim?", lembut tapi sayu dan sedih bunyi suara si kafir tegar itu.
'Abdillah:
"Adakah kamu tahu, huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat
110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!
Subhanallah, masya ALLAH wahai Muslim.
Aku kini percaya dan yakin dengan kebenaran dan mukjizat Al Quran:
Asy hadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhamaddar rosulullah!!!
Aku naik saksi, tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh ALLAH! Maka berimanlah si kafir harbi yang tegar itu! Menjadi seorang Muslim yang yang sejati!
I'tibar: wahai saudara Muslim ku yang beriman, yakin dan percayalah kita
dipihak yang benar, ALLAH Yang Maha Esa itu benar, Nabi Muhammad saw
itu benar, Al Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar,
Akhirat itu benar, dan Syurga-Neraka itu benar. ALLAH akan membantu kita
bila kita membantu agama ALLAH, dan ALLAH akan letakkan kafir kebawah
tapak kaki kita - tetapi kita perlu yakin, percaya dan istiqomah dengan
lafaz:
Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan kita ikhlas beragama
Islam kerana ALLAH (dan bukan kerana parti, individu, kerusi, habuan,
kedudukan, jawatan dan lain-lain)!