fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Libya adalah Propaganda Barat Lagi?

Selepas satu2 negara islam dilunyai oleh barat plus yahudi kini negara LIBYA menjadi mangsa dek kerakusan manusia yg tak berperikemanusiaan ini? who Next?




Biasa  kita tengok kat berita2 kekejaman beliau tapi kebaikan beliau ada orang nampak tak?
Skrg nie semua kecoh pasal kematian Gaddafi..kesian betul la dia kena belasah dgn pemberontak kat sana..kejam betul la..tp yg pasti,masa tue AS,Israel tepuk tangan la..ok la,biasa kita dgr kekejaman dia nie kat rakyat dia..buat itu la..buat ini la..org dh mati nie kita jgn la cerita keburukan dia kan..apa kata kita tengok apa kebaikan dia yang dah buat kepada rakyat Libya..

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Kelantangan Suara Gaddafi

Kedudukan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya semakin tergugat. Masyarakat dunia mula mendesak beliau meletak jawatan. Dunia Islam turut mendesak beliau. Tetapi sebenarnya, jikalau beliau meletak jawatan, Dunia Arab bakal kehilangan satu suara yang lantang mengkritik dunia Barat.

Muammar Gaddafi telah merampas kuasa pada 1969 dan menjadi pemimpin yang lantang mengkritik Israel dan Barat. Beliau juga berani melancarkan beberapa siri peperangan dengan negara2 serantau. Hasil daripada itu, AS mencatatkan Libya sebagai negara pengganas. Tidak cukup dengan itu, tentera udara AS mengebom Tripoli. Tidak seperti pemimpin negara yang lain, beliau masih mengekalkan kuasanya walaupun negaranya musnah akibat serangan AS.

Gaddafi mengoyakkan kertas PBB

Baru-baru ini, atas inginkan keadilan, beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB dan mengkritik kuasa2 besar dunia atas kegagalan mereka menegakkan keadilan. Malah, beliau juga mengoyakkan buku utama PBB lalu baling ke arah belakang iaitu ke arah pemimpin kuasa2 besar dunia.

Keadaan ini mencetuskan ketidak-puasan hati pelbagai pihak. Namun begitu, ada juga pemimpin yang menyokong tindakan Gaddafi itu.
Sebelum ini, beliau juga pernah melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat agung Liga Arab. Beliau mengkritik para pemimpin Arab mengenai isu di Palestin.
Tindakan Gaddafi membaling buku utama PBB.
Sepanjang beliau memerintah, setiap kali beliau mengunjungi luar negara, beliau akan menginap di dalam khemah beliau sendiri dan bukannya hotel 5 bintang. Itulah ciri beliau yang unik. Malah, beliau sering memakai pakaian tradisional dan bukannya pakaian formal.

Khemah Gaddafi.
Apa yang berlaku di Libya yang melibatkan Gaddafi mungkin benar dan mungkin tidak. Sumber2 berita yang kita dengar mengenai krisis di Libya ini berasal daripada media yang bersekutu rapat dengan Israel. Sebahagian besar rakyat Libya masih menyokong beliau kerana suara lantang pemimpin Libya itu mampu membawa perubahan dalam Liga Arab mahupun Dunia Islam. Saya berharap agar keadaan di Libya stabil dan keamanan akan wujud.


credit : sembangkosong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...