fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Nokia Lumina Windows Phone 7 (WP7?)

Lumia 710 merupakan adik kepada Lumia 800 masih lagi dalam keluarga Lumia dan menggunakan WP7 sebagai sistem operasinya. Prosessor, RAM dan saiz skrin adalah sama seperti abangnya Lumia 800 namun paparan skrin Lumia 710 hanya paparan dari jenis TFT bukan AMOLED. Ini agak mengecewakan arenafon di mana kebanyakkan smartphone yang berada dipasaran kini menggunakan paparan skrin jenis AMOLED yang lebih terang dan jelas. Lumia 710 dilengkapkan dengan kamera 5MP dengan single LED flash. Lumia 710 didatangkan dengan penutup belakang 5 pilihan warna berbeza. Smartphone ini berharga sekitar euro 270 atau USD380 bersamaan RM 1200.

Libya adalah Propaganda Barat Lagi?

Selepas satu2 negara islam dilunyai oleh barat plus yahudi kini negara LIBYA menjadi mangsa dek kerakusan manusia yg tak berperikemanusiaan ini? who Next?




Biasa  kita tengok kat berita2 kekejaman beliau tapi kebaikan beliau ada orang nampak tak?
Skrg nie semua kecoh pasal kematian Gaddafi..kesian betul la dia kena belasah dgn pemberontak kat sana..kejam betul la..tp yg pasti,masa tue AS,Israel tepuk tangan la..ok la,biasa kita dgr kekejaman dia nie kat rakyat dia..buat itu la..buat ini la..org dh mati nie kita jgn la cerita keburukan dia kan..apa kata kita tengok apa kebaikan dia yang dah buat kepada rakyat Libya..

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Kelantangan Suara Gaddafi

Kedudukan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya semakin tergugat. Masyarakat dunia mula mendesak beliau meletak jawatan. Dunia Islam turut mendesak beliau. Tetapi sebenarnya, jikalau beliau meletak jawatan, Dunia Arab bakal kehilangan satu suara yang lantang mengkritik dunia Barat.

Muammar Gaddafi telah merampas kuasa pada 1969 dan menjadi pemimpin yang lantang mengkritik Israel dan Barat. Beliau juga berani melancarkan beberapa siri peperangan dengan negara2 serantau. Hasil daripada itu, AS mencatatkan Libya sebagai negara pengganas. Tidak cukup dengan itu, tentera udara AS mengebom Tripoli. Tidak seperti pemimpin negara yang lain, beliau masih mengekalkan kuasanya walaupun negaranya musnah akibat serangan AS.

Gaddafi mengoyakkan kertas PBB

Baru-baru ini, atas inginkan keadilan, beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB dan mengkritik kuasa2 besar dunia atas kegagalan mereka menegakkan keadilan. Malah, beliau juga mengoyakkan buku utama PBB lalu baling ke arah belakang iaitu ke arah pemimpin kuasa2 besar dunia.

Keadaan ini mencetuskan ketidak-puasan hati pelbagai pihak. Namun begitu, ada juga pemimpin yang menyokong tindakan Gaddafi itu.
Sebelum ini, beliau juga pernah melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat agung Liga Arab. Beliau mengkritik para pemimpin Arab mengenai isu di Palestin.
Tindakan Gaddafi membaling buku utama PBB.
Sepanjang beliau memerintah, setiap kali beliau mengunjungi luar negara, beliau akan menginap di dalam khemah beliau sendiri dan bukannya hotel 5 bintang. Itulah ciri beliau yang unik. Malah, beliau sering memakai pakaian tradisional dan bukannya pakaian formal.

Khemah Gaddafi.
Apa yang berlaku di Libya yang melibatkan Gaddafi mungkin benar dan mungkin tidak. Sumber2 berita yang kita dengar mengenai krisis di Libya ini berasal daripada media yang bersekutu rapat dengan Israel. Sebahagian besar rakyat Libya masih menyokong beliau kerana suara lantang pemimpin Libya itu mampu membawa perubahan dalam Liga Arab mahupun Dunia Islam. Saya berharap agar keadaan di Libya stabil dan keamanan akan wujud.


credit : sembangkosong

iPhone 4S vs. Samsung Galaxy S II

Mana lagi hebat iPhone keluaran Epal? ataopon Samsung Galaxy SII keluaran Samseng huu~

Samsung lagi samseng.. so saper pakai iphone4s "better anda jaga2" pecah sadis tak berbunyik nanti..

tekantype: pilihlah yg anda pilih.. huhu..

Samsung Google Bergabung?


Samsung Nexus Prime a.k.a Google Galaxy 65Inch HD Super AMOLED display 1280x720 resolution, 1.2GHz dual core processor, 5MP kamera, NFC module, 1GB RAM, a freaking barometer, yg palin bestzz Android 4.0, Ice Cream Sandwich.boleh makan haha..

Google Nexus S pelancaran oleh Maxis

Maxis Malaysia sekali lagi mengorak langkah kehadapan apabila membawakan kepada anda telefon pintar terbaru dari Google, Google Nexus S. Telefon pintar ini dijana oleh Android 2.3 Gingerbread. Sebelum ini, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia membawakan jenama Apple iPhone ke Malaysia. Nexus S merupakan telefon pintar yang dibuat dengan kerjasama dari Samsung.
 
Dengan skrin 4 inci Super Amoled, sudah tentu memberikan kepuasan kepada pengguna samada menonton video atau melayari internet. Nilai tambah pada telefon ppintar ini adalah teknologi NFC (Near Field Communication) atau Komunikasi Jarak Dekat. Teknologi ini membolehkan anda membuat bayaran hanya melalui sentuhan di telefon pintar anda, sama seperti pembayaran melalui kad Touch 'n' Go. Di Jepun, teknologi ini sudah meluas penggunaannya. Untuk spesifikasi penuh klik di sini, atau anda boleh terus kelaman Maxis di maxis.com.my.

Kucing Gangster di Pawagam!

OFC (Obama Fried Chicken)

Haha Bukan (KFC) Kehepsey noh? nih (OFC)Obama Fried Chicken, agak2 rasa obama x?

AWAS! Pengguna Blackberry,,

Gangguan perkhidmatan Blackberry merebak ke AS

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pengguna BlackBerry di seluruh dunia kelmarin berang berikutan gangguan e-mel, perkhidmatan mesej serta Internet melibatkan telefon pintar berkenaan tersebar ke AS dan Kanada selepas memasuki hari ketiga di rantau Eropah, Asia, Amerika Latin dan Afrika. Gangguan perkhidmatan Blackberry kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun. Perkembangan itu berlaku menjelang pelancaran model telefon pintar iPhone baharu keluaran Apple, iPhone 4S hari ini. Pengeluar Blackberry, Research In Motion Ltd (RIM) menyatakan, satu sambungan penting dalam prasarananya di Eropah mengalami kegagalan pada Isnin lalu dengan sambungan bantuan turut tidak berfungsi. Gangguan teknikal tersebut bagaimanapun telah dibaiki. Menurut kenyataan RIM lagi, masih terdapat lambakan mesej dan e-mel dalam sistem datanya yang belum dapat diselesaikan. Lambakan e-mel dan mesej itu beransur berkurangan setakat tengah hari semalam. Dalam suku kewangan terbaharu tahun ini, RIM telah menjual sebanyak 10.6 juta Blackberry, susut daripada 12.1 juta unit dalam suku kewangan sama tahun lalu. -AP

Microsoft tawar Windows Phone kepada pengguna Blackberry yang kecewa

Buat masa sekarang ini syarikat RIM yang merupakan pengeluar Blackberry sedang menghadapi banyak masalah-masalah kritikal berkaitan dengan sistem BES Emel dan servis BIS mereka., maknanya tiada  fungsi BBM/Emel/Web Browser untuk pengguna BB ini Masalah yang mereka hadapai ini terlalu berat sehinggakan mereka terpaksa membuat sidang akhbar untuk membuat penjelasan kepada umum.
Yang menariknya, tatkala RIM sedang kelam-kabut dengan masalah mereka ini, pihak Microsoft pula mengambil kesempatan dengan membuat tawaran sebanyak 25 buah Windows Phone kepada mana-mana pengguna Blackberry yang dapat mencipta alasan kenapa mereka berasa tidak puas hati kepada syarikat dan  semua jenis telefon Blackberry ini. Tindakan Microsoft ni memang bijak juga, cuma 25 buah Windows Phones tu rasanya macam tak cukuplah, patutnya tawarkanlah 2500 buah! 
so yg mana satu korang pilih? windows phone ke? blackberry atau android?

Kepergian Pembuat Apple 1955-2011 (beliau Muslim?)

Siapa yg tak kenal Steve Jobs pembuat rangkaian Apple seperti iPad, iPhone yg mna kekreatifannya membawa teknologi ICT berkembang pesat dgn idea2 best dan stylo, adakah ada penyambung generasi seperti beliau nanti?

Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.


*Artikel ini adalah berkaitan salasilah Steve Jobs yang mana bapanya beragama Islam. Artikel ini tidak menyatakan bahawa Steve Jobs itu adalah seorang muslim. Harap tidak tersalah tafsir dan mohon baca sampai habis agar tidak timbul perbalahan dan fitnah. Wallahu a'lam

Citroen Brand Kereta cipta UFO?

Citroen kuarkan UFO pulak? agak2 saper yang nak beli ni boleh la beli tuk p bulan nun? meh tengok?

Calvary Convention Centre (gereja terbesar Asia di Bukit Jalil, Malaysia?)

Baru baru ini dapat info yang calvary convention center (CCC) gereja terbesar di asia yang terletak di Bukit Jalil berdekatan dengan Stadium Bkt,Jalil (anda boleh lihat pembinaanya jika melalui highway MEX, adakah ia benar gereja? kalau benar siapa berani tampil dan lantang untuk menyuarakan apa motif sebenarnya CCC ini pada bangsa Malaysia?

http://blog.artisticcontrols.com/wp-content/uploads/2009/12/m_pg04calvary.jpg

pembinaan yang dijangka siap pada tahun depan

Jambatan KUNCI?

Jambatan Hohenzollerbruecke di Jerman merupakan sebuah jambatan yang unik dimana terdapat ribuan kunci mangga pada pagar jaring yang melambangkan sebuah percintaan. Difahamkan mereka yang meletakkan kunci tersebut akan mengukir nama masing-masing terlebih dahulu sebelum mengunci mangga pada pagar jaring jambatan sehinggakan terdapat ribuan mangga disepanjang pagar jambatan ini menjadikannya sebagai sebuah jambatan yang istimewa.

Tekantype: Kunci sebenar cinta terletak pada hati bukan pada mangga kunci huhuw~
 
sumber: klikaje

Windows Phone 7.5 pertama Nokia

Beberapa bulan lepas Nokia telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan smartphone yang berasaskan Windows Phone. Namun sehingga hari ini, Nokia masih lagi merahsiakan secara terperinci mengenai smartphone yang dimaksudkan. Windows Phone pertama dari Nokia merupakan smartphone yang mendapat perhatian dunia dan beberapa khabar angin mengenainya telah bertiup kencang dari awal pengumumannya. Baru-baru ini, beberapa laman  antarabangsa berjaya mendedahkan spesifikasi tiga smartphone Nokia ini - Nokia Searay, Sabre dan Ace sebelum persidangan Nokia World pada 26 dan 27 Oktober ini. 


Nokia “Sea Ray”
  • Clear Black Display CBD
  • 8MP AF CarlZeiss
  • 3.7″ skrin AMOLED
  • 16GB memori dalaman
  • 1.4GHz prosessor
  • Sistem Operasi WP7.5 Mango
  • bateri 1540mAh
Nokia “Sabre”
  • Clear Black Display CBD
  • 3.7″  skrin LCD
  • 8GB memori dalaman
  • 5mp AF kamera
  • 1.4GHz prosessor
  • Sistem Operasi WP7.5 Mango
Nokia “Ace”
  • 4.3″ Skrin AMOLED
  • 1800mAh bateri
  • 8mp AF carl zeiss
  • Sistem Operasi WP7.5 Mango
  • HSPA
  • Skrin CBD
  • 1.4 GHz prosessor
  • 16GB memori dalaman
Namun ini bukanlah spesifikasi rasmi dari Nokia dan arenafon masih lagi berusaha memberikan maklumat berguna untuk anda mengenai Windows Phone 7.5 pertama dari Nokia. 
 
tekantest : terbaekk kowt??
sumber: arenafon
Khalifah Saidina Umar al-Khattab yang mempunyai kerajaan Islam yang tersebar sehingga ke utara, selatan, timur dan barat bumi, hanya mempunyai rumah yang usang beratapkan pelepah kurma dan lantainya dihias dengan tikar usang. Kezuhudan Khalifah Umar ini telah membuatkan bukan sahaja pegawai utusan kerajaan Rom, malah panglima tentera dan Raja Rom yang ditawan juga terkesima dengan keadaan orang yang bekerja di jalan Allah itu. Kita bagaimana?
 













Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.
Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.
Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.
Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.
Ini kerana Istana Negara adalah “unik” dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

tekantype : bersederhanalah kamu dalam apa jua pekara.

Ada pemimpin berani bersuara mcm beliau?

Berhadapan dengan MUSUH? tidak ramai dan tak nampak lagi DAH pemimpin macam ni.. Ak pelik ramai yg melantang suara menyuruh beliau mengundurkan diri daripada menjadi PM suatu ketika dahulu tapi beliau PM yg paling ak "rescpect" selepas Tuanku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn. Mahathir berani dan lantang mengatakan apa yg RAKYAT M'sia tidak suka dan suka pada dunia.. Pemimpin sekarang tiada seberani beliau, beliau juga banyak memberi jasa pada M'sia dgn pesat membuat pembangunan selaras dengan ekonomi dunia dan tidak bergantung pada mana2 negara seperti ingin meminjam tabung @ dana IMF, siapa kt sini boleh bgtau masa pemimpin mana satukah KLCC,F1 SEPANG CIRCUIT, PUTRAJAYA, Pengangkutan AWAM darat LRT,PUTRA udara MAS,AIR ASIA dan byk lagi teknologi M'sia berkembang pesat dan zaman pemimpin yg tidak byk isu perkauman timbul? pada zaman mahathir lah? beliau lantang menyuarakan jika ada yg ingin merosakkan dan mengancam negara dan agama beliau sendiri. Mari tengok video di atas bukan kali pertama beliau lantang sebegini namun sejak daripada pimpinan beliau lagi. Tak mcm politik sekarang cuma menaikkan "KRONI sendirik dan tekak Mereka sendiri sahaja akibatnya RAKYAT mereka sendiri tersepit akibat pemimpin yg berpolitik demi kepentingan diri sendiri bukan kepentingan rakyat AKU BANGKANG Pemimpin yg mcm tu.. (sekarang pon dah ramai pemimpin yg tak adil, adakah tanda2 kiamat? renung2kan lah?)

tekantype: Ak tak menyokong mana2 pihak, cuma menyokong pemimpin yg berwibawa dan tidak mengadai maruah bangsa agama dan negara. (mahukan pemimpin yg berani berhadapan dan lantang bersuara dengan MUSUH jika negara dan agamanya sendiri terancam barulah seseorang itu dipanggil pemimpin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...