fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

11 September Satu Penipuan (Tercatit dlm Al-Quran)

Tragedi 911



Masyarakat dunia perlu menilai semula matlamat sebenar perang terorisme global di Afghanistan mulai 7 Oktober 2001, di Asia Tenggara mulai Januari 2002, dan di Iraq mulai Mac 2003 berikutan tragedi 911 yang dipropagandakan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai angkara militan muslim, khususnya Al-Qaeda.

Penilaian ini penting disebabkan tragedi 911 yang meranapkan Menara WTC di New York dan sebahagian Ibu Pejabat Pentagon di Washington DC, AS, pada pagi 11 September 2001 kini semakin dipertikaikan oleh pelbagai pihak, termasuk profesional di bidang senibina, kejuruteraan struktural, pakar bom, pakar peletupan terancang, pakar penerbangan, pakar kimia dan juga ahli politik di AS.

Intipati kepada hujah dan pendapat kumpulan di atas ialah: tragedi 911 bukannya angkara militan Islam antarabangsa. Oleh sebab itulah mereka mendesak diadakan siasatan semula yang lebih bebas dan mendalam mengenai punca-punca tragedi berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat golongan di AS yang kini mendakwa bahawa tragedi tersebut adalah suatu tindakan yang dirancang oleh sesetengak kelompok dalam kerajaan AS sendiri dengan bantuan kuasa asing yang mempunyai pengaruh besar terhadap politik AS.

Oleh sebab itulah secara peribadi, saya sentiasa meragui kebenaran punca-punca tragedi 911 versi kerajaan AS. Walaupun Kerajaan AS sudah mengeluarkan laporan rasminya mengenai tragedi ini menerusi buku the 9/11 Commission Report, buku ini pula disanggah oleh Cover up: what the government is still holding about the war on terror oleh Peter Lance (2004).

Seterusnya terdapat buku 9/11 synthetic terror: made in USA oleh Webster Griffin Tarpley (2008). Sebelumnya, Han Blix bekas ketua IAEA pula menerbitkan buku The search for weapons of mass destruction: disarming Iraq (2004) dan Scott Ritter selaku bekas ketua penyiasat senjata di Iraq pada 1991 pula menerbitkan buku War on Iraq: what team Bush does’t want to know (2002) dan Eric Alterman dan Mark Green menulis mengenai The book on Bush: how George W (mis)leads America (2004).

Seluruh karya ini meragui tragedi 911 dan membayangkan bahawa perang teror di Iraq mulai 2003 adalah tidak berkaitan dengan senjata pemusnah yang kononnya dimilikki oleh Saddam Hussein yang telah pun mati di tali gantung akibat dakwaan tersebut.

Sempena ulangtahun 911 kali ini, wajarlah umat sejagat menilai semula punca-punca tragedi ini supaya AS tidak terlalu berleluasa dalam pelaksanaan perancangan strategi agungnya di abad ke-21.


MUKJIZAT AL-QURAN: 11092001


(Pembohongan 11 Sept & penipuan Yahudi Zionis terbongkar akhirnya)






Kalau masih ada yang percaya bahawa peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC New York dan peristiwa 11 Sept 2001 adalah perancangan Usama Bin Laden dan kumpulan Al Qaeda, teman rasa elok pi check screw kepala mike tu balik yop. Mungkin ada skrew yang longgar. Amat malang kalau ada manusia, terutama umat Islam khususnya, yang masih terpedaya dengan pembohongan dan penipuan Yahudi Zionis, sebagaimana mudahnya segelintir umat Islam bangsa Melayu terpedaya dengan sandiwara dan pembohongan.


Kalau tengok videoklip diatas , dan banyak lagi buku, tulisan, videoklip dan banyak lagi penerbitan yang dibuat oleh rakyat Amerika sendiri yang jelas membuktikan bahawa peristiwa 11 Sept 2001 sebenarnya adalah satu penipuan dan pembohongan (macam penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas dalam 16 Sept) didalangi oleh Yahudi Zionis dan pepatung mereka George W. Bush untuk menghalalkan tindakan kafir terhadap negara Islam saperti Iraq, Afghanistan dan lain-lain termasuk gerakan-gerakan Islam. Dan ini terbukti dengan penaklukan Afghanistan, Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, Usama Laden dan ramai lagi selepas peristiwa itu.


10 tahun pembohongan besar 11 Sept berlalu, dan dalam tempoh 10 tahun itu kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah habis. Kita diratah dan dilanyak-lunyai tanpa batasan. Negara Islam dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi bahan santap!!!


11 Sept digunakan sebagai alasan menghalalkan pembantaian terhadap negara Islam dan umat Islam. 11 Sept dijadikan asas kepada melahirkan budaya Islamofobia, dan di Malaysia dikaitkan dengan Malayufobia. Sama saperti peristiwa Pearl Harbour dijadikan alasan untuk menghalalkan Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan negara Islam dipecah-belah dan dijajah! Entah benar atau tidak kapal-kapal Amerika diserang, kerana terdengar kisah kapal-kapal yang dibom oleh tentera kamikaze Jepun yang terpedaya adalah kapal kayu yang sudah nak dilupuskan. Sama saperti kisah Holocaust, yang dijadikan alasan untuk Yahudi Zionis bermaharajalela, sehingga akhirnya umat Islam kehilangan Falastin dan Masjidil Aqsa!


Benar sabda Rasullah saw, akan datang satu zaman bilamana kafir bersatu meratah umat Islam, yang walaupun berbillion jumlahnya, tetapi kualitinya hanya saperti buih dilautan. Tak guna satu sen pun. Dan kita lihat depan mata kita, walau pun dilanyak dan dihentak kiri kanan oleh kafir harbi la'natullah, umat Islam bukan sahaja tidak bersatu; malah mereka menjadi makin kelabu. Mereka jual agama mereka, mereka gadai kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka buang perjuangan negara Islam kerana konon mereka tak jumpa dalam Quran, mereka pajakkan anak-bini mereka dengan bai'ah talaq tiga demi kepentingan politik kepartian, mereka sokong kafir harbi dan sanggup mati untuk punjabi, mereka haramkan bacaan Quran di masjid mereka sendiri, dan terkini mereka sokong dan dewa-dewakan kominis atheist yang tak percaya kepada ketuhanan.


Dalam keadaan keimanan makin surut, dalam suasana syariat makin kaput, dalam keadaan syiar yang kian reput, dalam keadaan umat yang makin semput, dalam keadaan agamawan yang menjadi syaitan karut; umat Islam memerlukan suntikan hidayah untuk mempertahan dan memantapkan keimanan dan keyakinan. Umat Islam perlukan mukjizat. Dan itulah yang dibuktikan oleh peristiwa 11 Sept 2001 - mukjizat Al Quran terbukti akhirnya, hidup dan relevan sepanjang zaman!


Tersebut kisah seorang kafir harbi mencabar umat Islam, khususnya para ulama dan ilmuan, "kalau benar Al Quran itu mukjizat, dan relevan sepanjang zaman, buktikan kepada aku peristiwa 11 Sept 2001 ada tercatat didalam Al Quran", bentak sikafir ini dengan penuh keyakinan. Dia cukup konfiden umat Islam akan terkedu kali ini.


Apabila menerima cabaran ini, para agamawan dan serbannawan terkedu. Mereka jadi syaitan bisu & kaku. Kata mereka, kami tak belajar ni di gedung pondok kami. Yang kami belajar kat ma'had hanyalah bahawa hukum videoklip bukan bahan bukti, sebab ia cuma besi beku. Kaum yang setelah bertahun memaki kapirkan orang lain kerana tidak menubuhkan Daulah Islamiyah, akhirnya membuang perjuangan kerana mendakwa rupenya dalam Quran takde ayat pasal negara Islam. Para agamawan menjadi kelu, dan tiada jawapan kunjung tiba dari mereka. Umat yang mengharapkan mereka akan ke saf hadapan untuk mempertahankan Islam, sangat kecewa bila mereka hanya sanggup mati untuk mempertahankan punjabi kafir harbi.


Dalam kekelaman itu, seorang hamba ALLAH yang hanya lulusan muqaddam, yang kerjanya bukan mencari syuruu duit aur makan dengan berceramah di masjid surau, yang tidak menjadikan mimbar Jumaat tempat maki hamun, menyebar fitnah dan mengadu-doomba, yang hanya takut kepada ALLAH dan menitis airmata sering teringat Rasulullah saw; dia datang mara ke saf hadapan. Membela dan mempertahankan kesucian dan kehormatan kalam ALLAH swt, menebus maruah ummah!


"Ada!!!" tegas 'Abdillah si hamba ALLAH ini. "Ada tercatat didalam Al Quran peristiwa 11.09.2001 ini!!!", ujarnya dengan penuh keimanan dan keyakinan! Si kafir harbi terkedu! "Prove it, buktikan!". Desak si kafir harbi. Maka berlakulah dialog diantara mereka;


'Abdillah: "Berapa haribulankah berlaku peristiwa ini wahai kafir harbi"


Kafir harbi: "11 haribulan"


'Abdillah: "Cuba mike buka Juz ke 11 dalam Al Quran";


Kafir harbi: sambil membuka lembaran terjemahan Al Quran, "Apa ni, Abu Teroris, hanya ada beberapa surah dalam Juz 11 ni";


'Abdillah: "Bulan berapa peristiwa itu berlaku wahai kafir?" tanya insan beriman ini tanpa mempedulikan sindiran si kafir;


Kafir harbi: "Bulan sembilan. Bulan September ikut kalendar tuhan ku" jawab si harbi dengan sinis!


'Abdillah: "Didalam Juz ke 11, ada surah yang kesembilan, cuba mike check tengok" keyakinan 'Abdillah makin terserlah;


Kafir harbi: "Apa ni, surah ke sembilan, surah At-Tawbah. Apa kena mengena 11.09 dengan bertaubat", perli sekafir harbi. Bodoh pulak si Muslim ni, kata hati sikafir!


'Abdillah: Tanpa memperdulikan perli si harbi, 'Abdillah bertanya; "Berapakah tinggi Menara Kembar WTC New York yang runtuh itu wahai kafir harbi?";


Kafir harbi: Sambil menggaru kepala yang tak gatal, "11o tingkat tuan extremis"; kata si harbi sambil menganggap ini ulama' kangkung mana nak berdebat dengan dia!


'Abdillah: "Cuba mike tengok didalam Juz ke 11 surah ke 9 itu, ada ayat 110. Cuba mike baca tengok", dengan senyum penuh keyakinan 'Abdillah menyuruh si kafir harbi membaca;


Kafir harbi: Sambil menyelak lembaran terjemahan Al Quran itu, dan dibacanya terjemahan ayat tersebut, "Keruntuhan bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis (perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!" baca si harbi sambil dahi mula berpeluh;


'Abdillah: "Cuba mike baca terjemahan bahasa Inggeris pulak, kot nanti mike kata tak faham pulak kang" desak 'Abdillah kepada kafir yang malayufobia itu dengan penuh keyakinan;


Kafir harbi: sambil membuka terjemahan Inggeris, "The building which they built, will never cease to be misgivings in their hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces. ALLAH is All-Knowing, All-Wise", bagai direntap-rentap jantung si harbi membaca wahyu Ilahi yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya.


Kafir harbi: "Apa ini wahai Muslim?", hati si harbi sudah mula lembut;


'Abdillah: Mari teman ceritakan asbabul nuzul, sebab turunnya ayat ini, jelas 'Abdillah mengulangi sejarah sebagaimana Saidina Ja'far Abi Tolib At-Tayyar membacakan surah Maryam kepada Maharaja Najasyi Al-Habsyi yang menyebabkan runtun jiwa Raja Besar Nasrani itu;


"Terdapat seorang munafik di Madinah, namanya Abu Dhirrar. Dia mahu menunjukkan kepura-puraan dia menyintai Islam. Lalu dia membina sebuah masjid yang besar, lebih cantik dan hebat dari Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Quba'. Setelah masjid itu siap, yang dipanggil Masjid Ad-Dhirrar tersergam megah, lalu Abu Dhirrar meminta Nabi saw merasmikannya.

Kebetulan Nabi dalam persediaan untuk pergi ke Perang Tabuk bersama para sahabat untuk bertempur dengan Maharaja Kristian Herkules dari Rom. Jadi Rasulullah saw berkata, "nanti dalam perjalanan balik dari Perang Tabuk, insyallah aku akan singgah dan rasmikan masjid mu wahai Abu Dhirrar".
 

Selama Nabi saw ke Tabuk, satu perjalanan yang jauh dibawah panas terik matahari, dimana sahabat saperti Saidina Abu Bakr mendermakan seluruh hartanya fisabilillah, Abu Dhirrar sentiasa keresahan menanti Nabi saw kembali untuk merasmikan Masjidnya, supaya kemunafikan dia tidak kelihatan.



Dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Saidina 'Umar ibnul Khattab, yang mendermakan separuh hartanya untuk membiayai peperangan tersebut bertanya kepada Rasulullah, "wahai Nabi kekasih ALLAH, mengapakah engkau mahu merasmikan masjid yang dibina oleh Abu Dhirrar, si munafik yang membinanya dengan keangkuhan dan kesombongan?". Bantah 'Umar. 

"Wahai 'Umar, kita husnul zan sahabatku, kita bersangka baik sahajalah. Kan yang dibina Abu Dhirrar itu sebuah masjid", sanggah insan yang cukup mulia itu.
 "Tapi ya Rasulullah, kalau engkau merasmikannya, ia hanya akan menambah kemunafikan Abu Dhirrar, dan akan diguna masjid itu sebagai sarang menyerang umat Islam pula", bantah 'Umar yang terkenal tidak pernah berkompromi dalam hal Islam, sehingga iblis dan syaitan akan lari tak mahu bertembung dengan 'Umar ditengah jalan (teringat teman kaum Anwarinas membina sebuah pakatan luar tabi'e yang diguna kafir harbi biaDAP untuk menyerang dan memusnahkan Islam!).



"Tidak apalah 'Umar, aku akan tetap merasmikannya. Insyallah, aku berserah kepada ALLAH" kata Nabi yang pernah menyembahyangkan jenazah Abdullah Bin Ubay Bin Salul, bapak munafik Madinah. Dengan kehendak ALLAH, turunlah wahyu kepada Nabi saw, membenarkan bantahan 'Umar. Maka turunlah ayat 107-110 surah At-Tawbah yang bermaksud:


"Dan diantara orang munafik itu juga ialah orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan keselamatan umat Islam, dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan orang beriman, dan juga untuk dijadikan tempat intipan bagi orang yang memerangi ALLAH dan RasulNya sebelum itu, dan apabila tujuan buruk mereka itu terbongkar, mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal ALLAH menyaksikan bahawa mereka sesungguhnya berdusta.
Jangan engkau sembahyang didalam masjid ini selama-lamanya (wahai Muhammad), kerana masjid (Quba') yang engkau bina dan dirikan atas dasar taqwa dari mula ujudnya, sudah lebih sepatutnya engkau sembahyang didalamnya. Didalam masjid itu, ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan ALLAH mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir & batin).
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang dididrikannya atas dasar taqwa kepada ALLAH dan (untuk mencari ) keredhaan ALLAH itu lebih baik, ataukah orang yang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya kedalam api neraka! Dan ingatlah, ALLAH tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim!!!".



Wahai kafir, sebagai hamba ALLAH yang ta'at, sebaik sahaja mendapat wahyu itu, Nabi Muhammad saw terus memerintahkan tentera Islam yang bersama Baginda di Perang Tabuk bergegas ke Masjid Ad-Dhirrar. Sesampainya tentera Islam di Masjid Ad-Dhirrar, lalu mereka meruntuhkan masjid itu dan membakar tapaknya sehingga sebutir kesan pun tidak ada yang ditinggalkan!".


'Abdillah: jadi kamu lihat wahai ahli kitab, peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!


'Abdillah: "Dan kamu belum yakin lagi dengan mu'jizat Al Quran wahai ahli kitab?", tanya hamba muttaqin ini kepada kafir yang sudah runtuh benteng kekafirannya!


Kafir harbi: "Ada apa lagi wahai Muslim?", lembut tapi sayu dan sedih bunyi suara si kafir tegar itu.


'Abdillah: "Adakah kamu tahu, huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat 110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!


Subhanallah, masya ALLAH wahai Muslim.

Aku kini percaya dan yakin dengan kebenaran dan mukjizat Al Quran:

Asy hadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhamaddar rosulullah!!!

Aku naik saksi, tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh ALLAH!

Maka berimanlah si kafir harbi yang tegar itu! Menjadi seorang Muslim yang yang sejati!

I'tibar: wahai saudara Muslim ku yang beriman, yakin dan percayalah kita dipihak yang benar, ALLAH Yang Maha Esa itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, Al Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar, Akhirat itu benar, dan Syurga-Neraka itu benar. ALLAH akan membantu kita bila kita membantu agama ALLAH, dan ALLAH akan letakkan kafir kebawah tapak kaki kita - tetapi kita perlu yakin, percaya dan istiqomah dengan lafaz:

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan kita ikhlas beragama Islam kerana ALLAH (dan bukan kerana parti, individu, kerusi, habuan, kedudukan, jawatan dan lain-lain)!

source : pjuangmelaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...