fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Berjaya adalah 99% kegagalan via www.zamstylo.tk

Success is 99% Failure~




Aku perlukan lebih motivasi sebelum melangkah dan begerak dalam tahun 2010 ini. 2nd day dalam tahun 2010. "Small people talk about big people, big people talk about big idea”. Jika kita orang biasa, kita akan bercerita tentang orang-orang yang besar dan hebat. Orang-orang yang besar dan hebat pula sentiasa bercerita tentang idea dan perkara yang besar dan hebat sahaja.

Baca lagi kat sinii..


Sebelum seseorang itu menjadi seorang yang besar dan hebat, sudah pastinya asalnya dia hanya seorang biasa sahaja. Sebelum sampai ke langkah ke seribu, dia juga bermula dengan langkah pertama. Tapi mereka ini sentiasa melangkah walau setelah jatuh dan terluka. Langkah itu wajib diteruskan walau apapun yang terjadi demi menjadi insan yang hebat. Jika sebelum ini, aku pernah menceritakan 10 orang Jutawan yang lahir dari bidang internet. Untuk kali ini pula, aku nak ceritakan tentang 11 rule atau prinsip yang pernah disampaikan oleh insan paling kaya dalam bidang IT dan teknologi ini dan mungkin terkaya di dunia iaitu Bill Gates. Aku masih lagi manusia biasa dan sedang berusaha untuk menjadi manusia yang hebat. Oleh itu aku ingin mengambil inspirasi dari kisah-kisah orang dah berjaya sebagai pedoman untuk menempuh hidup ini dan tahun 2010 yang kian hampir.

Bill Gates pernah meluahkan kata-kata ini semasa melawat sebuah sekolah dahulu. Mungkin ada di antara kita yang pernah membaca atau mendengarnya tapi disini aku sengaja mengulanginya semula untuk menjadi peringatan dan renungan kita semua. Manusia itu kan sifatnya pelupa dan manusia akan sentiasa berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan dan kebenaran. So, sekarang aku tengah cuba untuk berpesan-pesan dengan kebaikan.





11 prinsip ini Bill Gates pernah catatkan dalam bukunya semasa di sekolah dahulu. Apa yang ingin beliau sampaikan ini adalah untuk memberitahu kepada semua manusia tentang sesuatu yang tidak mungkin mereka belajar dimana-mana dan inilah sebenarnya kehidupan sebenar manusia. Di bawah aku senaraikan 11 prinsip tersebut dan aku terjemahkan mengikut kefahaman aku. Jangan salahkan aku jika aku tersalah tafsir kerana setiap manusia mempunyai penafsiran yang berbeza.


1. Life is not fair, get used to it.

* Hidup ini memang tidak adil, oleh itu pergunakan ia sebaik mungkin ketidak adilan itu. Ramai di antara kita apabila di timpa malang berturut-turut, mereka merasakan dunia sedang berlaku tidak adil kepada mereka. Bagi aku memang betul dunia tidak pernah dan tidak akan berlaku adil dengan kita. Oleh itu, tidak perlulah kita meraung-raung memarahi Tuhan yang tidak berlaku adil. Sebenarnya kita sudah sangat beruntung dapat bernafas dan melihat dunia. Kita kena menerima ketidak adilan dan kezaliman dunia ini. Oleh itu, orang yang bijak tidak akan biarkan ketidakadilan ini terus memperdayakan dia tapi mereka akan menggunakan ini sebagai satu peluang.


2. The world won’t care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something before you feel good about yourself.

* Maksudnya dalam bahasa Melayu lebih kurang macam ini la, dunia ini tidak menghiraukan tentang harga diri anda. Dunia ingin anda untuk mencapai sesuatu dan mencipta sesuatu sebelum anda berasa benda yang anda capai itu sebenarnya betul-betul bagus untuk diri anda. Dalam dunia yang orang kata kejam dan tidak adil ini, harga diri kadangkala di tolak ketepi. Apa yang penting adalah anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup anda walaupun anda sendiri tidak tenang dengannya. Ramai yang kaya raya tetapi hatinya tidak tenang kerana sumbernya dari sesuatu yang haram tapi orang tetap mengagungkannya. Itulah sebenarnya dunia!!


3. You will not make 40 thousand dollars a year right out of high school. You won’t be a vice president with a car phone, until you earn both.

* Maksud untuk yang ini aku kurang faham sikit. Tapi bagi aku, kalau kita ingin mencapai sesuatu, kita takkan mencapainya dalam masa yang pendek dan singkat. Kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Dan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan itu perkara lain juga perlu kita majukan barulah kita akan mendapat apa sebenarnya yang kita inginkan.


4. If you think your teacher is tough, wait till you get a boss. He/She doesn’t have tenure.

* Haha. Ini memang betul, aku sokong pernyataan ini. Dengan maksud lain, jika kau tak dapat bertahan dengan dugaan sekarang, dugaan mendatang sebenarnya lebih teruk dan dahsyat dari dugaan yang kau terima hari ini. Oleh itu, sentiasa bersabar, ikut peraturan dan rancang strategi yang bijak dalam menyelesaikan masalah dan dugaan itu. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

5. Flipping burger is not beneath your dignity. Your grandparents have a different word for burger flipping; they called it opportunity.

* Ni satu lagi statement beliau yang aku kurang faham. Tapi bagi pandangan aku, jangan pandang masalah sebagai satu masalah tapi pandanglah ia sebagai satu peluang. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan disitu juga tersimpannya peluang. Flipping burger merupakan satu maksud yang sukar aku nak terjemahkan. Maybe kosakata aku dalam english masih rendah. Kalau salah maafkan yer?!


6. If you mess up, it’s not your parents’ fault, so don’t whine about our mistake, learn from them.

* Jika anda berserabut dan bermasalah, jangan salahkan orang tua anda. Ini adalah salah anda!! Jangan mengeluh tentang kesilapan dan kesalahan kita tetapi belajarlah daripada kesilapan tersebut. Ya!! Yang ni aku sokong. Dari kesilapan baru lah kita tahu yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Yang mana boleh di buat dan yang mana jangan di buat. Kegagalan sebenarnya mengajar kita erti kemenangan dan kejayaan. Oleh itu seringkalilah melakukan kesilapan dan kegagalan. Lebih banyak yang kita akan belajar.





7. Before you were born, your parents weren’t as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you are. So before you save the rain forest from the parasites of your parents’ generation, try ‘delousing’ the closet in your own room.

* Sebelum anda dilahirkan, kehidupan orang tua anda tidak sebosan seperti sekarang. Mereka menjadi bosan disebabkab membayar bil anda, membersihkan pakaian dan mendengar anda berbicara tentang sehebat mana diri anda. Jadi, sebelum anda ingin menyelamatkan hutan hujan daripada parasit atau kempen menyelamatkan dunia, cuba mulakan dengan mengemaskan bilik anda sendiri. Kita sering berfikir tentang perkara-perkara yang besar dan bombastik tetapi hakikatnya diri kita banyak yang perlu diperbetulkan.

8. Your school may have done away with winners and losers, but life has not. In some schools they have abolished failing grades; they will give as many times as you want to get the right answer. This doesn’t bear the slightest resemblance to anything in real life.

* Di sekolah, mereka tidak membahagikan orang yang berjaya dan gagal tetapi dalam kehidupan sebenar tidak begitu. Di beberapa sekolah mereka telah menghapuskan nilai-nilai gagal, mereka akan diberikan sebanyak masa yang anda ingin untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Ini tidak sama langsung dengan kehidupan nyata. Dalam kehidupan, masa memainkan peranan untuk memilih jawapan yang tepat dan kesilapan memilih jawapan akan memberi kesan dalam hidup anda selamanya.

9. Life is not divided into semesters. You don’t get summers off and very few employers are interested in helping you to find yourself. Do that on your own time.

* Hidup tidak dibahagi mengikut semester. Anda tidak ada cuti semestar yang panjang dan sangat sedikit majikan dan pekerja yang tertarik untuk membantu anda meningkatkan diri sendiri. Anda lakukan semuanya sendiri. Di sekolah dan universiti kita dibantu oleh guru dan rakan-rakan. Namun dalam dunia sebenar, kau adalah kau dan aku adalah aku. Semuanya atas kaki kita sendiri untuk menguruskannya.

10. Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.

* Hidup ini tidak sama yang kita impikan seperti dalam tv. Dunia akan sentiasa bergerak dan meninggalkan kita. Kita harus sentiasa bekerja dan berusaha untuk terus hidup dan maju. Tiada yang semudah ditunjukkan dalam tv.

11. Be nice to nerds. Chances are you’ll end up working for one.

* Haha. Sori kalau aku katakan yang nerds dalam bahasa aku adalah skema. Kita sering mengejek orang lain skema dan nerds tetapi hakikatnya dalam dunia kita perlu berbaik dengan orang seperti ini kerana satu hari nanti mungkin kita akan berkerja dengan mereka. Kesimpulannya, sentiasalah berbaik dengan semua jenis manusia di dunia kerana hidup kita pada masa depan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin mereka akan lebih tinggi dari kita dan saat itu kebaikan yang kita lakukan dulu akan menjadi pengukur aras.

Walau apa jua kegagalan yang kejatuhan yang telah berlaku pada diri anda, bangun semula dan mulakan langkah pertama anda untuk sampai ke langkah seribu. Jika anda tidak mampu melangkah, mulakan dengan merangkak. Biarkan orang gelakkan kita merangkak asalkan kita tahu satu hari nanti kita akan sampai ke langkah yang ke 1000 itu. Bak kata pepatah, Jangan Gelakkan Orang Merangkak, Jika Kita Masih Terbaring Diatas Katil.




Credit to Jerungperkasa.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...