fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Kajian keatas~apa dlm air~anda tahu ke??






Baru-baru ini penulis ada menerima satu artikel mengenai maklumat kajian saintifik keatas air yang telah dijampi oleh seorang saintis Jepun. Tujuan penulis menimbulkan isu ini hanya semata-mata untuk berkongsi maklumat bukan untuk promosi berubat dengan kaedah air jampi. Harap jangan ada yang salah sangka.

Walaupun kaedah berubat dengan air jampi adalah salah satu daripada cara perubatan Islam tetapi para ulama telah sepakat mengatakan tentang harus melakukan jampi menjampi jika berhimpun padanya tiga syarat berikut 1) Bahawa kalimah jampi itu mestilah terdiri dari Firman Allah SWT atau nama-namaNya ataupun sifat-sifatNya.

2) Sebaik-baiknya didalam bahasa Arab, ataupun sebarang bahasa yang boleh difahami maksudnya.

3) Hendaklah dia menyedari dari segi kepercayaan "aqidah" bahawa "jampi" tidak memberi apa-apa kesan. Kesan yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Allah SWT jua.

Elok benar sekiranya para sahabat dapat membaca buku "Berubat Dengan Al-Quran" oleh Ustaz Muhammad Ibahim Salim alihbahasa oleh Ustaz Abdul Aziz @ Ahmad bin Mohd dan buku "Konsep Perubatan Islam" oleh Utz. Danial Zainal Abidin untuk mendapat maklumat lengkap.

Inilah antara suntingan artikel yang penulis terima untuk maklumat para sahabat sekelian.

"... ... Apa yang ingin aku paparkan disini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang "pakar air" dari Jepun. Halis kajian ini, secara tak langsung menolak kata-kata jahil mereka yang tidak mempercayai konsep perubatan dalam Islam yang mempercayai dengan keizinan Allah SWT air penawar yang dibacakan ayat suci Al-Quran boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Penemuan oleh Dr. Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.

Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepaun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah di tunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang di lihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini di ambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke 'hodoh dan mengerunkan' seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika apabila di tunjukkan "rupa air yang cantik bercahaya", molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah di soal pakar air tentan asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air zam-zam. Sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.

Kemudian beberapa hadirin di pilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka di kehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin di kehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila di tunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut di bacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau di suruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan fenomena ini. Dengan keizinan Allah SWT, air mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya menggunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah di amalkan Rasulullah SAW dan diikuti oleh ulama-ulama Islam dan pengamal perubatan yang lain... . "

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut dan melihat gambar-gambar molekul air tersebut bolehlah lawat laman-laman seperti dibawah ini:

http://www.wellnessgoods.com/messages.asp
sumber:isuhangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...