Instagram kini menjadi trend yang digunakan di hampir setiap gambar dari telefon pintar.
Dengan sedikit terapan penuras (filter) gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih unik.
Fenomena Instagram memberikan idea kepada pengahasilan sebah kacamata konsep,
Instaglasses. Asasnya sama, iaitu pengguna Instaglasses boleh menerapkan penuras pada
cermin mata dan melihat dunia dalam seni, contohnya: Amaro atau Inkwell pada masa sebenar.
Lebih menarik, Instaglasses juga dilengkapi butang untuk merakamkan gambar dan berkongsi
di laman Instagram.
Konsep Instagalasses dibangunkan oleh
Markus Gerke. Walaupun idea ini tidak akan
dihasilkan sebagai satu produk sebenar, peminat boleh menunggu apabila Google Glass dipasarkan.
Dengan potensi yang pernah ditunjukkan tidak mustahil konsep Instaglass akan menjadi realiti di Google Glass.