fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Cik Poziah (Utusan) vs Namewee (Nasi Lemak)

gambar dlm video namewee
tak habis kecoh lagi n bikin kontroversi nih pon nk jd isu ka? ak tak menyokong mana2 pihak,lu orang baca artikel dibawah ini dpd cik.poziah and tonton cerita nasik lemak 2.0 dulu then tengok video balasan dpd namwee.. korang pikir balik bagi konklusi dan bagi jawapan mana satu korang pilih?

artikel cik.poziah UTUSAN!

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

tekantype : sebenarnya apa motif cik.poziah bagkitkan artikel ni? (mebi cari pasal dgn namewee agaknya?) yg si namawee ni pulak bikin kontroversi mengeFK UTUSAN? agak2 saper salah? apa pandangan anda? komen anda diperlukan...

p/s peribahasan : jgn diungkit pekara yg lalu jika seseorang dah berubah, dan jgn disangka air yg tenang tak ada buaya.

credit : google (image) youtube (video),
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...