fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Hadis Pilihan Hari ini 2

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi. -'Uthman bin 'Affan r.a-

Kata² Hikmah














1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.























Bila nak peluk? Suke peluk ye?














Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
























hurm..
membuatkn sy mkin rndu kt mak sy..
rndunye..
huhu..
the moral, kta msti dhulukn ibu kta yg da byk b'krbn..
t'msk bertarung nyawa utk lahirkan kta..
trma kasih mak..
i love u !
and always love u !!!

Perasankah Anda? (Hadis Pilihan hari ini 1)

Perasankah anda bila anda sembahyang semasa rukuk anda letakkan telapak tangan anda dimana? Hadis ini menerangkan bagaimana cara yg betul untuk meletakan telapak tangan anda dimana semasa rukuk..

Hadis Saad bin Abi Waqqas r.a:
Diriwayatkan daripada Mus`ab bin Saad r.a katanya: Aku pernah sembahyang di sisi ayahku. Aku rapatkan tangan antara kedua lututku. Lalu ayahku berkata kepadaku: Letakkan kedua telapak tanganmu pada lututmu. Kemudian aku melakukan hal itu sekali lagi. Lalu ayah memukul tanganku sambil mengatakan: Sesungguhnya kita dilarang dari melakukan ini iaitu meletakkan tangan di antara dua lutut dan kita diperintahkan supaya meletakkan tangan di atas lutut.

sebagaimana diterangkan pada hadis diatas~
*telapak tangan kita hendaklah berada di atas lutut bukannya di atas peha.. perasankah anda?

Burj Dubai Di Panah Petir


Semua pun tahu salah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir adalah bila manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit bukan? Apa yang pelik dapat kita lihat, orang Islam sendiri yang berlumba-lumba nak bina bangunan tertinggi tu. Tahun 1998 dulu, kita ada KLCC yang gah beberapa tahun sebagai bangunan tertinggi di dunia sebelum dipintas Taipei 101 pada tahun 2004. Kini semua pun tahu Dubai dengan kekayaan sumber asli’nya muncul pula dengan The Burj yang berketinggian lebih 800 meter di mana adalah 2 kali ganda ketinggian KLCC. Kata orang, ketinggiannya yang mencecah awan sehingga dari puncaknya, bumi dapat dilihat berbentuk sfera. Betul ke?
Semenjak dari pembukaan The Burj pada Disember 2008, The Burj telah beberapa kali dipanah petir. Yang terbaru, kejadian pada 23 March 2009 ini pasti terlekat di jiwa penduduk Dubai bila panahan petir bertalu-talu hampir 30 minit terus menyerang The Burj tanpa henti.
Baca lagi di JustKhai

Tips Bahagia Suami Isteri

Datuk Dr Fadzilah Kamsah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri. Antara petua itu ialah:

1)Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain.
2)Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
3)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
4)Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
5)Tolong masak atau makan di luar sekali sekala.
6)Beri pujian mengenai penampilan isteri : rambut, wajah dan pakaian.
7)Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah.


Baca lagi di ISUHANGAT




Mcm² Alasan Tak Solat

Kalau tiada kesedaran mengenai kewajipan solat bagi Islam, macam-macam alasan boleh diberi.
Tak sempatlah, karang aku solat tak siap pula kerja aku (pentingkan fardhu kifayah dari fardhu ain)

  • Takde tempat bersih
  • Terperangkap dalam jem ni - kalau solat mesti sampai rumah pukul 9 malam...
  • seluar kotor la (dah tau kotor apasal pakai?)...
  • Kalau solat, tak sempat pasal kena pakai mekap lagi..(sapa suruh mekap tebal-tebal?)

dan beribu alasan yang boleh diberi kepada sesama manusia. Tapi apakah Allah akan menerima alasan kita nanti? Bolehkah kita menjawabnya dengan ular besar di alam kubur?

Peringatan untuk diri aku sendiri yang selalu lalai juga. Masing-masing kena ingat lah ok.


Lihat gambar di bawah ni terasa berdosanya aku meremehkan suruhan Allah..

Lagi gambar di blog SESAMA INSAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...