fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

™

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Malam Lailatul Qadar

Malam ini malam 23 ramadhan. Sekadar peringatan tinggal 6 malam sahaja sebelum Megasale Pahala di bulan mulian ini. Sekadar muhasabah diri, bagaimana dengan pencarian malam Lailatul Qadar?

Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Rasulullah SAW kekasih kita yang confirm ahli Syurga pun beribadat sampai begitu, tidak malukah kita?

Hadis dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya):
“Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Ramadhan) iaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”.

(HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan disahihkan oleh keduanya).

Kemudian hadis dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya) “Sesungguhnya tanda Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)


Baca Lagi
Malam Lailatul Qadar

Hadis Pilihan Hari ini 13.09.2009

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Surah Al- Baqarah ayat 239

Jalan Semakin Sukar Kesenangan Bakal Menanti

”Biasalah, makin nak habis biasa orang makin sikit!,” keluh mak saya.

Ramadhan mengunjung pengakhiran. Syawal menjelang tiba. Apa yang dapat diperhatikan, sememangnya Ramadhan semakin kelihatan lesu.


Mungkin benarlah apa yang dikatakan mak saya. Kalau hari pertama Ramadhan, kadang² sampai tak cukup ruangan di surau. Sekarang, jangan kata dua saf. Satu saf pun, susah nak dapat. Itu apa yang saya perhatikan di surau sayalah. Tak tahulah ditempat lain.

Baca Lagi
Jalan Semakin Sukar Kesenangan Bakal Menanti

Kereta CEX1





Koleksi gambar CEX1 di blog
CEX1 carabeb! just klik SINI..

Hadis Pilihan Hari ini 09.09.09 ~

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Surah Al-Kahf ayat 109

Hadis Pilihan Hari ini 8.09.2009

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Surah Asy-Syuura ayat 30

OPTIMUS PRIME vs EXORA PRIME!!

Optimus Prime Transforms Jadik Exora Prime tp jadi deception JAHAT yg paling baru dpd PROTON hahaha..



Koleksi gambar Proton Exora Prime di blog
CARABEB just klik SINI..

TENGOK KALENDER 31 OGOS TAHUN 1957

1Malaysia 1harapan 1st time tengOk yahoo dan google meraikan kemerdekaan MALAYSIA yg ke 52.. cuba try test tengok anda akan lihat bagaimana encik google dan cik yahoo memeriahkan kemerdekaan kita, tp amat keciwa taun ni x semeriah tahun² sudah coz dalam 1000 kereta yg begerak kat atas jalan rayer cumer 1 jer yg nampak mengibarkan jalur gemilang espeSialy kat umah² FLAT dan KONDO² boleh kira dgn jari baper jer yg kibarkan jalur gemilang tak macam dulu dOlu besepah BENDERA atas pOkok, kat tiang LETRIK, Basikal, Lori, dan byk lagila mungkin tema tahun ni kena kOwt 1malaysia 1harapan 1bendera 1je sOrakan MEREDEKA! da abisss...


KLIK SINI (TENGOK KALENDER 31 OGOS TAHUN 1957)

p/s:Kerajaan mungkin menghormati bulan RAMADHAN sebab2 merdeka xmeriah sgt lagi² ader selesema(b4b1) tp xramai pon yg pakai topeng masa beli juadah kat bazar RAMADHAN hahaha....

Ayam Bakar Separuh Masak



Selalu kita ODER kat mamak telur ayam separuh masak nih RESEPI terbaru Ayam Bakar Separuh masak saper penah makan angkat kaki hahaha...

RESEPI AYAM BAKAR SEPARUH MASAK

Bahan²
1.Beberapa Ekor Ayam Hidup
2.Unggun Api
3.Minyak Tanah
4.Lighter
5.Orang Ramai sbg penonton

Caranya ambik ayam hidup letak kat api selama beberapa minit kemudian lepaskan laju²
cuba try test tengok anda pasti berjaya siapkan resepi ini seperti gambar diatas..

p/s:yg slalu kita mkan tu namanya AYAM BAKAR WELL DONE.. nih ayam bakar separuh tapi x masak jugak...

Puasa adalah perisai

Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu:

"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."( Hadis riwayat al-Tirmizi).

Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Sabda Nabi:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.

Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." ( Hadis riwayat al-Bukhari).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...