Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk
Nabil dan Zira bakal berkahwin pada 2Oktober ni di iCity Shah Alam.. antara kad yg menarik perhatian aku adalah kekeretifan yg melampao
dpd tukang design kad.. awat cute sgt? (video yg nabil buat diatas pon agak kaku keko gak mebi betulkah dia melamar bakal isterinya begitu ataopon cuma video making sahaja tp bg ak video wedding of the year paling best ak penah tgk pasangan elyana smart.. (layan video dibwh)
Akon berlakon? memang betul akon menyanyi tp dalam lakonan filem terbaru shah rukh khan RA-One yg bakal pecah panggun time deepavali nnt so tunggu dan saksikan bg peminat2 filem bolywood seangkatan dan setaraf filem hollywood.. malaywood bila lagi?
industri perfileman bollywood dari dulu hingga sekarang setaraf hollywood malaywood bila lagi? (penerbit perfileman di m'sia mcm dah tak ada idea lain untuk membuat filem yg lebih setaraf dgn antarabangsa syik re-make dan terbitkan filem yg ibarat seperti recycle ataopon rewind back to the future mean citer yg berulang cuma watak hero dan heroin sahaja berbeza jalan cerita masih sama tiada kelainan daripada hasil terbitan tempatan ;p
tekantype: nak kan perubahan dalam filem tempatan.
lagi satu new project IT STYLE NETWORK adalah anak syarikat dibawah dan dimiliki oleh ictzam resources
Masyarakat dunia perlu menilai semula matlamat sebenar perang
terorisme global di Afghanistan mulai 7 Oktober 2001, di Asia Tenggara
mulai Januari 2002, dan di Iraq mulai Mac 2003 berikutan tragedi 911
yang dipropagandakan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai angkara militan
muslim, khususnya Al-Qaeda.
Penilaian ini penting disebabkan tragedi 911 yang meranapkan Menara WTC
di New York dan sebahagian Ibu Pejabat Pentagon di Washington DC, AS,
pada pagi 11 September 2001 kini semakin dipertikaikan oleh pelbagai
pihak, termasuk profesional di bidang senibina, kejuruteraan struktural,
pakar bom, pakar peletupan terancang, pakar penerbangan, pakar kimia
dan juga ahli politik di AS.
Intipati kepada hujah dan pendapat kumpulan di atas ialah: tragedi 911
bukannya angkara militan Islam antarabangsa. Oleh sebab itulah mereka
mendesak diadakan siasatan semula yang lebih bebas dan mendalam mengenai
punca-punca tragedi berkenaan.
Dalam pada itu, terdapat golongan di AS yang kini mendakwa bahawa
tragedi tersebut adalah suatu tindakan yang dirancang oleh sesetengak
kelompok dalam kerajaan AS sendiri dengan bantuan kuasa asing yang
mempunyai pengaruh besar terhadap politik AS.
Oleh sebab itulah secara peribadi, saya sentiasa meragui kebenaran
punca-punca tragedi 911 versi kerajaan AS. Walaupun Kerajaan AS sudah
mengeluarkan laporan rasminya mengenai tragedi ini menerusi buku the 9/11 Commission Report, buku ini pula disanggah oleh Cover up: what the government is still holding about the war on terror oleh Peter Lance (2004).
Seterusnya terdapat buku 9/11 synthetic terror: made in USA oleh Webster Griffin Tarpley (2008). Sebelumnya, Han Blix bekas ketua IAEA pula menerbitkan buku The search for weapons of mass destruction: disarming Iraq (2004) dan Scott Ritter selaku bekas ketua penyiasat senjata di Iraq pada 1991 pula menerbitkan buku War on Iraq: what team Bush does’t want to know (2002) dan Eric Alterman dan Mark Green menulis mengenai The book on Bush: how George W (mis)leads America (2004).
Seluruh karya ini meragui tragedi 911 dan membayangkan bahawa perang
teror di Iraq mulai 2003 adalah tidak berkaitan dengan senjata pemusnah
yang kononnya dimilikki oleh Saddam Hussein yang telah pun mati di tali
gantung akibat dakwaan tersebut.
Sempena ulangtahun 911 kali ini, wajarlah umat sejagat menilai semula
punca-punca tragedi ini supaya AS tidak terlalu berleluasa dalam
pelaksanaan perancangan strategi agungnya di abad ke-21.
(Pembohongan 11 Sept & penipuan Yahudi Zionis terbongkar akhirnya)
Kalau
masih ada yang percaya bahawa peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC
New York dan peristiwa 11 Sept 2001 adalah perancangan Usama Bin Laden
dan kumpulan Al Qaeda, teman rasa elok pi check screw kepala mike tu
balik yop. Mungkin ada skrew yang longgar. Amat malang kalau ada
manusia, terutama umat Islam khususnya, yang masih terpedaya dengan
pembohongan dan penipuan Yahudi Zionis, sebagaimana mudahnya segelintir
umat Islam bangsa Melayu terpedaya dengan sandiwara dan pembohongan.
Kalau
tengok videoklip diatas , dan banyak lagi buku, tulisan, videoklip dan
banyak lagi penerbitan yang dibuat oleh rakyat Amerika sendiri yang
jelas membuktikan bahawa peristiwa 11 Sept 2001 sebenarnya adalah satu
penipuan dan pembohongan (macam penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim
dan kaum Anwarinas dalam 16 Sept) didalangi oleh Yahudi Zionis dan
pepatung mereka George W. Bush untuk menghalalkan tindakan kafir
terhadap negara Islam saperti Iraq, Afghanistan dan lain-lain termasuk
gerakan-gerakan Islam. Dan ini terbukti dengan penaklukan Afghanistan,
Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, Usama Laden dan ramai lagi selepas
peristiwa itu.
10
tahun pembohongan besar 11 Sept berlalu, dan dalam tempoh 10 tahun itu
kedudukan sosio-politik dan geografi negara Islam dan umat Islam berubah
habis. Kita diratah dan dilanyak-lunyai tanpa batasan. Negara Islam
dijajah. Umat Islam dihina. Islamophobia menjadi penyakit baru kaum
kafir dan munafik. Purdah direntap. Menara masjid diranap. Umat menjadi
bahan santap!!!
11
Sept digunakan sebagai alasan menghalalkan pembantaian terhadap negara
Islam dan umat Islam. 11 Sept dijadikan asas kepada melahirkan budaya
Islamofobia, dan di Malaysia dikaitkan dengan Malayufobia. Sama saperti
peristiwa Pearl Harbour dijadikan alasan untuk menghalalkan Perang Dunia
ke 2 yang menyaksikan negara Islam dipecah-belah dan dijajah! Entah
benar atau tidak kapal-kapal Amerika diserang, kerana terdengar kisah
kapal-kapal yang dibom oleh tentera kamikaze Jepun yang terpedaya adalah
kapal kayu yang sudah nak dilupuskan. Sama saperti kisah Holocaust,
yang dijadikan alasan untuk Yahudi Zionis bermaharajalela, sehingga
akhirnya umat Islam kehilangan Falastin dan Masjidil Aqsa!
Benar
sabda Rasullah saw, akan datang satu zaman bilamana kafir bersatu
meratah umat Islam, yang walaupun berbillion jumlahnya, tetapi
kualitinya hanya saperti buih dilautan. Tak guna satu sen pun. Dan kita
lihat depan mata kita, walau pun dilanyak dan dihentak kiri kanan oleh
kafir harbi la'natullah, umat Islam bukan sahaja tidak bersatu; malah
mereka menjadi makin kelabu. Mereka jual agama mereka, mereka gadai
kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka buang perjuangan negara Islam kerana
konon mereka tak jumpa dalam Quran, mereka pajakkan anak-bini mereka
dengan bai'ah talaq tiga demi kepentingan politik kepartian, mereka
sokong kafir harbi dan sanggup mati untuk punjabi, mereka haramkan
bacaan Quran di masjid mereka sendiri, dan terkini mereka sokong dan
dewa-dewakan kominis atheist yang tak percaya kepada ketuhanan.
Dalam
keadaan keimanan makin surut, dalam suasana syariat makin kaput, dalam
keadaan syiar yang kian reput, dalam keadaan umat yang makin semput,
dalam keadaan agamawan yang menjadi syaitan karut; umat Islam
memerlukan suntikan hidayah untuk mempertahan dan memantapkan keimanan
dan keyakinan. Umat Islam perlukan mukjizat. Dan itulah yang dibuktikan
oleh peristiwa 11 Sept 2001 - mukjizat Al Quran terbukti akhirnya, hidup
dan relevan sepanjang zaman!
Tersebut kisah seorang kafir harbi mencabar umat Islam, khususnya para ulama dan ilmuan, "kalau
benar Al Quran itu mukjizat, dan relevan sepanjang zaman, buktikan
kepada aku peristiwa 11 Sept 2001 ada tercatat didalam Al Quran", bentak sikafir ini dengan penuh keyakinan. Dia cukup konfiden umat Islam akan terkedu kali ini.
Apabila
menerima cabaran ini, para agamawan dan serbannawan terkedu. Mereka
jadi syaitan bisu & kaku. Kata mereka, kami tak belajar ni di gedung
pondok kami. Yang kami belajar kat ma'had hanyalah bahawa hukum
videoklip bukan bahan bukti, sebab ia cuma besi beku. Kaum yang setelah
bertahun memaki kapirkan orang lain kerana tidak menubuhkan Daulah
Islamiyah, akhirnya membuang perjuangan kerana mendakwa rupenya dalam
Quran takde ayat pasal negara Islam. Para agamawan menjadi kelu, dan
tiada jawapan kunjung tiba dari mereka. Umat
yang mengharapkan mereka akan ke saf hadapan untuk mempertahankan
Islam, sangat kecewa bila mereka hanya sanggup mati untuk mempertahankan
punjabi kafir harbi.
Dalam
kekelaman itu, seorang hamba ALLAH yang hanya lulusan muqaddam, yang
kerjanya bukan mencari syuruu duit aur makan dengan berceramah di masjid
surau, yang tidak menjadikan mimbar Jumaat tempat maki hamun, menyebar
fitnah dan mengadu-doomba, yang hanya takut kepada ALLAH dan menitis
airmata sering teringat Rasulullah saw; dia datang mara ke saf hadapan.
Membela dan mempertahankan kesucian dan kehormatan kalam ALLAH swt,
menebus maruah ummah!
"Ada!!!"
tegas 'Abdillah si hamba ALLAH ini. "Ada tercatat didalam Al Quran
peristiwa 11.09.2001 ini!!!", ujarnya dengan penuh keimanan dan
keyakinan! Si kafir harbi terkedu! "Prove it, buktikan!". Desak si kafir
harbi. Maka berlakulah dialog diantara mereka;
'Abdillah: "Berapa haribulankah berlaku peristiwa ini wahai kafir harbi"
Kafir harbi: "11 haribulan"
'Abdillah: "Cuba mike buka Juz ke 11 dalam Al Quran";
Kafir harbi: sambil membuka lembaran terjemahan Al Quran, "Apa ni, Abu Teroris, hanya ada beberapa surah dalam Juz 11 ni";
'Abdillah: "Bulan berapa peristiwa itu berlaku wahai kafir?" tanya insan beriman ini tanpa mempedulikan sindiran si kafir;
Kafir harbi: "Bulan sembilan. Bulan September ikut kalendar tuhan ku" jawab si harbi dengan sinis!
'Abdillah: "Didalam Juz ke 11, ada surah yang kesembilan, cuba mike check tengok" keyakinan 'Abdillah makin terserlah;
Kafir harbi:
"Apa ni, surah ke sembilan, surah At-Tawbah. Apa kena mengena 11.09
dengan bertaubat", perli sekafir harbi. Bodoh pulak si Muslim ni, kata
hati sikafir!
'Abdillah:
Tanpa memperdulikan perli si harbi, 'Abdillah bertanya; "Berapakah
tinggi Menara Kembar WTC New York yang runtuh itu wahai kafir harbi?";
Kafir harbi:
Sambil menggaru kepala yang tak gatal, "11o tingkat tuan extremis";
kata si harbi sambil menganggap ini ulama' kangkung mana nak berdebat
dengan dia!
'Abdillah:
"Cuba mike tengok didalam Juz ke 11 surah ke 9 itu, ada ayat 110. Cuba
mike baca tengok", dengan senyum penuh keyakinan 'Abdillah menyuruh si
kafir harbi membaca;
Kafir harbi: Sambil menyelak lembaran terjemahan Al Quran itu, dan dibacanya terjemahan ayat tersebut, "Keruntuhan
bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi
penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis
(perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan
ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!" baca si harbi sambil dahi mula berpeluh;
'Abdillah:
"Cuba mike baca terjemahan bahasa Inggeris pulak, kot nanti mike kata
tak faham pulak kang" desak 'Abdillah kepada kafir yang malayufobia itu
dengan penuh keyakinan;
Kafir harbi: sambil membuka terjemahan Inggeris, "The
building which they built, will never cease to be misgivings in their
hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces.
ALLAH is All-Knowing, All-Wise", bagai direntap-rentap jantung si harbi membaca wahyu Ilahi yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya.
Kafir harbi: "Apa ini wahai Muslim?", hati si harbi sudah mula lembut;
'Abdillah:
Mari teman ceritakan asbabul nuzul, sebab turunnya ayat ini, jelas
'Abdillah mengulangi sejarah sebagaimana Saidina Ja'far Abi Tolib
At-Tayyar membacakan surah Maryam kepada Maharaja Najasyi Al-Habsyi yang
menyebabkan runtun jiwa Raja Besar Nasrani itu;
"Terdapat
seorang munafik di Madinah, namanya Abu Dhirrar. Dia mahu menunjukkan
kepura-puraan dia menyintai Islam. Lalu dia membina sebuah masjid yang
besar, lebih cantik dan hebat dari Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid
Quba'. Setelah masjid itu siap, yang dipanggil Masjid Ad-Dhirrar
tersergam megah, lalu Abu Dhirrar meminta Nabi saw merasmikannya.
Kebetulan Nabi dalam persediaan untuk pergi ke Perang Tabuk bersama para
sahabat untuk bertempur dengan Maharaja Kristian Herkules dari Rom.
Jadi Rasulullah saw berkata, "nanti dalam perjalanan balik dari Perang
Tabuk, insyallah aku akan singgah dan rasmikan masjid mu wahai Abu
Dhirrar".
Selama Nabi saw ke Tabuk, satu perjalanan yang jauh dibawah panas terik
matahari, dimana sahabat saperti Saidina Abu Bakr mendermakan seluruh
hartanya fisabilillah, Abu Dhirrar sentiasa keresahan menanti Nabi saw
kembali untuk merasmikan Masjidnya, supaya kemunafikan dia tidak
kelihatan.
Dalam
perjalanan pulang dari Tabuk, Saidina 'Umar ibnul Khattab, yang
mendermakan separuh hartanya untuk membiayai peperangan tersebut
bertanya kepada Rasulullah, "wahai Nabi kekasih ALLAH, mengapakah engkau
mahu merasmikan masjid yang dibina oleh Abu Dhirrar, si munafik yang
membinanya dengan keangkuhan dan kesombongan?". Bantah 'Umar.
"Wahai 'Umar, kita husnul zan sahabatku, kita bersangka baik sahajalah.
Kan yang dibina Abu Dhirrar itu sebuah masjid", sanggah insan yang cukup
mulia itu."Tapi ya Rasulullah,
kalau engkau merasmikannya, ia hanya akan menambah kemunafikan Abu
Dhirrar, dan akan diguna masjid itu sebagai sarang menyerang umat Islam
pula", bantah 'Umar yang terkenal tidak pernah berkompromi dalam hal
Islam, sehingga iblis dan syaitan akan lari tak mahu bertembung dengan
'Umar ditengah jalan (teringat teman kaum Anwarinas membina sebuah
pakatan luar tabi'e yang diguna kafir harbi biaDAP untuk menyerang dan
memusnahkan Islam!).
"Tidak
apalah 'Umar, aku akan tetap merasmikannya. Insyallah, aku berserah
kepada ALLAH" kata Nabi yang pernah menyembahyangkan jenazah Abdullah
Bin Ubay Bin Salul, bapak munafik Madinah.Dengan
kehendak ALLAH, turunlah wahyu kepada Nabi saw, membenarkan bantahan
'Umar. Maka turunlah ayat 107-110 surah At-Tawbah yang bermaksud:
"Dan
diantara orang munafik itu juga ialah orang-orang yang membina masjid
dengan tujuan membahayakan keselamatan umat Islam, dan menguatkan
keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam
dan orang beriman, dan juga untuk dijadikan tempat intipan bagi orang
yang memerangi ALLAH dan RasulNya sebelum itu, dan apabila tujuan buruk
mereka itu terbongkar, mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah
yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk
kebaikan semata-mata. Padahal ALLAH menyaksikan bahawa mereka
sesungguhnya berdusta. Jangan
engkau sembahyang didalam masjid ini selama-lamanya (wahai Muhammad),
kerana masjid (Quba') yang engkau bina dan dirikan atas dasar taqwa dari
mula ujudnya, sudah lebih sepatutnya engkau sembahyang didalamnya.
Didalam masjid itu, ada orang-orang yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya, dan ALLAH mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir & batin). Maka
adakah orang yang membangunkan masjid yang dididrikannya atas dasar
taqwa kepada ALLAH dan (untuk mencari ) keredhaan ALLAH itu lebih baik,
ataukah orang yang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi
jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang
membangunkannya kedalam api neraka! Dan ingatlah, ALLAH tidak akan
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim!!!".
Wahai
kafir, sebagai hamba ALLAH yang ta'at, sebaik sahaja mendapat wahyu
itu, Nabi Muhammad saw terus memerintahkan tentera Islam yang bersama
Baginda di Perang Tabuk bergegas ke Masjid Ad-Dhirrar. Sesampainya
tentera Islam di Masjid Ad-Dhirrar, lalu mereka meruntuhkan masjid itu
dan membakar tapaknya sehingga sebutir kesan pun tidak ada yang
ditinggalkan!".
'Abdillah:
jadi kamu lihat wahai ahli kitab, peristiwa keruntuhan Menara Kembar
WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan
didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!
'Abdillah:
"Dan kamu belum yakin lagi dengan mu'jizat Al Quran wahai ahli kitab?",
tanya hamba muttaqin ini kepada kafir yang sudah runtuh benteng
kekafirannya!
Kafir harbi: "Ada apa lagi wahai Muslim?", lembut tapi sayu dan sedih bunyi suara si kafir tegar itu.
'Abdillah:
"Adakah kamu tahu, huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat
110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!
Subhanallah, masya ALLAH wahai Muslim.
Aku kini percaya dan yakin dengan kebenaran dan mukjizat Al Quran:
Asy hadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhamaddar rosulullah!!!
Aku naik saksi, tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh ALLAH! Maka berimanlah si kafir harbi yang tegar itu! Menjadi seorang Muslim yang yang sejati!
I'tibar: wahai saudara Muslim ku yang beriman, yakin dan percayalah kita
dipihak yang benar, ALLAH Yang Maha Esa itu benar, Nabi Muhammad saw
itu benar, Al Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar,
Akhirat itu benar, dan Syurga-Neraka itu benar. ALLAH akan membantu kita
bila kita membantu agama ALLAH, dan ALLAH akan letakkan kafir kebawah
tapak kaki kita - tetapi kita perlu yakin, percaya dan istiqomah dengan
lafaz:
Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan kita ikhlas beragama
Islam kerana ALLAH (dan bukan kerana parti, individu, kerusi, habuan,
kedudukan, jawatan dan lain-lain)!
Sebelum ni ak penah post myvi 1.5 akan keluar baca sini ingatkan tak jadi kuar? rupanya jd gak nantikan kemunculannya perodua myvi lagi best!
Model kereta Myvi 1.5 baru akan mula diperkenal oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada 15 September 2011.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh tempahan
bagi varian premium dan sporty akan dibuka bermula 12 September 2011.
Harga bagi model kereta Myvi 1.5 baru tidak dinyatakan beliau tetapi ia dikategorikan sebagai mampu milik.
Model kereta Myvi 1.5 baru ini didatangkan dalam empat varian yang
mempunyai transmisi manual dan automatik. Model baru itu juga menawarkan
lima warna dengan warna terkini iaitu kuning Majestic.
Model kereta Myvi 1.5 baru ini diperkenalkan kerana terdapatnya
permintaan tinggi daripada orang ramai yang mahukan sebuah Myvi yang
mempunyai enjin berkapasiti besar dan ia hanya dikeluarkan di Malaysia
buat masa ini.
Perodua menjangkakan Myvi 1.5 bakal menyumbang separuh daripada 8,000 buah model Myvi baru yang terjual setiap bulan.
Selain itu, model baru Myvi 1.3 terus mendapat sambutan sejak
diperkenalkan Jun lalu dengan 18,000 unit telah terjual dengan 34,000
tempahan setakat ini.
tekantype: sesiapa yg mampu milik jom milik myvi lg best jom?
Aduh agak letih dan lenguh la tgk dorang syik bergado dlm tv menunding jari salahkan dia ni salahkan dia tuh tp yg ak tau ak memang minat sejarah tp knapa sejarah sekarang tak sama dalam buku teks sejarah sekolah rendah menengah dulu lain sangat so meh ak merungkai fakta ka auta?
ENtri Kali ini adalah ... AKU MINAT SEJARAH (Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke54 Msia)
Siapa MAT SABU?
MAT INDERA? MAT HASSAN
MAT KILAU bkn M.DAUD KILAU (shenyumlah2 ahaiii cek mek molek)
korang
dah tengok ceramah mat sabu yang dikontroversikan baru-baru ni? aku
baru lepas tengok. agak tak berapa nak paham gak sebab audio yang kurang
jelas ditambah dengan loghat kedah yang digunakan...
berikut merupakan potongan daripada ceramah beliau :
dan yang di bawah ni sebagai penerangan berkaitan video ni daripada sumber-sumber yang aku dah dapat...
Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
Saya
terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah
berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya
'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
"...Bukit
Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai
kerajaan, ketuanya Mat Indera, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup,
Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita Bukit Kepong,
hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum
merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang
hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat
Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung
di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan
British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan
Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila
ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum
gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong..."
Maksud
keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi
sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang
mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu
secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan
Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai
dan itulah kerja Utusan!! - terima kasih kepada ekele.net
KUALA
LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah
tanpa prejudis.
“Secara
peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji
dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,”
kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media
perdana.
Dalam
isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu
ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno
baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa
pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.
"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?
“Kaitannya
adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara
logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.
"Inilah
yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok
Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka
ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah
kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.
Utusan
Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad
Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan
Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25
anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam
serangan di balai tersebut.
Ini
disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno,
termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin
Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain
itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di
Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn
dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan
kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Tuan
Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul
Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding
kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka
pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan
jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.
“Namun
jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang
melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah
mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.
"Disebabkan
pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya
memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka,
namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari
dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada
segi sudut sejarah.
“Kita
harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat
dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain -
semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol
dengan penjajah British.
"Atas
penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap
tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.
Jikalau
itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup
bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau,
yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
“Jika
dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua
hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam
tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.
Katanya,
secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih,
kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah
pengkhianat.
"Yang
menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila
ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan
British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.
Secara
menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua
kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk
menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang
sekalipun.
Namun
demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang
mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa
yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama
golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.
“Pada
tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara?
Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi
Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang
dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah
Melayu.
Selepas
Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah
tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada
penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang
habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh
berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.
"Oleh
itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam
mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil
menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis,
tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan
daripada satu era ke satu era.
“Kita
harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama
dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi,
bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS
menghalau penjajah,” kata beliau.
Kontroversi
yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu
di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada
pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau
kekal menyokong British.
“Nyata
yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun
menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan
Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.
"Inilah
pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi
kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik
baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.
Mohamad
dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah
diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno,
Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah
terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan
itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman
kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan
palsu itu. - Hrkh
NOTA
EDITOR: Di saat UMNO giat menuduh Abg Mat menyokong Komunis, Tulang
Besi berhajat untuk mengingatkan kembali jalinan hubungan dua hala
antara UMNO dan Parti Komunis China pada September 18 2009.
Nampak
gayanya, setelah Parti Komunis Malaya dibubarkan, tempat mereka telah
diganti oleh UMNO kerana Parti Komunis Malaya mendapat bantuan mereka
satu masa dahulu dari Parti Komunis China.
Kesian
UMNO, apa pun dia buat, mesti kena balik batang hidung mereka. Mereka
cuba serang Abang Mat Sabu, skrg ni rakyat baru teringat bahawa
pemimpin2 UMNO semuanya bekas pegawai British, mcmna nak jadi pejuang
kemerdekaan.
Dia bukak kita satu, kita bukak dia seribu.
Alhamdulillah
Umno, China Communists to swap youth leaders (BERNAMA)
August 05, 2010
A
giant portrait of Mao Zedong, the CPC's first chairman, is seen in
Beijing's Tiananmen Square September 18, 2009. - Reuters pic
KUALA
LUMPUR, Aug 5 - Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday
agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of
both countries can have a better understanding of the economic and
social development taking place in Malaysia and China.
Umno
secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a
memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation
between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the
more timely as China was now a major economic power.
Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC.
"On
their part, they are amazed with our achievements and racial harmony
and would like to learn from us how we were able to attain this harmony
without any bloodshed," Tengku Adnan said in a statement to Bernama.
He
said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a
permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this
year. - Bernama
Nama
sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau
mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian
Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam
dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
tradisional di negeri Kelantan.
Antara
yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak
RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun,
kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada
29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil
alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British
yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di
daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan
cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.
Encik
Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan
Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk
Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan
Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah
menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula
telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung
Pupuh.
Kebangkitan
Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu
berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British
pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai
seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan
pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh
Kelantan, termasuk Pasir Putih.
Dalam
pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu
meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta
lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki
di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang
Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak
British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan
dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.
(Pak
Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin
UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua
British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang
syuhada - Al-Fatihah)
Peristiwa
Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915).
Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State
Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah
dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan
membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British
sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.
Mat Indera
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu
Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama
di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera
pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini.
Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera
pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas
kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus
peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian
sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras.
Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua
pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera
membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya,
Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API)
daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British
menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti
politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal
ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara
tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.
Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di
dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan
dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis
mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00
kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera,
adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar
masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak
British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.
Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat
diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi
tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat
Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.
Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu
Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis,
sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota
polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu,
Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan
bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat
Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya
mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan
ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap
membunuh dan membakar balai polis. Apa yang
berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar
arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat
Indera.
Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak
British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran
dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat
Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera
tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul
Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah
sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman
mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera
didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.
Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.
Yang
penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan
penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum
merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah
sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu
berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM
wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah
sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih
sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa
agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO
masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi
kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam
seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu
kebenaran.
Kedua:
Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya
semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah
tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan
ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai
pemerintah negara ini.
TAHNIAH MAT SABU!
Kisah Mat Sabu dan Mat Indera ni takkan jadi kontroversi kalau
cerita sebenar tidak diputarbelitkan oleh sesetengah pihak. Dan semakin
panas bila ada SESETENGAH penyokong kerajaan dan pembangkang yang membuat komen yang merapu di blog. Aku baca pun jadi pening.
Bagi aku tidak perlu mengkritik perjuangan UMNO terdahulu, walaupun
ada yang tak setuju dengan cara mereka tapi kita telah merdeka. Kan?
Yang penting, betulkan beberapa fakta untuk mengiktiraf pejuang
kebangsaan yang telah dipinggirkan selama ini. Lagi pun, Mat Indera
sendiri diiktiraf oleh kerajaan Johor iaitu Yayasan Warisan Johor
sebagai salah satu pejuang ternama di negeri itu.
Kisah Mat Indera ni menarik sebenarnya dan perlu dikaji bagi memberi
kefahamamn kepada generasi kini tentang kisah pejuang zaman dahulu.
Kalau bukan kerana kontroversi Mat Sabu, aku takkan kenal siapa Mat
Indera ni.
Pasal komunis ni, ideologi komunis sudah jelas bertentangan dengan
Islam. Menurut sesetengah pendapat, kita tak boleh sokong mereka
walaupun mereka berjuang menentang penjajah. Matlamat tidak menghalalkan
cara. Kan? Kalau aku salah sila betulkan.
Aku tak hidup dalam zaman ni, so tak boleh nak komen banyak-banyak.
Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ini, sila rujuk di baris ayat yang aku telah highlight kat atas tu. Sekian.
so last conclusion daripada ak : lain orang lain pendapatnya dan mentality pon berbeza2 tidak ada seorang yg baik pon mengaku dia baik dan tak ada seorang jahat pon mengaku jahat.. dan cuba anda tekan test tengok anda pilihla yg mana satu pejuang Melayu Sebenar? MAT SABU, MAT INDERA, MAT HASSAN(Tok Janggot) MAT KILAU(tiada dlm huraian) M.DAUD Kilau(lagilah tiada) hehe..
Serious saket hati bila p1wimax lombab gila babas cam kura2 yg nih bukannyer cerita cinta kura kura yg lembab bebeno nak menSURFing bukan jgk SMURF huhu.. aperkata ak bg ANGPOW! raya lagi dengan meLAJUkan P1wimax anda.. meh sini tgk macam maner.. tekan test tengok?
Antara screenshot yg ak dpt bwat selepas melajukan p1 wimax ini.. www.zamstylo.tk
cara melajukannya.. senang jer? tukar static or obtain ip kepada.. tengok bawah?www.zamstylo.tk
nampak tak belah kanan bawah sekali icon network logo sebelah timing tuh klik 2x kat gambo komputer tuh~ cenggini ghurpo ey>> lepas tuh..
click properties then p kat internet protocol (TCP/IP) tekan 2x
masukkan "preferred and alternate DNS seperti gamba rajah diatas"
So perlagi da donload tak reti nak bagi muvee cket? kongsi ar bro? jgn senyap ja? bg credit kat www.zamstylo.tk