fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

™

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Car Towers, Menara Kereta Volkwagen Di German


Macam Vending Machine
Di Autostadt Wolsfburg, Germany, kereta - kereta Volkswagen yang berada dipasaran dijual seperti vending machine kerana kereta ini disimpan di dalam sebuah menara setinggi 800 meters. Yang menariknya, pembeli akan dibawa ke setiap tempat menyimpan kereta di dalam menara menggunakan lif khas yang transparent dan memilih kereta seperti ingin membeli air tin di vending machine. 










klik pada gambar utk melihat saiz gambar yg lebih besar..

Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW


Posted by zamstylo on Saturday, June 16, 2012
Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj 

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Kereta SUV pertama M'sia dicipta oleh Proton by www.zamstylo.tk



Sebuah model proton yang dikenali sebagai Youngman SUV telah dibangunkan oleh anak syarikat Proton Lotus Engineering. Model ini telah ditemui sedang membuat pandu uji di atas jalanraya.
Youngman SUV iaitu model yang dibangunkan oleh anak syarikat Proton Lotus Engineering ditemui sedang diuji di China. Menurut sumber, ianya menyerupai SUV konsep Lotus APX yang pernah dipamerkan oleh Proton satu ketika dulu. Model ini diura-urakan akan juga dikeluarkan sebagai model Proton dan bakal menjadi SUV pertama syarikat itu.  Sebelum ini ada juga spy shots rekaan dalaman SUV ini tetapi dashboardnya kelihatan seperti model Youngman L5 dan agak tidak ergonomik.
Diharapkan itu bukanlah final produk untuk SUV ini. Jika termasuk SUV ini, Lotus Engineering telah membangunkan 2 model di China iaitu model L5 dan SUV ini. Model L5 juga mempunyai rekaan yang bagus dan kenapa tidak Proton menjualnya di negara kita. Jom lihat gambar proton suv di bawah ini.

Patung yg real by www.zamstylo.tk~


Memang unik sangat patung di bawah ini, kerana, mereka itu hidup ... Ataupun mereka manusia yang sengaja berpenampilan seperti patung... untuk tujuan apa..? jom tengok Koleksi gambar UNIK dan menakjubkan ni, iaitu patung yang hidup itu adalah pertandingan yg memaparkan patung hidup di Yevpatoriya, Ukraina. Pertandingann Itu berlangsung setiap tahun pada bulan Mei antara 1 dan 7hb.. Setiap negara dapat mengambil bahagian dalam pertandingan yang unik ini. Beberapa "patung" nampak real bila make up mereka dibuat sempurna macam patung .jom saksikan...








sumber:siakap

Lim Guan Eng Bakal Perdana Menteri Malaysia Jika Semua Pangkah PKR? by www.zamstylo.tk~


Cadangan ini mungkin boleh jadi.. jika anda mahu melayu sahaja jadi
 PM di Malaysia pangkah kerajaan, jika anda mahu bangsa lain jadi
 PM Malaysia pangkah pembangkang.. undi anda adalah rahsia..
 tahniah kerana undi anda semua?

Panas memang panas tajuk diatas tapi hakikatnya korang pikir la sendirik?
bukan ak yg cakap tapi link di bawah ni yang cakap? betul ka? meh baca...

http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/jawatan-pm-guan-eng-boleh-ganti-selepas-anwar-tiada/


Jawatan PM: Guan Eng Boleh Ganti Selepas Anwar Tiada

CADANGAN Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya seorang bukan
Melayu dilantik menjadi Perdana Menteri selepas PRU13,
adalah satu cadangan yang baik untuk masa depan negara ini.
Seperti yang kita semua telah ketahui,
perlembagaan negara tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri adalah
seorang Melayu beragama Islam seperti mana yang diwajibkan untuk
beberapa jawatan Menteri Besar bagi beberapa buah negeri di Semenanjung.
Hakikat ini menjadikan cadangan Karpal itu bukan suatu yang salah
seperti mana yang mahu dilihat sesetengah pihak.
Tapi cadangan itu hanya sesuai selepas
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi berupaya menggalas tanggungjawab tersebut
ataupun telah meninggal dunia, dan selepas masa itu sampai,
tidak ada orang lain yang lebih layak untuk
 menduduki jawatan tersebut melainkan Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng – seperti yang diinginkan Karpal.
Muda, berpengalaman dan bijak, adalah 3 ciri-ciri penting yang
melayakkan Guan Eng untuk menduduki jawatan tersebut –
asal sahaja tidak ada masalah lain yang boleh mencalar
 personalitinya itu seperti yang dibangkitkan baru-baru ini.
Justeru penulis menolak sama sekali pandangan dan pendapat Mursyidul Am PAS,
Datuk Nik Aziz Nik Mat (dalam mengulas pandangan Karpal)
bahawa calon Perdana Menteri bukan melayu diterima asal sahaja beragama Islam.
Pada bila-bila masa pun penulis tidak rasa Karpal merujukkan
cadangannya itu kepada calon dalam kategori yang dinyatakan Nik Aziz
– bukan Melayu beragama Islam.
Pada sesiapa yang mengenali Karpal, sudah tentu faham dengan
 latar belakang belia yang agak hostiledengan melayu dan Islam. 
Hostile bukan bermaksud ingin bermusuh ke tahap berperang dan sebagainya,
tapi lebih kepada  bermaksud apa yang sudah dinikmati orang Melayu
dan Islam di negara ini sudah cukup baik dan tidak perlu diperhebatkan lagi.
Yang perlu diberi perhatian dalam masa sama ialah memastikan,
hak kaum minoriti di negara ini tidak terjejas dengan segala keistimewaan
yang dinikmati kaum bumiputera yang lainnya.
Itu adalah perjuangan Karpal zaman berzaman yang penulis ketahui,
kalau ada masih yang tidak faham atau buat-buat tak faham.
Lagipun penulis tidak nampak siapa calon yang lebih layak menjadi calon
Perdana Menteri bukan Melayu (tapi beragama Islam) seperti yang disarankan Nik Aziz.
Mana logiknya Nik Aziz bersetuju dengan calon Perdana Menteri bukan Melayu
 tapi beragama Islam kalau di Kelantan sendiri pun, seorang Exco bukan Melayu
 (beragama Islam), tidak pernah dipertimbangkan untuk menjadi pengganti Menteri Besar
selepas Nik Aziz.
Kalau itupun tidak mampu dilakukan, apa daya Nik Aziz untuk memilih dari
kalangan golongan tersebut sebagai Perdana Menteri pula?
  Ini sahaja menjadikan cadangan Nik Aziz itu tidak logik dan tidak masuk akal sama sekali.
Pada penulis, cadangan Karpal ini adalah petanda kepada kabinet bayangan yang
 dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia itu. 
Tidak perlu dipersoalkan lagi siapa calon Timbalan Perdana Menteri,
kenyataan Karpal itu sudah membuktikan segala-galanya.
sumber : suara pakatan rakyat (PKR)

Proton tiru design sejak bila? News by www.zamstylo.tk


Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Proton di atas kejayaan terhadap Proton Preve.. 
Syabas!!! Tajuk mesti mau kasi panas brader.. Tadi ada pulak member sorang ni ternampak Mitsubishi
 Super Touring kat parking, terus dia bertanya "Eh, Saga tu tiru Mitsubishi yang mana ha?"
Aku pun menjawab, "Ada sebijik tu, cutting lebih kurang Saga jugak.. 
Nama dia Fi..Fi..Fi ape ntah. Tapi bukan Fiona lah." 
Geram jugak sebab selama ni aku ingat nama kereta tu..
Masuk je bilik, aku pun terus buat penyiasatan di wikipedia. Baru aku jumpa, Mitsubishi Fiore! 

Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983
Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit 
perubahan termasuk sekali dengan lambangnya. Takkan la nak pakai lambang
Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk 
yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu. Kemudian pada tahun 
1993, Proton Wira pula diperkenalkan   menggunakan gabungan rekabentuk daripada 
Mitsubishi Lancer  dan Mirage.

Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer EvoII 1994
Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria.
 Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback. 
Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada
 Mitsubishi Mirage Coupe.

Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991
Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu
 Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model
 Mitsubishi Galant Eterna.
Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992

Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. 
Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill 
dan bodykit je.

Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986
Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sediki
t eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma. 

Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995
Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada
 Mitsubishi TownBox. 

Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999
Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, 
pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada 
Mitsubishi Lancer Evo X. Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya 
tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang 
menggunakan enjin Mivec.

Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007
Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang
 mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama,
 mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut. Takkan orang lain dah
 keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak 
macam Saga lama tu lagi kan?

Proton Preve 2012


Kia Forte 2008
Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak
 ke ape ke. Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada 
mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja.
 Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri 
yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.. :)
p/s: punya impian untuk create enjin kereta sendiri. (",)


sumber:amygyver

Banjir Lumpur Panas Di Jawa Timur.. News by www.zamstylo.tk


Banjir Lumpur Panas Sidoarjo atau lebih dikenali sebagai bencana Lumpur Lapindo,
adalah peristiwa menyemburnya lumpur panas di daerah di
Dusun Balongnongo Desa Renokenongo, Kecamatan Porong, Kabupaten Sidoarjo,
Jawa Timur.Semburan lumpur panas selama beberapa bulan ini 
menyebabkan tergenangnya kawasan penempatan, pertanian, 
dan perindustrian di kawasan sekitarnya, serta mempengaruhi aktiviti ekonomi di Jawa Timur.






Subahanallah semoga dijauhkan dari segala bencana di dunia dan di akhirat aminn...

Resort Mewah Atas Laut di Maldives | Holiday by www.zamstylo.tk




You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa 


Shangri-La’s Vilingili Resort & Spa - Destinasi 5 bintang yang terletak di atas laut yang jernih tidak jauh dari sebuah pulau yang cantik di Maldives.
You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa

You Want to Go to the Maldives Villingili Resort and Spa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...