fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

™

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Siapakah Bangsa Polip?

GAMBAR SEKADAR HIASAN: Apakah begini rupa Bangsa Polip?

Apakah Itu Bangsa Polip?
Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jika ya, Bangsa Polip juga adalah sedemikian. Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah.

Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam.




GAMBAR SEKADAR HIASAN: Atau apakah begini rupa Bangsa Polip?

Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.

Daripada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu daripadanya boleh datang terlebih dahulu atau kemudian. Maknanya tanda² kiamat ini tidaklah datang menuruti turutan.

Daripada Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; “Telah datang Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat.

Baginda berkata; “Apa yang sedang kamu bincangkan ini?”

Kami menjawab; “Kami tengah membincangkan hari kiamat.”

Baginda berkata; “Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda.”
1. Datang asap yang membuatkan kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
- Riwayat Muslim-

Kita fokuskan sahaja salah satu daripada tanda² kiamat itu seperti yang di bawah ini:

KELUARNYA BINATANG MELATA DARI BUMI
“Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.”
-Al Naml;82-

Daripada Abdullah bin Amr,bahawa Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul.”

Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.

Al Suddi berkata; “Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah. Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka. Ata’ Al Khurasaniy berkata; “Binatang itu akan mengatakan pada manusia dengan kata2; “Sesungguhnya manusia tidak percaya bahawa kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat.”

Al-Qurthubi berkata; “Binatang itu akan berkata, “Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.”

Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta.

Ibnu Juraij berkata; “Binatang itu kepalanya seperti lembu, matanya seperti khinzir, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, leher seperti burung unta, dadanya seperti dada singa, warna seperti harimau, rusuknya seperti kucing, ekor seperti kibas dan tinggi seperti unta.”

Apapun, cerita² itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata yang seperti itu.

Membaca perkara ini membuatkan saya teringat akan satu kajian daripada penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai ‘Penghuni Bumi Sebelum Manusia’. Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di muka bumi ini sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat manakah kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..

Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri² binatang yang keluar itu nanti tahu berkata² dengan manusia. Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).

Maka apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?

Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk² yang kita bincangkan ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Apatah lagi hadis di atas menyebutkan bahawa makhluk yang mampu berkata² dengan manusia itu kelak adalah binatang. Maka amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini sepertimana yang sedang kita bincangkan. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.

Tambahan
~ Jika di barat, manusia bersayap kini lebih dianggap sebagai malaikat.
~ Apakah juga makhluk Al-Hin itu sebenarnya adalah Bangsa Polip ataupun Bangsa Poppy, cuma tinggal hanya diberikan gelaran yang berbeza-beza?

WALLAHUALAM~

credit : mrkodet

Bersih 2.0.1 (Gambar + Video Uptodate)

Abes EKONOMi KL terjejas akibat keKOTORAN dek kerana BERSIH!
cuci dan bersihkan diri anda dahulu sebelum membuat sebarang penyataan ataopon perhimpunan sebelum membelek gegambar di bawah.. ada org lain pemikiran dan lain statement kerana manusia ini saling berbeza beza lihatlah selepas Malaysia MERDEKA! 50th yg lebih ini hasilnya akibat 1warnakuning 1bersih 1kekotoran... siapa yg patot dipersalahkan? ak tak menyokong mana2 pihak.. jika benar BERSIH mmg bersih sila tunjukkan? jika benar KERAJAAN salah sila perbetulkan? yg penting semua kaum bersatu padu bukan memecahbelahkan antara satu sama lain.. apa yg kita dpt dpd perpecahan adalah kerugian..


















Klik gambar tuk besarkan... Malaysia especially Kuala Lumpur Kotor akibat BERSIH!

Bersih 2.0.1

Antara Jalan yg ditutup untuk memberi laluan kepada perhimpunan yg tak berapa nak halal oleh AMBIGA serta Melayuno.. say BERSIHkan diri anda dulu sebelum anda BERSIHkan org lain..


- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara 


- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara


- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan berdekatan.






pmo.gov.my kena Hack?

Apelah dorang nih? keja2 ak kt SMPKE Jab.Perdana Menteri(JPM) belom settle lagi dah nak kena HACK pulak? sure kena postpone lagi nih?

Selepas beberapa siri serangan Hackers Malaysia yg mengelarkan diri mereka ANONYMOUS

dorang akan hack pd 4.7.11 nih bersamaan hari ISNIN
laman web yg bakal diserang bulan julai ini


akibat ketidakpuashatian diorang terhadap goverment kerana memBLOCK website yg membolehkan dorang DOWNLOAD! skali lagi melepaskan serangan dorang pada 4.7.2011 sasaran mereka selepas lawan web 1malaysia digodam adalah www.pmo.gov.my. a.k.a tempat kerja ak yg da nk dekat sebulan menginap kt sana ulang alik dpd upiz..spoill la dorg nih?


antara laman web gov. www.malaysia.gov.my juga pernah di hack.


Angkara siapakah ANONYMOUS ini?

siapa makan cabai a.k.a Cili dia terasa PEDAS!!!



Kaki Download Meh Tengok Sini?


Pihak SKMM telah menyenaraikan website2 yg membolehkan download tak kirala movie ka? mp3 ka? untuk tidak dapat diaksess tak lama lagi.. abeh caner nk donlod lg ni? bg yg suka direct download mcm ak ni berita ini agak mendukacitakan diri ini... (lap peloh tuk diri sendirik, tepuk tangan bagi pihak SKMM.. pasni nak sekat apa pulak? FACEBOOK? BLOGGER? thx skmm~ (muka AGRY BIRD!)

Barbican Tak HALAL?

Sesaper yg pernah minum air ni cuba angkat gelas cheeerrsss!! seb baik ak xpenah minum benda alah ni.. APPLETIZER pernah la minom? huhu! lepas satu, satu lagi benda tak halal di bangkitkan.. sebelum ni kes tak halal ni kt SECRET RECEPIE, IKEA MEATBALL, dan byk lg la yg terbaru air minuman yg banyak terdapat especially di kedai2 pak ARAB yg belambak2 lah kat malaysia nih? Meh tengok keratan kat HARIAN METRO tempoh hari...

Proton Inspira Polis

Selalu nampak kereta WAJA polis ja berkeliaran sekarang polis da maju junction kedepan menggunakan jenama buatan MALAYSIA sendiri iaitu proton inspira adik kepada Mitsubishi Lancer n EVOx..

PROTON telah mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak. Masa kereta peronda Polis ke tempat kejadian juga akan dikurangkan tidak melebihi 12 minit kata Ketua polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Kereta peronda Polis yang berada sekitar 1km pula akan dikejarkan ke tempat kejadian kurang daripada 4 minit selepas laporan diterima.




Majlis Penyerahan Kunci oleh wakil PROTON untuk PDRM..

Test Drive (kereta baru dapat kan beb! huhu..)

Tahniah PDRM merangkap POLIS Malaysia dpt inspira baru carabeb! hah!yg kat atas nih apa pulak? bapak polis punya kereta ka? Buapakk arr?? huhuuww...
inspira lau cuting cani pon ok dah!




Proton Saga FL 1.6






Haha memang bersaing dorang nih? arituh baru postkan tentang MYvi 1.5 kuar pulak sagaFL1.6 pesaingan sihat takpe jgn pesaingan tak sihat untuk pengedar dan pengeluar kereta di Malaysia Especially Proton n Perodua ANDA jangan pentingkan kuantiti, lebihkan kualiti lagi bagoz utk rakyat masyarakat dan negara.. lau kereta malaysia baguz komphem tembus laju automotif kita berbanding negara jiran sebelah.. kata 1malaysia kan? Make good, get gOod not gOdies gudies erkss^r@# APER NIH? korang layan jela..

Proton mula memasarkan model naiktarafnya untuk versi Proton Saga FL enjin 1,600 cc mulai hari ini. Model Saga generasi baru ini mula menjadi tarikan utama kalangan pembeli setelah versi lama 1,300cc dan versi FL nya berjaya menjadi model terlaris Proton setakat ini. Mungkin model 1,300 cc dikatakan kurang berkuasa untuk sesetengah pihak. Pastinya versi 1,600cc ini akan menggamit semula pandangan pihak berkenaan untuk mencuba generasi FL terbaru ini. Harga? Sudah semestinya akan dinaikkan. Namun pembeli FL lama mungkin mengeluh sekiranya harga untuk versi 1.6 ini tidaklah terlalu banyak bezanya dengan harga yang lama. Kenapa?

Kerana Proton Saga FL 1.6 ini didatangkan dalam warna putih, ia dijual pada harga RM46,549, hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3. Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.

Orang ramai kini berpeluang memiliki model terlaris Proton, Saga FL dengan kapasiti enjin 1.6 liter yang menjanjikan lebih kuasa dan kepuasan memandu.




carabeb!: korang mao? grab la satu? murah beb! bebaloi2... tak rugi jika membelinya dan melayari www.zamstylo.tk huhu!

Jawatan Kosong Kerja Kerajaan di Bekukan?


Pembekuan pengambilan/pengisian jawatan dan pemansuhan jawatan kosong di semua kementerian dan jabatan persekutuan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, badan berkanun persekutuan dan badan berkanun negeri.


Arahan ini dikeluarkan oleh JPA untuk maklumat lanjut tentang berita ini anda bolehla baca surat arahan yang telah dikeluar n dikuatkuasakan oleh JPA ini sendiri..

tekan imej untuk besarkan

tekanpetik : adohai baru nak apply dah jadi cenggini adakah org didalam ja boleh duduk dalam? orang di luar macam mana? tepuk tangan anda sendirik keluarkan bunyik..erksshg%$@..

Arab Saudi Bina Kingdom Tower Lawan Burj Dubai..

Antara Tanda2 Kiamat banyak menara tinggi didirikan..solat tiang agama pulak diruntuhkan  dah byk sgt tanda2 kiamat, kecil dah abis? besar incoming bersediakah kita sama2 lah renungkan wallahualam.. moga dijauhkan seksa api neraka amin~
 
Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi.
 
Arab Saudi mahu binabangunan tertinggi 1.6 km

Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di Arab Saudi.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.

Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

Fakta :

  1. Kos Pembinaan AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion).
  2. Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer.
  3. Mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.
  4. dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai.
  5. Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif.
  6. mempunyai 275 tingkat. 
  7. dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC).
  8. Syarikat Emaar memenangi Tender membina banggunan ini.
  9. Di beri nama Kingdom Tower.
  10. Akan di bina di Jeddah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...