fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

™

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Lebih 40 org jadi buta akibat Robohkan Masjid | News by www.zamstylo.tk

RePOST : Balasan Allah SWT menjadi Buta selepas merobohkan Masjid di India.




India, Masjid Babry - Sekitar 40 orang Hindu yang ikut dalam serangan keji ke masjid Babry untuk merobohkannya pada tarikh 6 Disember 1992 beberapa tahun lalu, menjadi buta setelah gagal disembuhkan oleh para doktor pakar mata di India. Wallahua’lam….

Hal ini diketahui melalui laporan yang disiarkan akhbar Anshary Express, yang terbit di India ketika itu yang menyebutkan bahawa propaganda orang Hindu untuk merobohkan masjid tersebut diikuti sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari serata pelosok India yang sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga mengatakan, 31 orang yang menjadi buta itu tinggal di sebuah bangunan di kota Maharinor. Sebelumnya mereka pernah berusaha menghancurkan masjid tua milik umat Islam itu namun tidak berhasil.

Sekarang (setelah penghancuran masjid tersebut), kelompok orang-orang ini menggantungkan hidup mereka kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu.

Di samping kelompok pertama ini, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi ‘Gazy Boor’ di Atar Pradesh yang juga kehilangan penglihatan mereka atau buta setelah ikut serta dalam tindakan pemusnahan tersebut.

Seperti yang dipetik akhbar tersebut, mereka menyesali tindakan bodoh mereka itu dengan menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan masjid Babry. Kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka, dakwa mereka lagi.

Salah seorang waris mereka mengatakan, anak lelakinya memang telah mendapat latihan khusus supaya dapat menyertai tindakan penghancuran masjid itu namun dia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah merekrut anak lelakinya itu.

Penduduk setempat dan juga kawasan sekitarnya berkeyakinan bahawa dengan tindakan mereka yang cuba memusnahkan masjid tersebut, mereka telah melakukan dosa besar. Kerana itulah sebagai balasannya mereka menjadi buta.

(Tekantype: Sekadar mengingati dan jadi pendoman kepada semua apa yg dikerjakan akan sentiasa mendapat balasannya cuma lambat atau cepat sahaja dengan itu berimanlah kamu kepadaNYA)

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan | Tazkirah by www.zamstylo.tk


Kesan ujikaji ke atas otak
Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.
Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.


Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia



Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak
Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.
Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Subahanallah..

Rumah Berbentuk Daun | Holiday by www.zamstylo.tk


Arquitetura: Rumah Berbentuk Daun yang Menawan 

Rumah berbentuk daun ini direka oleh Mareines + Patalano = Arquitetura. Diilhamkan oleh jurubina Brazil Indian. Sistem penyejuk rumah ini menggunakan aliran udara semulajadi yang menyelahkan lagi konsep alam semulajadi rumah ini...

Lihat Baca Artikel Lagi untuk Gambar lebih banyak lagi..

Jesus Meramalkan Kedatangan Nabi Muhammad saw dalam Injil Kuno | News by www.zamstylo.tk


Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut adanmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi. 

Anda Sokong PR ke BN? | PRU13 by www.zamstylo.tk


 Anda ada Twitter? cuba tengok anda sokong siapa? sama ada BN ataupun PR? ataupun zamstylo ;p?

Sejarah Nama-nama Syarikat Teknologi Di Dunia


Tahukah anda sejarah dengan nama2 syarikat yang pernah anda kenali? ini jawapanya..


http://speakerpecah.blogspot.com

Filem Animasi SeeFood Keluaran Malaysia di Pawagam Seluruh Dunia.


FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90 negara.
Filem Animasi Seefood yang mengambil masa selama dua tahun empat bulan untuk disiapkan itu juga pernah dibawa ke Festival Filem Cannes, Perancis, melalui usaha persendirian.
Membabitkan 35 juru animasi, filem pertama terbitan Silver Ant Sdn Bhd itu berjaya memikat ramai pembeli di pasaran filem antarabangsa berkenaan.
Pengarahnya, Goh Aun Hee, berkata pada mulanya beliau menjangkakan hanya empat atau lima negara akan menunjukkan minat terhadap filem terbabit. Bagaimanapun amat mengejutkan apabila kehadiran filem animasi Seefood mendapat sambutan begitu baik sekali.
Filem Animasi SeeFood

Google Chrome Berjaya Digodam


Pada pertandingan Pwn2own di Kanada, sebuah kumpulan penggodam dari Perancis berjaya melangkau ciri-ciri keselamatan Google untuk mengambil kawalan PC Windows dalam masa kurang dari lima minit.

Tahun lalu apabila Chrome berdiri teguh tanpa berjaya diceroboh pada akhir pertandingan. Tahun ini ia telah dirobek oleh Vupen, sebuah firma Perancis yang kontroversi di kalangan keselamatan untuk menjual kelemahan perisian ia menjumpai ke agensi perisik kerajaan.

"Kami mahu menunjukkan bahawa Chrome adalah tidak kebal, tahun lepas, kita lihat banyak tajuk berita bahawa tiada siapa boleh hack Chrome. Kami mahu memastikan ia adalah yang pertama jatuh pada tahun ini." ketua firma penyelidikan Chaouki Bekrar kepada ZDNet.

Banjir 7 Mac 2012 KL Selangor | News by www.zamstylo.tk

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan juga Selangor dinaiki air sehingga banjir disebabkan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang tadi. (7 Mac 2011) Berikut adalah beberapa keping gambar di kawasan yang terlibat dengan banjir.

LOWYAT tempat pebret pon banjir beb! 
Klik Baca Lagi untuk Lihat Gambar2 banjir dengan lebih banyak lagi..

Persamaan Ghost Rider 2012 dengan citer CRANK?




Ada seSiapa tak yang pernah tengok citer CRANK High Voltage? Kalau pernah? anda tengok tak citer Ghost Rider 2012 yang terbaru ini? memang dia punya shoot video semua sebijik coz kenapa? director dalam filem CRANK ada dalam filem Ghost Rider terbaru ni la.. patot pon sama ja sepesen dia shoot video yang agak kelam kabut kenkadang memeningkan kepala.. haha.. tapi apapon jalan cerita GR(GhostRider) terbaru ni memang best cuma teknikal dan silap pilih pengaraah je yang buatkan filem ni agak kaku sedikit macam shortfilm yg pakai camera DSLR lak ak tgk hoho..

Penciptalaku GR yg terbaru ni yg membuatkan sama cam citer CRANK ni adalah penglipurlara yg bernama
NEVELDINE & TAYLOR mereka ni la yg menyebabkan skuel terbaru ni agak tak teruja sangat daripada sebelum ni tapi jalan cerita best!



Tekantype : Harap ada pengarah lain macam STEVEN SPIELBERG yg boleh menghidupkan watak GR ni dengan lebih berkesan.. nak tengok api kaler biru pulak lepas nih.. Bila nak ader moto Berapiii nih? VrooomM!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...