Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk
Baru baru ini dapat info yang calvary convention center (CCC) gereja terbesar di asia yang terletak di Bukit Jalil berdekatan dengan Stadium Bkt,Jalil (anda boleh lihat pembinaanya jika melalui highway MEX, adakah ia benar gereja? kalau benar siapa berani tampil dan lantang untuk menyuarakan apa motif sebenarnya CCC ini pada bangsa Malaysia?
Jambatan Hohenzollerbruecke di Jerman merupakan sebuah jambatan
yang unik dimana terdapat ribuan kunci mangga pada pagar jaring yang
melambangkan sebuah percintaan. Difahamkan mereka yang meletakkan kunci
tersebut akan mengukir nama masing-masing terlebih dahulu sebelum
mengunci mangga pada pagar jaring jambatan sehinggakan terdapat ribuan
mangga disepanjang pagar jambatan ini menjadikannya sebagai sebuah
jambatan yang istimewa.
Tekantype: Kunci sebenar cinta terletak pada hati bukan pada mangga kunci huhuw~ sumber: klikaje
Beberapa bulan
lepas Nokia telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan smartphone yang
berasaskan Windows Phone. Namun sehingga hari ini, Nokia masih lagi
merahsiakan secara terperinci mengenai smartphone yang dimaksudkan.
Windows Phone pertama dari Nokia merupakan smartphone yang mendapat
perhatian dunia dan beberapa khabar angin mengenainya telah bertiup
kencang dari awal pengumumannya. Baru-baru ini, beberapa laman
antarabangsa berjaya mendedahkan spesifikasi tiga smartphone Nokia ini -
Nokia Searay, Sabre dan Ace sebelum persidangan Nokia World pada 26 dan
27 Oktober ini.
Nokia “Sea Ray”
Clear Black Display CBD
8MP AF CarlZeiss
3.7″ skrin AMOLED
16GB memori dalaman
1.4GHz prosessor
Sistem Operasi WP7.5 Mango
bateri 1540mAh
Nokia “Sabre”
Clear Black Display CBD
3.7″ skrin LCD
8GB memori dalaman
5mp AF kamera
1.4GHz prosessor
Sistem Operasi WP7.5 Mango
Nokia “Ace”
4.3″ Skrin AMOLED
1800mAh bateri
8mp AF carl zeiss
Sistem Operasi WP7.5 Mango
HSPA
Skrin CBD
1.4 GHz prosessor
16GB memori dalaman
Namun ini bukanlah spesifikasi rasmi dari Nokia dan arenafon masih lagi berusaha memberikan maklumat berguna untuk anda mengenai Windows Phone 7.5 pertama dari Nokia.
Khalifah Saidina Umar al-Khattab
yang mempunyai kerajaan Islam yang tersebar sehingga ke utara, selatan,
timur dan barat bumi, hanya mempunyai rumah yang usang beratapkan
pelepah kurma dan lantainya dihias dengan tikar usang. Kezuhudan
Khalifah Umar ini telah membuatkan bukan sahaja pegawai utusan kerajaan
Rom, malah panglima tentera dan Raja Rom yang ditawan juga terkesima
dengan keadaan orang yang bekerja di jalan Allah itu. Kita bagaimana?
Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.
Wajar untuk dikongsi bersama kerana
ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip
melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai
Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.
Kos pembinaan Istana Negara yang baru di
Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda
dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah
peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong
Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta
pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.
Kontrak pembinaan Istana Negara yang
baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan
langsung, dan bukan melalui tender terbuka.
Ini kerana Istana Negara adalah “unik” dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
tekantype : bersederhanalah kamu dalam apa jua pekara.
Berhadapan dengan MUSUH? tidak ramai dan tak nampak lagi DAH pemimpin macam ni.. Ak pelik ramai yg melantang suara menyuruh beliau mengundurkan diri daripada menjadi PM suatu ketika dahulu tapi beliau PM yg paling ak "rescpect" selepas Tuanku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn. Mahathir berani dan lantang mengatakan apa yg RAKYAT M'sia tidak suka dan suka pada dunia.. Pemimpin sekarang tiada seberani beliau, beliau juga banyak memberi jasa pada M'sia dgn pesat membuat pembangunan selaras dengan ekonomi dunia dan tidak bergantung pada mana2 negara seperti ingin meminjam tabung @ dana IMF, siapa kt sini boleh bgtau masa pemimpin mana satukah KLCC,F1 SEPANG CIRCUIT, PUTRAJAYA, Pengangkutan AWAM darat LRT,PUTRA udara MAS,AIR ASIA dan byk lagi teknologi M'sia berkembang pesat dan zaman pemimpin yg tidak byk isu perkauman timbul? pada zaman mahathir lah? beliau lantang menyuarakan jika ada yg ingin merosakkan dan mengancam negara dan agama beliau sendiri. Mari tengok video di atas bukan kali pertama beliau lantang sebegini namun sejak daripada pimpinan beliau lagi. Tak mcm politik sekarang cuma menaikkan "KRONI sendirik dan tekak Mereka sendiri sahaja akibatnya RAKYAT mereka sendiri tersepit akibat pemimpin yg berpolitik demi kepentingan diri sendiri bukan kepentingan rakyat AKU BANGKANG Pemimpin yg mcm tu.. (sekarang pon dah ramai pemimpin yg tak adil, adakah tanda2 kiamat? renung2kan lah?)
tekantype: Ak tak menyokong mana2 pihak, cuma menyokong pemimpin yg berwibawa dan tidak mengadai maruah bangsa agama dan negara. (mahukan pemimpin yg berani berhadapan dan lantang bersuara dengan MUSUH jika negara dan agamanya sendiri terancam barulah seseorang itu dipanggil pemimpin.
dah nama bir? konfhem haram,, bir tak pernah terlintas di benak pikiranku pown walao pon penah bekerja sebagai bar tender nak mencuba setitik air pon takde niat nak rasa apetah lagi bila nk test minom.. P>M pon da cuba produk dpd iran ni, lepas satu 1 isu timbul 1m'sia kn?
Pada awal kemunculannya di pasaran negara ini, pengeluar mendakwa yg tiada kandungan alkohol dalam minuman ini.... Nah! sekarang terbukti dengan pendedahan Jabatan Agama Johor (JAJ) bahawa minuman ini mengandungi alkohol.... Sila rujuk laporan Harian Metro di bawah:
‘Bir halal’ jadi haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat. Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Jom bace ni pulak:
-ARAK HALAL-
Iran mula menawarkan ‘arak halal’ ke Malaysia dengan jenama Istak..
Betapa rakyat Malaysia cuba diperbodohkan dengan isu ALKOHOL VS ARAK yang jelas HARAMnya. Di dalam Al-Quran dan Hadis, yang di HARAMkan ialah Al-Khamar BUKAN Alkohol. Umat Islam di Malaysia MESTI memiliki ILMU PENGETAHUAN YANG BETUL tentang isu ini.
1. Alkohol merupakan komposisi banyak perkara diantaranya: Tapai Ubi, Tapai Pulut, Air Nira Kelapa (di Kelantan/Terengganu disebut air Tuak)
2. Allah mengharamkan tiap yang memabukkan BUKAN ALKOHOL sahaja.
3. Alkohol BUKAN pemangkin kepada sesuatu bahan untuk menjadikannya 'sesuatu yang memabukkan' tetapi yang menyebabkan sesuatu itu memabukkan ialah proses penapaian itu sendiri.
4. BEER dan jenis arak lain bukan dicampur dengan alkohol tetapi alkohol terhasil akibat dari proses penapaian.
5. Kandungan Tapai Ubi, Tapai Pulut dan Air Nira Kelapa (Air Tuak) LEBIH TINGGI DARI ARAK YANG MEMABUKKAN. BEER CUMA 10% ALCOHOL TAPI TAPAI MEMPUNYAI 15% ALKOHOL MINUM BEER = MABUK TAPI MAKAN TAPAI TAK MABUK Isu ini sengaja disensasikan pihak tertentu KERANA yang mengeluarkan BIR HALAL ialah dari Iran sedangkan air minuman tersebut hanyalah seperti air tuak kita yang HALAL diminum. Tambah lagi kandungan alkohol yang dikatakan lebih itu ialah 0.4% sahaja!!
"يأيها الذين ءامنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون. إنما يريد الشيطان أن يوقع بينكم العداوة والبغضاء في الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله وعن الصلاة فهل أنتم منتهون. وأطيعوا الله وأطيعوا السول واحذروا فإن توليتم فاعلموا أنما على رسولنا البلاغ المبين. ليس على الذين ءامنوا وعملوا الصالحات جناح فيما طعموا إذا ما اتقوا وءامنوا وعملوا الصالحات ثم اتقوا وءامنوا ثم اتقوا وأحسنوا والله يحب المحسنين"
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, sembelihan untuk berhala dan undi-undi nasib adalah kekotoran dari pekerjaan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi itu semua, supaya kamu beroleh kejayaan. Tidak lain, keinginan syaitan itu hanyalah hendak menimbulkan di antara kamu permusuhan dan berbenci-bencian kerana arak dan judi itu, dan hendak memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Tidakkah kamu mahu berhenti?? Dan taatlah kepada Allah dan Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah kewajipan bagi Rasul hanyalah menyampaikan dengan nyata. Tidaklah salah bagi orang yang beriman dan beramal soleh pada apa yang mereka makan, asalkan mereka bertakwa dan beriman serta beramal soleh. Kemudian, mereka pun bertakwa dan beriman. Kemudian, mereka bertakwa dan memperbaiki diri. Dan Allah suka kepada orang yang berbuat kebaikan.
tekanrenung : jika anda berasa WAS2 terhadap sesuatu benda jgn teruskan,kelak mudarat yg akan dapat..
tak habis kecoh lagi n bikin kontroversi nih pon nk jd isu ka? ak tak menyokong mana2 pihak,lu orang baca artikel dibawah ini dpd cik.poziah and tonton cerita nasik lemak 2.0 dulu then tengok video balasan dpd namwee.. korang pikir balik bagi konklusi dan bagi jawapan mana satu korang pilih?
artikel cik.poziah UTUSAN!
Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...
Oleh Fauziah Arof
MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi
Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’
yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya
untuk menonton filem tersebut.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini,
walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi
seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi
melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si
pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia
sebelum ini.
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor
ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina
wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi
dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu
dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru
Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem
lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan
dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini
sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita
menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan
memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di
YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa,
kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang
berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu
berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk
menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya,
lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu
dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak
2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang
menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan
filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah
menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di
negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama
lain dalam sebuah kampung.
Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!
tekantype : sebenarnya apa motif cik.poziah bagkitkan artikel ni? (mebi cari pasal dgn namewee agaknya?) yg si namawee ni pulak bikin kontroversi mengeFK UTUSAN? agak2 saper salah? apa pandangan anda? komen anda diperlukan...
p/s peribahasan : jgn diungkit pekara yg lalu jika seseorang dah berubah, dan jgn disangka air yg tenang tak ada buaya.
1) Untuk start, download file Update.zip yang aku bagi tu & copy masuk file tu ke dalam SD card korang.
2) Offkan handphone
3) Boot dalam recovery mode (Tekan button tengah & button on serentak sampai handphone korang ON)
4) Bila dah ada dalam recovery mode, select "Update from SD card" & pilih file Update.zip tadi.
5) Tunggu file tersebut habis running.
6) Bila dah siap, "Reboot system".
Then bolehla install application yg ada dalam android market
Ramai sekarang nakkan produk daripada Samsung antara kegemaran ramai ialah Samsung Galaxy SII tapi konfhhem sesiapa yang dapat terliuuqq dengan Samsung Galaxy Skin. ni (mebi ak akan memakainya bila da kuar nanti) SAMSUNG ANDROID anda memang terbaekk!
www.zamsylo.tk
Galaxy Skin adalah satu telefon konsep yang sungguh
fleksibel sehinggakan skrinnya boleh dilipat dan digulung. Percayalah
ia memang telefon konsep yang sungguh tinggi teknologinya.
Telefon ini bukan saja boleh digulung malah dikatakan ia juga
tahan dari hentakan kuat sekuat hentakan penukul besi. Saper yang nak
menukul telefon mereka? Anda nak cuba?
Dan teknologi yang digunakan bagi rekaan phone ini adalah dari bahan graphene. Korang google lah graphene tu apa ya, sebab aku pun tak tahu apa bendalah ni.
www.zamsylo.tk
Mengikut laporan awal spesifikasi telefon
ini adalah seperti skrin fleksibel AMOLED resolusi tinggi 800 x 400 ,
kamera 8 megapixel, 1 GB RAM dan 1.2 GHz processor. Mungkin ada lain
lagi ni.
www.zamsylo.tk
GPS boley jadi
apetah lagi jam loncheng kejuitkan anda bagun pagi
jadi jam tangan pon boley
agak2 lau malaz nk bwa projector ni mini den bwak..
telipat tepenyek dalam suar pon xdehal beb!
muzik
variasi hitam dan putih
transparent lau mau di JUMPER!
Mengikut perancangan Galaxy Skin boleh didapati pada suku kedua tahun 2012. www.zamsylo.tk www.zamsylo.tk salah satu sebab kenapa ak sukakan handphone sebigini adalah TAHAN!! lama..beb!! www.zamsylo.tk
Memang ramai dah nak cari rumah atas tanah (teres) semua harganya ibarat tak mampu memilik tapi menang memakai.. Bagaimana anda nak bagi ruang yg nampak lebih selesa jika tetamu datang ka sesiapa datang ka dirumah sesuai di rumah jenis APARTMENT.. sesuai juga jika anda mahukan ruang di dalam nampak luas dan kemas.. bila nak ada umah stailo macam ni..