fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Adnan Sempit 2

1st cite melayu ak tengok kat wayang sebelum cite HKLBR(hantu kak limah balik rumah) menyusul satu persatu citer melayu naik balik di pawagam sekarang KONGSI lak pecah panngung satu hari satu juta kutipan aku belum tengok lagi tapi ramai yang memberikan komen cite indah trailer daripada jln cerita, itu kata orang kata ak belum lagi coz ak blom tengok huhu.. nih nak citer pasal ADNAN SEMP-IT 2..

 
Dimana ada kemahuan disitu ada highway~ cecite? cecite? lu langsi lu mati...


“Adnan Sempit” kini kembali dengan “Adnan Sempit 2”. Selepas meraih kejayaan yang  luar biasa melalui filem “Adnan Sempit”, Pihak Metrowealth (MIG) yakin dengan kemunculan sekuel “Adnan Sempit 2”. Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan dibantu oleh Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dan pastinya filem Adnan Sempit 2 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik.
Walaupun masih mengekalkan barisan para pelakon yang sama, tetapi untuk  filem “Adnan Sempit 2”, pengarahnya bukan lagi Ahmad Idham tetapi filem sekuel ini akan diarahkan oleh pengarah filem “Ngangkung” iaitu Ismail Bob Hasim.
Filem bergenre aksi komedi ini sudah pun memulakan penggambaran pada awal bulan Mei 2011. Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi bagi filem “Adnan Sempit 2”.
Secara ringkasnya “Adnan sempit 2” merupakan kesinambungan filem “Adnan Sempit”. Ia mengisahkan tentang Adnan (Shaheizy Sam) cuba mengambil hati ayah dan ibu Nadia. Setelah bejaya memiliki hati Nadia, kini Adnan (Shaheizy Sam) masih belum berjaya memiliki hati ayah Nadia (Intan Ladyana) iaitu Datuk Isnin  (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih tidak direstui.
Adnan berhadapan dengan ujian lebih besar di mana Datuk Isnin meletakkan syarat kepada Adnan supaya Adnan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris  dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang korporat dalam masa 30 hari. Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Raja Lawak) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah  imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Adakah Adnan mampu menyahut cabaran yang diberikan oleh Datuk Isnin? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.Nantikan Kemunculannya di pawagam.best tak best kita tunggu dan lihat..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...