Selepas satu2 negara islam dilunyai oleh barat plus yahudi kini negara LIBYA menjadi mangsa dek kerakusan manusia yg tak berperikemanusiaan ini? who Next?
Biasa kita tengok kat berita2 kekejaman beliau tapi kebaikan beliau ada orang nampak tak?
Skrg nie semua kecoh pasal kematian Gaddafi..kesian betul la dia kena
belasah dgn pemberontak kat sana..kejam betul la..tp yg pasti,masa tue
AS,Israel tepuk tangan la..ok la,biasa kita dgr kekejaman dia nie kat
rakyat dia..buat itu la..buat ini la..org dh mati nie kita jgn la cerita
keburukan dia kan..apa kata kita tengok apa kebaikan dia yang dah buat
kepada rakyat Libya..
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak
petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak
payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab
Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada
hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
4.
Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi
tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun
meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya
masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percuma;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13.
satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan
kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada
sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh
Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya
Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat
tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat
dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi
adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam
tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi
boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan
Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan
emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah
tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang
mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan
atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah
tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya
memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan
senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan
mereka sendiri!
Kelantangan Suara Gaddafi
Kedudukan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya semakin tergugat. Masyarakat dunia mula mendesak beliau
meletak jawatan. Dunia Islam turut mendesak beliau. Tetapi sebenarnya,
jikalau beliau meletak jawatan, Dunia Arab bakal kehilangan satu suara
yang lantang mengkritik dunia Barat.
Muammar Gaddafi telah
merampas kuasa pada 1969 dan menjadi pemimpin yang lantang mengkritik
Israel dan Barat. Beliau juga berani melancarkan beberapa siri
peperangan dengan negara2 serantau. Hasil daripada itu, AS mencatatkan
Libya sebagai negara pengganas. Tidak cukup dengan itu, tentera udara
AS mengebom Tripoli. Tidak seperti pemimpin negara yang lain, beliau
masih mengekalkan kuasanya walaupun negaranya musnah akibat serangan
AS.
|
Gaddafi mengoyakkan kertas PBB |
Baru-baru
ini, atas inginkan keadilan, beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB
dan mengkritik kuasa2 besar dunia atas kegagalan mereka menegakkan
keadilan. Malah, beliau juga mengoyakkan buku utama PBB lalu baling ke
arah belakang iaitu ke arah pemimpin kuasa2 besar dunia.
Keadaan
ini mencetuskan ketidak-puasan hati pelbagai pihak. Namun begitu, ada
juga pemimpin yang menyokong tindakan Gaddafi itu.
Sebelum ini, beliau juga pernah melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat agung Liga Arab. Beliau mengkritik para pemimpin Arab mengenai isu di Palestin.
|
Tindakan Gaddafi membaling buku utama PBB. | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|
Sepanjang beliau memerintah, setiap kali
beliau mengunjungi luar negara, beliau akan menginap di dalam khemah
beliau sendiri dan bukannya hotel 5 bintang. Itulah ciri beliau yang
unik. Malah, beliau sering memakai pakaian tradisional dan bukannya
pakaian formal.
|
Khemah Gaddafi. |
Apa yang berlaku di Libya yang melibatkan Gaddafi mungkin benar dan
mungkin tidak. Sumber2 berita yang kita dengar mengenai krisis di Libya
ini berasal daripada media yang bersekutu rapat dengan Israel.
Sebahagian besar rakyat Libya masih menyokong beliau kerana suara
lantang pemimpin Libya itu mampu membawa perubahan dalam Liga Arab
mahupun Dunia Islam. Saya berharap agar keadaan di Libya stabil dan
keamanan akan wujud.
credit : sembangkosong