 |
| les copaque.. |
|
|
|
|
|
SHAH ALAM: Berniat tidak mahu cerita penglipurlara
pupus begitu sahaja, Les’ Copaque Production (LCP) mengambil inisiatif
menghasilkan kartun animasi
Pada Zaman Dahulu untuk siaran TV Al-Hijrah.
Pada Zaman Dahulu merupakan animasi kedua selepas
Upin & Ipin yang dipopularkan oleh LCP.
Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi,
Pada Zaman Dahulu berlainan sama sekali berbanding
Upin & Ipin. Jadi, pastinya tidak adil untuk membanding-bandingkan antara dua animasi tersebut.
Pada Zaman Dahulu menceritakan tentang seorang datuk menceritakan tentang cerita penglipurlara kepada dua orang cucunya yang tinggal di bandar.
“Saya dapati ramai anak-anak sekarang tidak suka membaca cerita
penglipurlara, jadi sebab itu saya menghasilkan Pada Zaman Dahulu.
Misalnya, kita selitkan cerita kancil dan buaya.
“Selain itu, terdapat 10 orang pekerja animasi 2D tidak mempunyai
projek sejak enam bulan lalu. Dengan terhasilnya animasi terbaru ini,
pastinya memberikan kerja kepada mereka,” katanya ketika sidang media di
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.
Bagaimanapun, dia tidak menjangkakan animasi terbaru ini akan menjadi sebesar
Upin & Ipin.
Namun begitu, dia juga berharap animasi keluaran LCP boleh kekal lama
memandangkan Doraemon telah berjaya mendominasi animasi dunia selama
40 tahun.
Setelah Upin & Ipin telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan
India, LCP sedang mengatur langkah untuk ke Korea atau Jepun pula.
sumber : fm