fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

™

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Bersih 2.0.1

Antara Jalan yg ditutup untuk memberi laluan kepada perhimpunan yg tak berapa nak halal oleh AMBIGA serta Melayuno.. say BERSIHkan diri anda dulu sebelum anda BERSIHkan org lain..


- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara 


- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara


- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan berdekatan.






pmo.gov.my kena Hack?

Apelah dorang nih? keja2 ak kt SMPKE Jab.Perdana Menteri(JPM) belom settle lagi dah nak kena HACK pulak? sure kena postpone lagi nih?

Selepas beberapa siri serangan Hackers Malaysia yg mengelarkan diri mereka ANONYMOUS

dorang akan hack pd 4.7.11 nih bersamaan hari ISNIN
laman web yg bakal diserang bulan julai ini


akibat ketidakpuashatian diorang terhadap goverment kerana memBLOCK website yg membolehkan dorang DOWNLOAD! skali lagi melepaskan serangan dorang pada 4.7.2011 sasaran mereka selepas lawan web 1malaysia digodam adalah www.pmo.gov.my. a.k.a tempat kerja ak yg da nk dekat sebulan menginap kt sana ulang alik dpd upiz..spoill la dorg nih?


antara laman web gov. www.malaysia.gov.my juga pernah di hack.


Angkara siapakah ANONYMOUS ini?

siapa makan cabai a.k.a Cili dia terasa PEDAS!!!



Kaki Download Meh Tengok Sini?


Pihak SKMM telah menyenaraikan website2 yg membolehkan download tak kirala movie ka? mp3 ka? untuk tidak dapat diaksess tak lama lagi.. abeh caner nk donlod lg ni? bg yg suka direct download mcm ak ni berita ini agak mendukacitakan diri ini... (lap peloh tuk diri sendirik, tepuk tangan bagi pihak SKMM.. pasni nak sekat apa pulak? FACEBOOK? BLOGGER? thx skmm~ (muka AGRY BIRD!)

Barbican Tak HALAL?

Sesaper yg pernah minum air ni cuba angkat gelas cheeerrsss!! seb baik ak xpenah minum benda alah ni.. APPLETIZER pernah la minom? huhu! lepas satu, satu lagi benda tak halal di bangkitkan.. sebelum ni kes tak halal ni kt SECRET RECEPIE, IKEA MEATBALL, dan byk lg la yg terbaru air minuman yg banyak terdapat especially di kedai2 pak ARAB yg belambak2 lah kat malaysia nih? Meh tengok keratan kat HARIAN METRO tempoh hari...

Proton Inspira Polis

Selalu nampak kereta WAJA polis ja berkeliaran sekarang polis da maju junction kedepan menggunakan jenama buatan MALAYSIA sendiri iaitu proton inspira adik kepada Mitsubishi Lancer n EVOx..

PROTON telah mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak. Masa kereta peronda Polis ke tempat kejadian juga akan dikurangkan tidak melebihi 12 minit kata Ketua polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Kereta peronda Polis yang berada sekitar 1km pula akan dikejarkan ke tempat kejadian kurang daripada 4 minit selepas laporan diterima.




Majlis Penyerahan Kunci oleh wakil PROTON untuk PDRM..

Test Drive (kereta baru dapat kan beb! huhu..)

Tahniah PDRM merangkap POLIS Malaysia dpt inspira baru carabeb! hah!yg kat atas nih apa pulak? bapak polis punya kereta ka? Buapakk arr?? huhuuww...
inspira lau cuting cani pon ok dah!




Proton Saga FL 1.6






Haha memang bersaing dorang nih? arituh baru postkan tentang MYvi 1.5 kuar pulak sagaFL1.6 pesaingan sihat takpe jgn pesaingan tak sihat untuk pengedar dan pengeluar kereta di Malaysia Especially Proton n Perodua ANDA jangan pentingkan kuantiti, lebihkan kualiti lagi bagoz utk rakyat masyarakat dan negara.. lau kereta malaysia baguz komphem tembus laju automotif kita berbanding negara jiran sebelah.. kata 1malaysia kan? Make good, get gOod not gOdies gudies erkss^r@# APER NIH? korang layan jela..

Proton mula memasarkan model naiktarafnya untuk versi Proton Saga FL enjin 1,600 cc mulai hari ini. Model Saga generasi baru ini mula menjadi tarikan utama kalangan pembeli setelah versi lama 1,300cc dan versi FL nya berjaya menjadi model terlaris Proton setakat ini. Mungkin model 1,300 cc dikatakan kurang berkuasa untuk sesetengah pihak. Pastinya versi 1,600cc ini akan menggamit semula pandangan pihak berkenaan untuk mencuba generasi FL terbaru ini. Harga? Sudah semestinya akan dinaikkan. Namun pembeli FL lama mungkin mengeluh sekiranya harga untuk versi 1.6 ini tidaklah terlalu banyak bezanya dengan harga yang lama. Kenapa?

Kerana Proton Saga FL 1.6 ini didatangkan dalam warna putih, ia dijual pada harga RM46,549, hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3. Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.

Orang ramai kini berpeluang memiliki model terlaris Proton, Saga FL dengan kapasiti enjin 1.6 liter yang menjanjikan lebih kuasa dan kepuasan memandu.




carabeb!: korang mao? grab la satu? murah beb! bebaloi2... tak rugi jika membelinya dan melayari www.zamstylo.tk huhu!

Jawatan Kosong Kerja Kerajaan di Bekukan?


Pembekuan pengambilan/pengisian jawatan dan pemansuhan jawatan kosong di semua kementerian dan jabatan persekutuan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, badan berkanun persekutuan dan badan berkanun negeri.


Arahan ini dikeluarkan oleh JPA untuk maklumat lanjut tentang berita ini anda bolehla baca surat arahan yang telah dikeluar n dikuatkuasakan oleh JPA ini sendiri..

tekan imej untuk besarkan

tekanpetik : adohai baru nak apply dah jadi cenggini adakah org didalam ja boleh duduk dalam? orang di luar macam mana? tepuk tangan anda sendirik keluarkan bunyik..erksshg%$@..

Arab Saudi Bina Kingdom Tower Lawan Burj Dubai..

Antara Tanda2 Kiamat banyak menara tinggi didirikan..solat tiang agama pulak diruntuhkan  dah byk sgt tanda2 kiamat, kecil dah abis? besar incoming bersediakah kita sama2 lah renungkan wallahualam.. moga dijauhkan seksa api neraka amin~
 
Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi.
 
Arab Saudi mahu binabangunan tertinggi 1.6 km

Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di Arab Saudi.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.

Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

Fakta :

  1. Kos Pembinaan AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion).
  2. Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer.
  3. Mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.
  4. dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai.
  5. Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif.
  6. mempunyai 275 tingkat. 
  7. dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC).
  8. Syarikat Emaar memenangi Tender membina banggunan ini.
  9. Di beri nama Kingdom Tower.
  10. Akan di bina di Jeddah. 

Adnan Sempit 2

1st cite melayu ak tengok kat wayang sebelum cite HKLBR(hantu kak limah balik rumah) menyusul satu persatu citer melayu naik balik di pawagam sekarang KONGSI lak pecah panngung satu hari satu juta kutipan aku belum tengok lagi tapi ramai yang memberikan komen cite indah trailer daripada jln cerita, itu kata orang kata ak belum lagi coz ak blom tengok huhu.. nih nak citer pasal ADNAN SEMP-IT 2..

 
Dimana ada kemahuan disitu ada highway~ cecite? cecite? lu langsi lu mati...

Pada Zaman Dahulu

les copaque..

















SHAH ALAM: Berniat tidak mahu cerita penglipurlara pupus begitu sahaja, Les’ Copaque Production (LCP) mengambil inisiatif menghasilkan kartun animasi Pada Zaman Dahulu untuk siaran TV Al-Hijrah.
Pada Zaman Dahulu merupakan animasi kedua selepas Upin & Ipin yang dipopularkan oleh LCP.
Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi, Pada Zaman Dahulu berlainan sama sekali berbanding Upin & Ipin. Jadi, pastinya tidak adil untuk membanding-bandingkan antara dua animasi tersebut.
Pada Zaman Dahulu menceritakan tentang seorang datuk menceritakan tentang cerita penglipurlara kepada dua orang cucunya yang tinggal di bandar.
“Saya dapati ramai anak-anak sekarang tidak suka membaca cerita penglipurlara, jadi sebab itu saya menghasilkan Pada Zaman Dahulu. Misalnya, kita selitkan cerita kancil dan buaya.
“Selain itu, terdapat 10 orang pekerja animasi 2D tidak mempunyai projek sejak enam bulan lalu. Dengan terhasilnya animasi terbaru ini, pastinya memberikan kerja kepada mereka,” katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.
Bagaimanapun, dia tidak menjangkakan animasi terbaru ini akan menjadi sebesar Upin & Ipin.
Namun begitu, dia juga berharap animasi keluaran LCP boleh kekal lama memandangkan Doraemon telah berjaya mendominasi animasi dunia selama 40 tahun.
Setelah Upin & Ipin telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan India, LCP sedang mengatur langkah untuk ke Korea atau Jepun pula.

sumber : fm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...