fb

Alamilah dua website(dibawah) yang berbeza ini powered by zamstylo
ZAMSTYLO // CARABEB!

™

/ohtengok/ ni live blogging aku!
Bagi memstikan website ini berjalan dengan lebih lancar anda mestilah menggunakan GOOGLE CHROME(BARU!!) mozilla firefox 4.0 browser dan internet explore9 dan resolution 1280x1024 pixels keatas screen monitor anda..
admin: zaMstylO™
Segala Kandungan dan Material di dalam blog ini adalah perkongsian dan mengamalkan sharing menyaring jika terdapat segala pertanyaan dan kemusykilan sila layari www.facebook.com/www.zamstylo.tk

Mat Sabu, Mat Indera, Mat Hassan, Mat Kilau Siapa pejuang sebenarnya?

Aduh agak letih dan lenguh la tgk dorang syik bergado dlm tv menunding jari salahkan dia ni salahkan dia tuh tp yg ak tau ak memang minat sejarah tp knapa sejarah sekarang tak sama dalam buku teks sejarah sekolah rendah menengah dulu lain sangat so meh ak merungkai fakta ka auta?

ENtri Kali ini adalah ... AKU MINAT SEJARAH (Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke54 Msia)

Siapa MAT SABU?
         MAT INDERA?
         MAT HASSAN
         MAT KILAU bkn M.DAUD KILAU (shenyumlah2 ahaiii cek mek molek)

korang dah tengok ceramah mat sabu yang dikontroversikan baru-baru ni? aku baru lepas tengok. agak tak berapa nak paham gak sebab audio yang kurang jelas ditambah dengan loghat kedah yang digunakan...

berikut merupakan potongan daripada ceramah beliau :


dan yang di bawah ni sebagai penerangan berkaitan video ni daripada sumber-sumber yang aku dah dapat...




Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!! 

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

"...Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indera, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong..."

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! - terima kasih kepada ekele.net

*******

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana. 

Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.

"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah? 

“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero. 

"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau. 

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. 

Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. 

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah. 

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau. 

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah. 

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British. 

"Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.
Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 

“Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi. 

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun. 

Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain. 

“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu. 

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British. 

"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. 

“Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.
Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. - Hrkh

*******

NOTA EDITOR: Di saat UMNO giat menuduh Abg Mat menyokong Komunis, Tulang Besi berhajat untuk mengingatkan kembali jalinan hubungan dua hala antara UMNO dan Parti Komunis China pada September 18 2009. 

Nampak gayanya, setelah Parti Komunis Malaya dibubarkan, tempat mereka telah diganti oleh UMNO kerana Parti Komunis Malaya mendapat bantuan mereka satu masa dahulu dari Parti Komunis China. 

Kesian UMNO, apa pun dia buat, mesti kena balik batang hidung mereka. Mereka cuba serang Abang Mat Sabu, skrg ni rakyat baru teringat bahawa pemimpin2 UMNO semuanya bekas pegawai British, mcmna nak jadi pejuang kemerdekaan. 

Dia bukak kita satu, kita bukak dia seribu. 

Alhamdulillah

Umno, China Communists to swap youth leaders (BERNAMA)
August 05, 2010 
A giant portrait of Mao Zedong, the CPC's first chairman, is seen in Beijing's Tiananmen Square September 18, 2009. - Reuters pic 
KUALA LUMPUR, Aug 5 - Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China. 
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power. 
Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC.
"On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed," Tengku Adnan said in a statement to Bernama. 
He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. - Bernama
*******
Oleh ARIS AWANG

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. 

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. 

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. 

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah) 

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong 

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera. 

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

*******

Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka. 

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!
  • Kisah Mat Sabu dan Mat Indera ni takkan jadi kontroversi kalau cerita sebenar tidak diputarbelitkan oleh sesetengah pihak. Dan semakin panas bila ada SESETENGAH penyokong kerajaan dan pembangkang yang membuat komen yang merapu di blog. Aku baca pun jadi pening. 
  • Bagi aku tidak perlu mengkritik perjuangan UMNO terdahulu, walaupun ada yang tak setuju dengan cara mereka tapi kita telah merdeka. Kan? Yang penting, betulkan beberapa fakta untuk mengiktiraf pejuang kebangsaan yang telah dipinggirkan selama ini. Lagi pun, Mat Indera sendiri diiktiraf oleh kerajaan Johor iaitu Yayasan Warisan Johor sebagai salah satu pejuang ternama di negeri itu.
  • Kisah Mat Indera ni menarik sebenarnya dan perlu dikaji bagi memberi kefahamamn kepada generasi kini tentang kisah pejuang zaman dahulu. Kalau bukan kerana kontroversi Mat Sabu, aku takkan kenal siapa Mat Indera ni.
  • Pasal komunis ni, ideologi komunis sudah jelas bertentangan dengan Islam. Menurut sesetengah pendapat, kita tak boleh sokong mereka walaupun mereka berjuang menentang penjajah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kan? Kalau aku salah sila betulkan.
  • Aku tak hidup dalam zaman ni, so tak boleh nak komen banyak-banyak.
  • Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ini, sila rujuk di baris ayat yang aku telah highlight kat atas tu. Sekian. 

so last conclusion daripada ak : lain orang lain pendapatnya dan mentality pon berbeza2 tidak ada seorang yg baik pon mengaku dia baik dan tak ada seorang jahat pon mengaku jahat.. dan cuba anda tekan test tengok anda pilihla yg mana satu pejuang Melayu Sebenar? MAT SABU, MAT INDERA, MAT HASSAN(Tok Janggot) MAT KILAU(tiada dlm huraian) M.DAUD Kilau(lagilah tiada) hehe..


Lajukan P1Wimax?





Serious saket hati bila p1wimax lombab gila babas cam kura2 yg nih bukannyer cerita cinta kura kura yg lembab bebeno nak menSURFing bukan jgk SMURF huhu.. aperkata ak bg ANGPOW! raya lagi dengan meLAJUkan P1wimax anda.. meh sini tgk macam maner.. tekan test tengok?

Antara screenshot yg ak dpt bwat selepas melajukan p1 wimax ini.. www.zamstylo.tk


cara melajukannya.. senang jer? tukar static or obtain ip kepada.. tengok bawah?www.zamstylo.tk

nampak tak belah kanan bawah sekali icon network logo sebelah timing tuh klik 2x kat gambo komputer tuh~ cenggini ghurpo ey>>   lepas tuh..
click properties then p kat internet protocol (TCP/IP) tekan 2x


masukkan "preferred and alternate DNS seperti gamba rajah diatas"

So perlagi da donload tak reti nak bagi muvee cket? kongsi ar bro? jgn senyap ja? bg credit kat www.zamstylo.tk


Selamat Hari Raya

Sempena bulan syawal bulan yg baik ni, ak tak dapat nk bg ANGPOW! (korg sumer dah besarkan ada yg da jadik bapak org dah pown) xdpt angpow aku sedekahkan game angry bird rio jadila untuk korang coz lau boley tabuq duit dlm tenet nih confirm ak bg kt org susah yg lebih memerlukan.. apapon layanz beb!

download angry bird rio untuk PC
Salam!!
Wooo. Sekarang ni demam Angry Birds ke apa haa? Semua asyik ber-Angry Bird je. Housemate aku, malam nak final pun layan Angry Birds. Nasib baik yang main tu pandai2. Kalau tak, lukis gambar Angry Bird je la dekat kertas jawapan. Hehehe. Kalau dekat MrPiratz tu, kena buat banyak benda. Yang aku nak share ni, sonang aje. Makcik2 dekat kampung pun boleh buat. xD
Langkah 1:
Download file ( 34.03 mb) dari akaun MediaFire aku. Klik icon Rio Dibawah untuk download.
AngryBirdsRio-MCE

Klik Gambar Di Atas untuk Download

Langkah 2:
Extract dan install Angry Bird RIO. Untuk install, double klik file “ Angry Birds Rio Installer v1.1.0”
angry bird rio installation
Install macam biasa sampai habis. Then proceed to step 3.
Langkah 3 :
Extract file “Crack” . Selepas itu, copy paste file “AngryBirdsRio,exe” ke dalam destination folder Angry Bird RIO. (tempat korang install Angry Bird RIO tadi) . Selalu nya ia akan diinstall di sini : C: Progam Files (x86)/Rovio/AngryBirdsRIO
Langkah 4 :
Launch Angry Bird RIO korang dan klik “Register”. Bila dia mintak registration key, masukkan saje apa2 number yang korang nak. Nak letak 1 je pun boleh.
Langkah 5 :
Mainlah Angry Bird RIO sampai lebam. Hahaha
angry-birds-rio-flying-yellow-bird

Kalau ada yang ada masalah nak install, tinggalkan komen kat bawah eh. Kalau yang berjaya install, tinggalkan jugak komen. Aku paksa!! Hahaha

p/s: Angry Bird RIO ni dah tak ada Babi Hijau  (baca :khinzir hijau) dah. Ada burung dan monyet je. Aku dah habis sampai level 3. Nak tunggu update Level 4 punya. Weehooo

sumber : morningclouds

Steve Jobs Letak Jawatan?


STEVE JOBS AMIK ALIH www.zamstylo.tk da?'


Setelah beberapa tahun denggan apple akhirnya Steve Jobs telah meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Apple Inc. Sekaligus mengakhiri penguasaannya selama 14 tahun keatas sebuah gergasi teknologi yang pada mulanya diasaskan oleh beliau bersama seorang rakan di sebuah garaj.

Dalam sepucuk surat kepada ahli lembaga pengarah syarikat itu, beliau menyebut sebab perletakkan jawatannya ada disebabkan oleh kanser pancrease yang dialaminya.

"Saya selalu berkata jika suatu hari nanti apabila saya tidak lagi dapat memenuhi tugas-tugas saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple, saya akan menjadi yang pertama untuk memberi tahu anda (untuk meletak jawatan). '




Beliau telah menamakan Ketua Pengawai Operasi Apple, Tim Cook sebagai penggantinya dan beliau berharap untuk melihat syarikatnya itu ditadbir dengan baik dan berkembang menjadi salah satu jenama yang paling berkuasa dan diiktiraf dunia.

Jobs akan kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah dan hanya melepaskan kerusinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Ura-ura perletakkan jawatannya bermula pada 5 Januari 2009,dimana Jobs memberitahu ahli lembaga pengarah Apple bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai CEO Apple sekiranya tidak mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Dan pada tahun yang sama juga beliau telah menjalani pembedahan pemindahan hati dan kemudiannya keadaan kesihatan beliau menjadi semakin buruk sehingga memaksa beliau melantik Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook untuk mengambil alih peranan beliau selaku CEO buat sementara waktu bermula awal tahun ini. www.zamstylo.tk



Tugas utama Cook adalah berkaitan dengan operasi jualan produk Apple di seluruh dunia termasuk pengurusan bekalan produk, aktiviti jualan serta perkhidmatan dan sokongan produk.

Beliau telah berkhidmat di syarikat itu sejak tahun 1998 dan baru-baru ini telah dianugerahkan bonus $ 5 juta serta 75.000 unit saham sebagai penghargaan diatas prestasi kerja yang sangat cemerlang.

Hasil dari usaha Cook, Apple secara rasminya diumumkan sebagai syarikat yang paling berharga di Amerika pada bulan ini dengan nilai $ 338billion, iaitu $ 1 bilion lebih tinggi daripada Exxon Mobil. - www.zamstylo.tk

Blackberry Playbook




Blackberry pulak kuarkan Tablet sama mcm ipad,galaxy n xoom selaras dgn teknologi terkini, adakah laptop relevan sekarang? apa pendapat anda?

SYMBIAN pengganti ANDROiD? (Nokia 100 & 101 adik Nokia 1280 )




Nokia 100 & 101 - handphone budget yang pernah ak jumpa yg seakan akan takpon ala2 ANDROiD yg femes pada abad ini.. Confirm ak GRAB!! Nokia 101 coz dual sim.. pengganti 3, 4 hp yg ada dlm poket ak ni xlama lagi akan di trade-in kan? ada saper berminat hp lama ak? contact me! Mudah.my hp ini sesuai untuk ak bekerja sambil memanjat bumbung,menunggang,menyelam,belari dalam ujan dan samawaktu degannya..sebab tuh katakan NAKK!! kepada NOKIA cakia nih.. SYMBIAN pengganti ANDROiD?

ni hp ak guna sekarang sama x dgn adik beliau dibawah

Nokia baru sahaja mengumumkan update terbaru untuk Symbian - Symbian Belle untuk smartphone Nokia kategori kelas atas dan pertengahan. Namun Nokia masih tidak mengabaikan slogan mereka "Connecting People" dengan mengumumkan handphone bajet. Nokia 100 dan 101 merupakan handphone siri S30 dengan skrin berwarna.


 

Nokia 100

Merupakan model asas yang dilengkapi dengan FM radio & skrin berwarna.www.zamstylo.tk Ia juga dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan 7 jam ketika membuat panggilan dan masa tunggu mencecah 35 hari. Lampu suluh terletak dibagian atas phone ini.

Promo video Nokia 100:

Nokia 101
Nokia 101 dilengkapi dengan 2 slot kad sim namun tiada masa sedia serentak. Skrinnya berukuran 1.8 inci 128x160 piksel. Ia dilengkapi dengan slot memori microSD (menyokong hingga 16GB), radio FM, MP3 player, 3.5mm audio jack dan loudspeaker berkualiti. www.zamstylo.tk Baterinya berkuasa 800mAh yang mampu bertahan sehingga 6 jam masa panggilan dan masa tunggu mencecah 25 hari dan 26 jam masa muzik dimainkan.


Video promo Nokia 101:
Kedua-dua handphone ini akan dilancarkan secara rasmi penghujung tahun ini. Nokia 100 berharga sekitar USD30 (RM90) dan Nokia 101 sekitar USD35 (RM105).

Ada sesiapa nampak handphone ini sila PM www.zamstylo.tk

Nokia pakai ANDROiD?

Nokia PERKENALKAN Symbian Belle 
sYMBIAN tiru ANDROiD nih? Nampak nau tiru?

Symbian Belle akhirnya didedahkan secara rasmi oleh Nokia. Sistem operasi ini bakal digunakan pada Nokia 600, 700 dan Nokia 701. Symbian Belle merupakan peningkatan sistem dari Symbian Anna yang digunakan pada Nokia X7 dan juga E6.  Nokia makin maju kehadapan kerana dek pesaingan sengit dgn mengeluarkan keluaran terbaru mereka adakah anda kembali kepada NOKIA? keran fungsinya lebih kurang ANDROiD tekan screen tanya gadjet..

Antaramuka Belle ditingkatkan dari Anna yang memberikan anda lebih ruang dengan enam halaman berbanding Anna hanya dengan 3 halaman antara muka. Widget di dalam Belle boleh dilaraskan saiznya mengikut kehendak anda. Menu utama di dalam Belle tidak lagi diletakkan di dalam folder/kategori tertentu tetapi kesemuanya di dalam satu halaman utama sahaja (lihat video).


Antara perubahan yang menarik di dalam Symbian Belle merupakan menu notification. Menu ini boleh diakses dari mana-mana laman dengan cara menarik menu tersebut dari atas ke bawah. Sama seperti di dalam sistem Android yang ada pada Samsung dan juga iOS 5 Apple. Di dalam menu ini terdapat shortcut kepada mobile data, Wi-fi, Bluetooth dan silent mode. Idea yang sama di ambil dari Samsung dan Apple. Teknologi NFC (Near Field Communication) merupakan teknologi yang ditambah di dalam Belle membolehkan pemindahan data di buat secara sentuhan antara dua smartphone yang menggunakaan teknologi sama. Nokia juga menggunakan teknologi ini pada stereo headsetnya - Nokia Essence (lihat video).

Belle juga dilengkapkan dengan applikasi dari Microsoft - IM (instant messaging), Sharepoint, OneNote, Exchange ActiveSync dan PowerPoint Broadcaster. Peningkatan juga dapat dilihat di dalam messaging, Nokia telah menggunakan inbox secara bubble message sama seperti Android dan iOS. 


Pengguna Nokia yang telah update ke Symbian Anna akan dapat update ke Symbian Belle tidak lama lagi namun tarikhnya masih lagi tidak diperolehi.

 
Symbian Belle pada Nokia 701:

Jika kita lihat dari aspek keseluruhannya, Symbian Belle dilihat menginspirasikan Android sebagai rujukan utama dalam pembinaan Belle. 
 
www.zamstylo.tk
sumber : renafon

CTRL+F apa kelebihannya?

Berapa ramai orang tahu shortcut key ini, adakah anda tahu tapi tidak menggunakannya? ataupon sememangnya ANDA langsung tak pernah nak ambil tahu? meh tekantest tengok zamstylo?


  1. CTRL + F : Mencari perkataan dihalaman teks atau laman web (F=Find)
  2. CTRL + C : Copy tanpa right klik (biasa digunakan selepas Highlight perkataan tersebut.
  3. CTRL + V : Paste perkataan yang di Copy tadi.
  4. CTRL + A : Select All atau Highlight All.
  5. CTRL + D : Bookmarked Page atau  Add a Favourite.
  6. CTRL + H : Melihat History laman web yang pernah kita buka sebelumnya.
  7. CTRL + N : Open New window.
  8. CTRL + P  : Print tanpa menekan File atas window tu.
  9. CTRL + R : Refresh/Reload.
  10. CTRL + S  : Save.
  11. CTRL + T  : Open New Tab.
  12. CTRL + U  : View Source.
  13. CTRL + W : Close Window.
  14. CTRL + F + type : zamstylo apa akan jadik?
so anda dah tau skang pelagi gunalar? lau nak banyak lagi tekan sini

Safee Sali, Khairul Fahmi di tekantest oleh QPR

Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu

Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.

Sony Ericssons LiVE

Sony Ericsson Live - itu lah smartphone terbaru dari Sony Ericsson. Live merupakan smartphone berlandaskan siri Walkman dengan penggunaan OS Android 2.3 Gingerbread. Suatu ketika, Sony Ericsson pernah mengatakan mereka tidak lagi akan memberikan tumpuan penuh pada siri Walkman, namun dengan adanya Live, dakwaan ini disangkal sama sekali. 





Jika kita lihat dengan teliti, rekaan Live menyamai Xperia mini, namun Live lebih memfokuskan kepada muzik dan mempunyai saiz yang lebih besar. Live dibekalkan dengan kuasa pemprosesan 1 GHz dengan paparan skrin 3.2 inci TFT dengan resolusi HVGA tahan calar. Sony Ericsson LIve lebih berat dari adiknya Xperia mini dengan berat 115 gram. Smartphone yang dikuasakan Android 2.3 Gingerbread ini telah diubahsuai pada User Interface (UI) - menjadi Sony Ericsson four corner UI (menu empat penjuru). 


Dengan fokus yang tinggi terhadap muzik, maka Live dibekalkan dengan speaker stereo dengan teknologi terbaru Sony Ericsson - teknologi xLOUD yang meningkatkan prestasi speaker. Bateri 1200 mAh membolehkan muzik dimainkan selama 17 tanpa henti.

bila lah nak GRAB nih? insyallah dapat~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...