3 Penjenayah Di Tembak Mati Kes Samun di Bulatan Cheras..
Raktyat M'sia memang perihatin ke (BusyBody)sampai jem 1 jam dpd ampang ke cheras..

3 penjenayah yang amat dikehendaki dipercayai berkaitan satu kes samun kedai emas di Shah ALam, tumpas ditangan polis hari ini.

Dalam kejadian berbalas tembakan itu, 2 dari penjenayah mati di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan mati dalam perjalanan ke hospital.

Semuanya bermula kira-kira jam 11.30 pagi tadi apabila polis yang menerima maklumat, berjaya mengesan saspek berhampiran Bulatan Cheras.

Mereka menaiki sebuah Proton Exora, yang dilaporkan dicuri di Kajang sebelum ini.

Menyedari mereka diekori, kenderaan terbabit dalam cubaan melarikan diri, telah melanggar 2 buah kereta orang awam yang kebetulan melalui laluan ini.

Kenderaan suspek berjaya dikepung dan seorang daripada penjenayah ,melepaskan tembakan dengan menggunakan sepucuk pistol.

Polis terpaksa membalas tembakan kerana bimbang keselamatan orang awam yang berada berdekatan.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ko Chin Wah, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol, sebilah parang dan dadah jenis syabu di dalam Proton Exora tersebut.

Siasatan mendapati seorang daripada suspek, berusia 24 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.

Polis turut meminta pemilik 2 buah kereta yang dirempuh penjenayah supaya tampil membuat laporan polis.


6 April lalu, sebuah kedai emas di Seksyen 18 Shah Alam disamun 2 lelaki.

2 penjenayah berusia 24 tahun dan seorang lagi 40 tahun tersebut diburu selepas melarikan barang kemas berjumlah RM600,000 dalam kejadian samun berkenaan.

sumber:ondscene,my
by zaM-y Komen disini ?